Kempen Penaklukan ke Atas Parsi Episod 2
![]() |
Duit syiling perak Alexander |
Alexander kemudiannya bersiap sedia untuk meneruskan pemburuan ke atas Darius semula. Mulanya beliau menuju ke Media kemudian ke Parthia. Pada waktu itu, Darius telah diculik oleh Bessus yang mengkhianatinya dan kemudian dibunuhnya. Setelah membunuh Darius, Bessus mengisytiharkan dirinya sebagai pengganti Darius dengan memakai gelaran Artaxerxes V dan meneruskan kempen gerilanya ke atas Alexander di Asia Tengah. Dengan kemangkatan Darius ini, Alexander menamatkan misi membalas dendamnya ke atas Parsi dan membiarkan Darius disemadikan bersama-sama para pemerintah dinasti Achaemenid dengan upacara penuh hormat. Beliau menyatakan di mana Darius sewaktu saat kematiannya menyatakan Alexander sebagai penerus kegemilangan dinasti Achaemenid. Dengan kemangkatan Darius ini juga, beerti dinasti Achaemenid telah pun berkubur.
Dengan kematian Darius, Alexander mengisytiharkan penamatan perang balas dendam, dan melepaskan sekutu-sekutunya daripada perkhidmatan dalam kempen Liga. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin berkhidmat semula sebagai askar upahan dalam angkatan tentera maharajanya akan dibenarkan.
Langkah seterusnya, Alexander memulakan kempen untuk memburu Bessus yang merupakan halangan terakhir dari saki baki pemerintahan Parsi yang ada. Selama tiga tahun kempen memburu Bessus ini membawa Alexander untuk menjelajah ke seluruh pelosok Asia Tengah dan membawanya merentasi Media, Parthia, Aria (Afghanistan Barat), Drangiana, Arachosia (Afghanistan Tengah dan Selatan), Bactria (Afghanistan Utara dan Tengah), dan Scythia. Dan selama itu juga, Alexander menemukan kota-kota baru yang diberi nama Alexandria termasuk moden Kandahar di Afghanistan kini dan juga Alexandria Eschate (Alexandria paling jauh) yang kini terletak di Lembah Ferghana, Tajikistan moden.
Pada tahun 329 SM, Bessus dikhianati oleh rakan pelindungnya sendiri, Spitamenes, Satrap of Sogdiana yang kemudiannya menyerahkan Bessus kepada Ptolemy, salah seorang komander kepercayaan Alexander. Setelah itu, Bessus dibunuh. Sewaktu Alexander melakukan penyerbuan ke atas Jaxartes menggunakan tentera berkuda, Spitamenes melancarkan pemberontakan Sogdiana. Alexander berjaya mengalahkan tentera Scythia itu dalam ‘Peperangan Jaxartes’ dan dengan pantas melakukan kempen menghapuskan penentangan Spitamenes. Dalam ‘Perang Gabai’ Alexander berjaya menewaskan Spitamenes. Setelah mengalami kekalahan dalam ‘Peperangan Gabai’, Spitamenes dikhianati oleh orangnya sendiri yang setelah itu mengusulkan perdamaian dengan Alexander.
![]() |
Adat 'proskinesis' yang diamalkan budaya Parsi |
Setelah itu, kebanyakan orang memperkatakan tentang penderhakaan terhadap Alexander dan ramai juga dari kalangan mereka dihukum mati. Clietus, yang pernah menyelamatkan Alexander di Granicus turut menjadi korban. Beliau dibunuh Alexander di Maracanda akibat sedikit perselisihan ketika mabuk.
Kemudian, sewaktu kempen penaklukan di Asia Tengah, komplot pembunuhan kedua terhadap Alexander tercetus. Kali ini, Callisthenes of Olynthus pula menjadi dalangnya. Callisthenes merupakan pembantu peribadi Alexander yang juga salah seorang ahli sejarah yang menentang penggunaan proskinesis. Callisthenes ada menulis sedikit sejarah mengenai Alexander dan karya-karyanya dikenali dengan pseudo-Callisthenes. Callisthenes banyak menceritakan mengenai pengalaman-pengalaman kempen penaklukan Alexander sebelum kematiannya. Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa Callisthenes tidak terlibat dalam komplot membunuh Alexander ini yang sebenarnya direkayasa. Pun begitu, terdapat bukti mengatakan bahawa Callisthenes yang merupakan guru kepada budak suruhan Alexander pasti akan menyuruh mereka membunuh maharaja mereka.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...
2 ulasan:
ingin tahu yang Alexander itu Zulqarnain sebenar? baca buku
ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN
semua terjawab dalam buku itu.
agak lambat untuk mengulas dalam blog ini.. baru berkesempatan untuk membalas.. Saya dah baca buku berkaitan ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN dan hasil dari pengamatan dan pembacaan itulah saya nukilkan coretan ini..
juga membaca dalam wikipedia yang mungkin ada beberapa sumber yang boleh diragukan.. wallahu a'alam...
Catat Ulasan