Cari Blog Ini

Selasa, 20 Januari 2009

ISRAEL : MENANG ATAU KALAH?

Kelmarin bermula lah gencatan senjata antara Hamas dan Israel menandakan berakhirnya penderitaan rakyat Gaza dari kegilaan tentera-tentera Israel. Gencatan ini dilakukan serta merta dan Israel mengerahkan semua tenteranya berundur dari Semenanjung Gaza. Setelah lebih 20 hari mereka berkampung di Gaza, dan membunuh hampir 2000 orang penduduk Palestin, barulah akhirnya mereka berundur. Dan setelah berundurnya tentera Israel ini, barulah sempadan dari barat dan timur, utara serta selatan Gaza dibuka bagi membolehkan bekalan dan bantuan disampaikan kepada mangsa perang ini.


Hamas dengan bangganya menyatakan bahawa Israel sebenarnya telah kalah walaupun berjaya membunuh ribuan penduduk Arab Palestin. Mereka menyatakan bahawa dalam perang itu, merekalah sebenarnya pemenang dalam perang itu. Dan sebenarnya mereka telah memenangi peperangan itu. Ini kerana tentera Israel sendiri mengalami tekanan moral yang tinggi kerana tidak dapat mengetahui tujuan mereka dikerahkan untuk berperang di Gaza. Mereka begitu keliru dengan apa yang mereka lakukan di Gaza. Inilah sebenarnya kemenangan yang dilaungkan oleh Hamas melalui presidennya, Ismail Haniyeh.


Israel sejak berpuluh tahun dulu sering menjadi musuh oleh negara-negara Arab kerana mereka telah menceroboh tanah Arab Palestin. Sejak negara Israel ditubuhkan, ia menjadi sebuah negara dalam buangan kerana tidak diiktiraf oleh kebanyakan negara Asia. Walaupun penubuhan ini disokong oleh Barat, namun ia tetap tidak diiktiraf kebanyakan negara Asia dan seluruh dunia lain. Jika dilihat dari sudut Geografinya, tanah negara Israel/ Palestin merupakan sebahagian dari Asia. Pun begitu, dari sudut politik, ia adalah salah satu negara anggota EU (European Nation) walaupun beberapa negara Eropah tidak mengiktirafnya. Israel menjadi kuat kerana adanya sokongan besar Amerika Syarikat (AS). Ini kerana AS sebenarnya adalah boneka Israel di mana ekonomi AS sebenarnya dikuasi oleh Yahudi yang menjadi penaja besar dalam pentadbiran AS.


Sejak sekian lama Israel berhadapan dengan pelbagai perang dari negara sekitarnya termasuk Palestin sendiri. Ini kerana Palestin mahu mengambil kembali tanah yang asalnya milik mereka. Israel dengan sengaja menceroboh dan merampas tanah-tanah rakyat Palestin dan menjadikannya milik mereka. Mereka sesungguhnya adalah perampas dan penjajah yang nyata. Dengan kuasa tentera yang kuat, dan disokong pula tindakannya oleh AS, Israel membelakangkan undang-undang dunia dengan menyerang Palestin dan terbaru di Gaza dengan alasan mahu memburu pejuang-pejuang Hamas. Alasan ini lah yang dipakai sejak bertahun lamanya untuk menghancur dan memperluaskan jajahan takluknya.


Pun begitu, sejak Hamas melancarkan gerakan Intifadha sejak tahun 2000, Israel mengalami kekalahan moral yang besar. Hamas berjaya melancarkan perang psikologi sehingga mewujudkan simpati dunia terhadap nasib mereka. Israel dilihat sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka dengan kejam memperlakukan kezaliman di Gaza dan lain-lain tempat di Palestin hanya kerana mahu membalas dendam kematian dua orang rakyat mereka. Dua kematian dibalas dengan hampir 2000 orang. Suatu perkara yang amat zalim.


Sejak bermulanya perang Israel terhadap Gaza, internet telah diserang oleh penggodam internet dari kalangan rakyat Palestin atau lebih tepat Hamas. Mereka melancarkan serangan maya dengan menggodam laman-laman web yang mempunyai kepentingan Israel. Virus dihantar dengan membawa mesej "Hancurlah Israel", "Jahanam Yahudi", dan berbagai-bagai lagi membuatkan laman web mereka lumpuh buat seketika.


Rakyat Palestin mendapat kemenangan moral yang besar dalam peperangan di Gaza kali ini. mereka mendapat simpati seluruh dunia yang turut sama merasai penderitaan mereka di sana. Kerajaan Israel pimpinan Ehud Olmert turut menerima kecaman dari rakyat mereka sendiri yang mendakwa serangan ke atas Gaza sebagai tidak bertamadun. Inilah tamparan hebat yang terpaksa dihadapi Olmert dan barisan kepimpinannya. Dan setelah menghancurkan Gaza, dengan mudah Olmert mengucapkan maaf kepada rakyat Gaza ke atas apa yang mereka lakukan. Mudahnya mereka mengungkapkan maaf.


Negara-negara terus membisu dengan serangan Israel ini. Walaupun beribu rakyat mereka mengadakan bantahan mengecam tindakan Israel itu, pemimpin-pemimpin negara Arab terus membisu dan tidak langsung mengadakan usaha bagi mengurangkan penderitaan rakyat di Gaza. Ia boleh diagak kerana kebanyakan mereka adalah boneka AS dan Israel. Mereka takut akan kepentingan mereka terjejas sekiranya mereka melakukan sebarang tindakan yang membantu Palestin. Mereka takut pelabur-pelabur minyak dari AS akan lari dan menyebabkan mereka bankrup. Pun begitu, Iran melalui presidennya, Mahmoud Ahmedinejad saja yang lantang bersuara mengecam tindakan Israel dan cuba untuk membantu walaupun usaha itu disekat oleh Israel.


Peperangan di Gaza membuktikan akan kebiadapan Israel dalam menghadapi ancaman musuhnya. Mereka dengan sewenangnya membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Meroboh kediaman-kediaman rakyat Palestin. Peluru dan bom mereka tidak mengenal tempat sehingga sekolah dan masjid turut menjadi mangsa bedilan mereka. Hamas dengan bersungguh-sungguh mempertahankan Gaza dari jatuh ke tangan Israel. Dan akhirnya mereka berjaya mempertahannya dari diambil Yahudi laknat.
Kekejaman Israel di Gaza bagaimana pun terus menjadi tanda tanya. Memorandum dari rakyat Malaysia ditolak mentah-mentah oleh kedutaan AS di Kuala Lumpur. Persoalan masyarakat dunia terus bermain di minda sekarang. Apakah Olmert akan dihadapkan oleh ICC di The Hague atau ia akan terus dibisukan oleh AS? Dunia sedang menanti tindakan seterusnya oleh presiden baru AS dalam soal isu Palestin ini. Dan akhirnya, bilakah kemelut Israel-Palestin ini akan berakhir? Apakah kesudahannya?

Isnin, 5 Januari 2009

MARI BERSAMA BOIKIT BARANGAN YAHUDI!!!

Senarai di bawah adalah antara jenama/ produk yang menyokong keganasan Israel di bumi Palestin. Harap kita semua ambil perhatian. Sumber diambil dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).





























Senarai di atas ini dikeluarkan oleh laman web PPIM sendiri. Boleh Rujuk di www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot utk info lanjut.

Selain itu, sebagai umat Islam, kita hendaklah memboikot segala jenis@bentuk minuman keras samada minuman keras itu sendiri ataupun minuman yang dikeluarkan oleh syarikat arak itu sendiri seperti Carlsberg, Heiniken, Anchor & sbgnya.

Mulai hari ini, bulatkan tekad utk memboikot semua produk2 di atas seperti Mc'D & lain2 lagi. tapi, kalau produk teknologi tu, agak sukar kerana semua kita menggunakan prosesor Intel dan produk Micosoft sendiri. Jadi, mulai hari ini, kita perlu utk membina produk teknologi sendiri dan berusaha keras utk memerangi Israel melalui ekonomi.