Cari Blog Ini

Isnin, 18 April 2011

MERUBAH TAKDIR

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Salam sejahtera ke atas semua umat manusia yang masih bernyawa. Syukur alhadulillah atas segala nikmat yang kita kecapi selama mana hidup di bumi citaan Ilahi ini. Juga ucapan terima kasih buat guru-guru, pensyarah-pensyarah, ustaz ustazah yang banyak berjasa dalam membimibng kita sehingga menjadi manusia berguna hari ini.
Alhamdulillah, atas limpah dan rahmat dari-Nya, aku masih bias menulis lagi. Di dalam blog usang yang sepi ini, berbicara tanpa ucapan di bibir, hanya sekadar sebuah tulisan atas perkongsian untuk tatapan kalian semua. Mudah-mudahan, ia member makna dan manfaat yang bias dikongsikan untuk hidup kita semua. insyaAllah.
Hari ini merupakan hari yang baru untuk ditempuh. Hari yang penuh dugaan yang bakal kita tempuh dan tiada siapa dapat menduga apakah betuk dugaan dan cabaran itu. Namun, percayalah, setiap dugaan dan cabaran itu perlu demi menambah baik hidup kita di masa hadapan. Itu yang aku percaya. Semalam adalah sejarah yang menjadi kenangan dan pengajaran berguna untuk kita manfaatkan di masa depan.
Hari ini, aku bertekad untuk merubah diriku, berubah untuk menjadi insan yang lebih baik. Demi kebaikan, akanku usaha dan ikhtiar agar diriku menjadi lebih baik dari semalam.
Azam dan tekadku bulat. Seperti bulatnya pembetung yang dicipta bagi menyalurkan air kepada manusia. Oh Tuhan, berikanlah daku kekuatan untuk menempuh perjalanan hidupku. Kini, semangatku hanya satu. Membuka sebuah syarikat bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Perlukan kesungguhan dan keazaman untuk berjaya. Namun, itulah cita-citaku sejak dulu. Menginginkan sebuah syarikat kepunyaan sendiri. Jatuh bangun dengan syarikat sendiri, itu lebih baik dari makan gaji seumur hidup. Moga dipermudahkan urusan. Amiin.
Dalam kepayahan aku berjalan
Melihat jatuh langkahku maju ke depan
Biarpun terpaksa merangkak
Bertatih
Mengengsot
Aku akan tetap teruskan perjuangan
Biarlah peluh ku sapu sendiri
Biarlah badan dihujani keringat
Kerana
Setiap titis keringat dan peluh masam itu
Tersimpan suatu hakikat
Bahawa
Ia atas usaha dan ikhtiarku
Atas kudrat yang dianugerahi Tuhan semesta alam
Atas pinjaman-Nya
Untuk aku berjaya

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

Rabu, 6 April 2011

MONOLOG DIRI

Lelah dan lemah mencengkam ke setiap sendi
Lutut kiri menjadi sengal tak keruan
Di latar ini tersergam sebuah lakonan
Dan kitalah menjadi pelakonnya

Di kanvas bisu aku bersuara
Bersuara tanpa bicara
Mengungkap sebuah makna
Yang tak terungkapkan

Hari ini bakal menjadi sejarah
Hari esok menanti harapan
Namun, masihkah ada esok buatku?
Menapak dalam kepayahan ini?

Ku Tanya diri sendiri
‘Masih kuatkah engkau mengharung arus dunia yang penuh noda ini?’
‘Bisakah engkau telusuri sungai-sungai kehidupan yang penuh noda dan dosa ini?’
‘Bolehkah keimananmu tegar mengharungi kesemua ini?’
“Hanya Allah yang bisa membantu diriku”
Itulah jawapanku pada jiwaku

NUKILAN : JOEHANEYZ
6 April 2011, 5:37PM

 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

Jumaat, 1 April 2011

APA KURANGNYA KITA??!!

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Salam pembuka bicara. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasul utusan, sebagai nabi terakhir utusan Allah Subhanahu wa Taala. Penghulu sekelian nabi dan nabi umat akhir zaman. Tiada lagi nabi dan rasul sesudah baginda. Kitalah ummatnya sebagai penerus tugasan baginda. Menyeru yang baik, mencegah yang mungkar. Seperti mana yang telah diwahyukan ayat Tuhan di dalam Al-Quran.

Sudah agak lama aku tak update blog ini. Rasa sudah lebih lima bulan kot. Allahu. Kurangnya kekuatan ditambah dengan bebanan tugas di pejabat, memungkinkan aku untuk tidak meng’update’ blog yang dah bersawang ni. Dengan bantuan semangat dari zaujati,akhirnya ada kekuatan untukku updating blog ini agar tidak terus bersawang sampai aku mati. Hehe
Apa yang aku merepek ni??? Adoyai…

Apa yang aku nak ketengahkan kali ini adalah hasil dari pendengaranku terhadap siaran radio IKIM.fm petang semalam. Sewaktu aku dalam perjalanan pulan dari pejabat. Sewaktu aku menelusuri jalan-jalan kotaraya Kuala Lumpur. Sebetulnya pinggir kotaraya Kuala Lumpur. Gombak. Ok. Stop. Macam-macam pula yang keluar.

Kembali kepada tajuk asal di atas. Topik yang dikeutarakan petang semalam sangat member kesan kepada diriku. Cukup terkesan. “Apa Kurangya Kita Dalam Berdakwah?” soalan itu berlegar-legar di sekitar ruang minda.

Ya Allah. Aku tertegun seketika walaupun kereta yang kupandu bergerak mengikut aliran trafik yang kurang lancer. Tapi hatiku tertegun sejenak. “Apa kurangnya aku dalam dakwah? Atau mungkin aku masih lagi dalam kepompong ‘pesimis’ diri? Takutkah? Atau apakah? Berat sangatkah mulut ni untuk mengungkap kalimah dakwah?” soalan-soalan itu bermain di cepu mindaku.

Ada pemanggil memberikan pendapat, “Kurangnya kita kerana kita terlalu takut. Takut untuk menyampaikan dakwah. Takut untuk dilabel sebagai terlalu baik.” Ada benarnya juga. Umat Islam kini terlalu fobia dengan perkataan ‘alim’. Takut untuk menjawab soalan-soalan yang bakal diutarakan oleh golongan-golongan yang didakwah. Itulah sebahagian dari kita.

Tapi aku terkesan dengan salah seorang pemanggil. Katanya, “Saya begitu cemburu dengan saudara baru kita yang diberi peluang dan kesedaran untuk berdakwah terhadap golongan non-muslim. Kenapa saya terlalu lemah untuk bertindak sepertinya? Sedangkan peluang itu ada di depan mata.” Begitulah lebih kurangnya.

Apa yang berlaku kini, Yahudi telah berjaya melemahkan kekuatan Islam. Benarlah kata Nabi Muhammad SAW. Sabda baginda, “Islam di akhir zaman nanti akan diserang dari depan dan belakang, kiri dan kanan.” Dan inilah yang berlaku kini. Islam menghadapi pelemahan dari segi spiritual, ekonomi dan fizikal.

Dari segi spiritual atau rohani, umat Islam semakin lalai dan leka dengan dunia. Kita semakin berlumba-lumba mengejar harta dunia yang sementara, sedang tuntutan agama kian dilupakan. Manusia berpusu-pusu pabila ada function-function, fair yang berkaitan dengan duniawi. Sedangkan aktiviti masjid dan aktiviti berbentuk keagamaan semakin kurang mendapat tempat. Remaja-remaja kita dihanyutkan lagi dengan gejala keruntuhan moral yang semakin mencengkam. Lihat saja berita di kaca tv. Semakin ramai anak-anak@bayi-bayi tidak sah taraf dilahirkan dan dibuang di jalanan. Tong sampah, depan masjid, tepi longkang. Malah dalam jamban pun mereka dibuang oleh insan yang tidak ada rasa ihsan@simpati@kasih terhadap zuriat sendiri. Semua berpunca dari sikap kita yang lebih mementingkan dunia dari kehidupan akhirat yang kekal abadi. Zina semakin berleluasa. Perkosa apatah lagi. Jatidiri Islam semakin menipis dalam diri kita. Bila tengok kemaksiatan di depan mata, hanya memandang dengan pandangan bisu. Habis terbiarlah kejahatan. Bersorak-sorailah syaitan melihatkan kebejatan manusia. Dan bilamana generasi pelapis kita tenggelam dengan dunia sendiri, maka kesudahannya semakin lemahlah kekuatan Islam.

Dari segi ekonomi pula, kaum bukan Islam memonopoli keadaan ekonomi dunia. Amerika Syarikat sebagai nadi penggerak ekonomi dunia. Sedangkan dulu, negara Islam lah yang menguasai hamper 70% kekuatan ekonomi dunia. Matawang dinar Islam digunakan meluas sehingga ke Eropah. Sehingga membuat golongan Nasrani dan Yahudi begitu iri hati dengan kejayaan Islam. Dan dari situlah mereka merancang dan menyusun strategi untuk melemahkan kekuatan Islam. Dan kini, keadaan menjadi sebaliknya pula. Kita pula yang menjadi pengguna kepada barangan buatan Yahudi dan Nasrani. Rata-rata hari ini, kita terlalu bergantung dengan non-muslim. Lihat saja situasi pabila tiba hari raya Cina. Bila kedai-kedai dan pasaraya banyak yang tutup, kita mengeluh berat. Begitu sukar sekali untuk mencari barangan dapur. Kerana apa? Kerana begitu sedikit orang Islam yang menjadi peniaga. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Berapa kerat orang Islam kita yang menjadi peniaga runcit? Dan berapa kerat pula yang menjadi peniaga barangan borong? Dan kalau kedai runcit kehabisan stok, dari mana pula kita mendapatkan stok? Berapa ramai orang kita yang menjadi stoker@stokis barangan keperluan harian? Tak ramai bukan??!!

Dari segi fizikal pula, dapat disimpulkan bahawa kekuatan fizikal kita juga semakin kurang. Lihat saja fizikal umat Islam. Ramai dari kita yang mempunyai penyakit seawall usia remaja! Bayangkan sahabat sekalian. (termasuk aku lah tu!) lihat saja di katil-katil hospital. Berapa ramai pesakit di dalam sana yang beragama Islam? Cukup ramai. Mungkin lebih dari 50% dari pesakit terdiri dari umat Islam. Disamping itu, dari segi kekuatan ketenteraan, kebanyakan negara Islam hari ini mempunyai kekuatan tentera yang lemah berbanding dengan kekuatan tentera yang dimiliki oleh pihak negara bukan Islam. Kecanggihan teknologi ketenteraan mereka begitu hebat sehingga mampu menumbangkan sebuah kerajaan apabila diperlukan. Sebagai contoh, Perang Memerangi Keganasan anjuran kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya, Britain di Afghanistan dan Iraq. AS dan sekutunya begitu sukar dikalahkan oleh kekuatan ketenteraan yang dimiliki kerajaan Taliban di Afghanistan dan regim Saddam Hussain di Iraq. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa peperangan yang berlaku di Iraq itu telah dirancang dengan rapi yang memungkinkan bahawa Presiden Iraq waktu itu, Saddam Hussain adalah sekutu AS yang dijadikan sebagai kambing hitam supaya peperangan itu berlaku. Tak kisah lah apa pun. Yang pastinya, dalam peperangan tersebut, AS begitu angkuh menunjukkan kekuatan ketenteraannya kepada dunia. Walaupun tindakan mereka mendapat tentangan yang hebat oleh masyarakat dunia, namun, kata-kata hanyalah kata-kata yang tidak membawa apa-apa makna kepada serangan ke atas sebuah negara berdaulat itu. Hakikatnya, negara Iraq mengalami suatu bentuk penjajahan kesan dari peperangan tersebut. Kerajaan boneka tajaan Amerika yang memerintah seolah-olah tiada kuasa mutlak apabila segala keputusan ke atas negaranya ditentukan oleh Amerika. Dan inilah sebenarnya kesan dari kelemahan kekuatan tentera sebuah negara Islam.

Kejadian terbaru, sewaktu kerajaan Libya di bawah Presiden Muammar Gaddafi diserang oleh AS dan sekutunya, berlaku tentangan yang sengit terhadap serangan terbabit. Dan akibat dari serangan itu juga, ramai rakyat Libya menjadi korban sepertimana yang berlaku di Afghanistan dan Iraq.kesombongan AS kerana kecanggihan senjata perangnya membuatkan dunia bergolak. Allahu. Lemahnya kita sebagai umat Islam.
Dan apakah kita di sini hanya mampu untuk berpeluk tubuh saja sedangkan saudara seagama kita di tempat lain menderita? Hanya mampu membenci keadaan yang berlaku tanpa memikirkan tindakan susulan yang mesti@wajib kita lakukan? Bolehkah mereka(saudara seagama kita) itu dibantu hanya dengan berdiam diri? Sesungguhnya tidak sahabat-sahabat sekelian. Tidak sama sekali. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk saling bantu-membantu kepada perkara kebaikan. Dan menolong orang yang dalam kesusahan itu juga adalah suatu tanggungjawab. Lebih-lebih lagi jika yang ingin dibantu itu adalah saudara seagama kita sendiri.

Panjang lebar pulak aku bersyarah kat sini. Huhu.. sabo jela. Banyak benda yang aku nak cakapkan kat sini 
tapi, cukuplah rapuan aku untuk kali ni. Sampai ketemu lagi di lain siaran. Ewah. Cam DJ radio lap pulak.
Apa yang aku utarakan di atas adalah hasil dari penelitianku dan pembacaanku selama ini. Melalui pembacaan buku dan pembacaan berita media arus semasa. Harapnya ada sedikit sebanyak manfaat untuk pembaca blog ni. Moga ia menjadi suatu renungan dan dapat menganjak paradigm untuk lebih berusaha kea arah agama.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullah…

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

KEHIDUPAN SETELAH BERGELAR SUAMI

Alhamdulillah. Sudah lebih tiga bulan aku bergelar seorang suami. Sejak tarikh itu (19/12/2010), aku dinobat sebagai seorang suami. Bertambah lagi tanggungjawab yang harusku galas. Menjadi seorang suami bukanlah suatu tugas yang mudah ku rasa. Bebanan tanggungjawab yang ditanggung juga amat besar. Apabila sudah bergelar seorang suami, aku perlu bijak dalam menguruskan rumahtangga.

Benarlah kata guruku. “Seorang suami akan diertanggungjawabkan atas dosa2 ahli keluarga di bawahnya. Isteri & anak-anak.”

Sungguh. Walau terasa berat tugas ini, namun dengan adanya sokongan dari isteri, tanggungjawabku kurasakan ringan sedikit. Apatah lagi, isteriku juga sudah bergelar ‘ustazah’, maka beban kewangan juga berkurangan.

Alhamdulillah. Namun, aku tidak seharusnya alpa dengan keadaan ini. Aku perlu member nafkah lahir & batin pada isteri agar keharmonian rumahtangga dapat dikekalkan. Walau sesekali terdapat perselisihan, akan kami sirami usrah ini dengan nur Islam. Oh Allah, moga Engkau permudahkan perjalanan hidup kami & memberikan kami zuriat keturunan yang baik.

Sekarang, aku menetap di Ulu Yam dan berulang alik ke Kajang. Setiap hari akan melalui keadaan jalanraya yang sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Bas, lori, kereta, motosikal dan sebagainya mewarnai rutinku setiap pagi. Dari Ulu Yam, aku akan bertolak seawall jam 0650 pagi, melalui Jalan Sungai Tua, keluar ke kawasan Selayang, dan menuju ke Jalan Kuching. Sekiranya jalanraya kudapati sesak teruk, aku akan keluar dari Jalan Kuching melalui DUKE (Lebuhraya Ulu Kelang), dan memasuki Jalan Duta. Namun, keadaan tetap juga sama. Masih terperangkap dengan kesibukan jalanraya. Aku perlu bersabar dengan keadaan ini. Sehinggalah susur keluar ke Jalan Mahameru, barulah keadaan jalanraya kembali tenang. Keadaan ini kerana ramai orang berpusu-pusu masuk ke KL. Bilamana jalan menghala keuar dari KL, keadaan akan berubah menjadi tenang. Itulah rutinku setiap pagi.

Bilamana waktu pulang, keadaan yang sama akan berlaku. Aliran trafik menghala keluar dari KL akan sesak sementara menghala ke KL pula akan tenang. Walau aku ikut jalanraya mana sekalipun, keadaannya tetap sama. Kesimpulannya, keadaan trafik di KL memang selalu sesak. Lebih-lebih lagi waktu puncak.

Sesampai saja di rumah ibu mertuaku (aku sementara ini tinggal bersama keluarga mentua), isteriku akan menyambut kepulangan. Bilamana melihat wajah isteri, sedikit sebanyak kekusutan yang melanda kepala otakku akan berkurangan. Apatah lagi melihat senyumannya yang menawan. Ops. Terlebih sudah. Hehe..

Setiap kehidupan di dunia ini akan melalui cabaran. Dan kehidupan rumahtangga juga tidak lari dari cabaran-cabaran itu. Namun, seandainya seoarang suami bijak mengharungi cabaran-cabaran ini, maka keadaan rumahtangga akan harmoni juga. Awal perkahwinanku, aku diuji dengan keadaan ekonomiku yang kurang stabil. Sering kekurangan wang. Namun, Alhamdulillah, Allah tetap memberikan aku rezeki yang terkadang tidak dapat kufikirkan dari mana datangnya sumber wang itu. Yang pasti halal. Seandainya kita sentiasa bersabar dengan setiap ujian, pastinya Allah akan membantu kita. Yang penting kita percaya pada pertolongan Allah. Itu yang aku imani. Allah akan menolong hamba-hambanya yang sabar.

Akhir kalam, aku simpulkan bahawa kehidupan bergelar suami bukanlah suatu yang mudah. Perkahwinan bukan semata menghalalkan apa yang sebelum ini haram bagi kita untuk melakukannya. Bukan sekadar hubungan did ala kelambu, tetapi ia lebih dari itu. Sebuah perkahwinan adalah suatu kontral kita kepada pasangan kita untuk sentiasa taat & patuh pada suruhan agama. Saling mengingati pada perkara agama dan sentiasa berlaku jujur pada pasangan agar tidak ada salah faham atau kecurigaan antara pasangan. Bilamana ia diamalkan, Insyaallah harmoni yang dicari akan diperolehi.

Sekian dulu untuk waktu yang terhad ini. Wassalam.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...