Cari Blog Ini

Jumaat, 27 Mei 2011

Alexander Zulqarnain?

Sejarah Sewaktu Kecil


Alexander III of Macedonia lahir pada tanggal 20/21 Jun 356 SM di ibu kota Pella, pusat kerajaan Macedonia. beliau merupakan anak kepada Raja Philip II(386-336 SM), antara raja Macedonia yang berjaya meluaskan empayar kerajaan Macedonia. Ibu baginda adalah isteri keempat Raja Philips II, Olympias, anak kepada Neoptolemeus I, Raja Epirus. Walaupun Philips II dikatakan mempunyai tujuh ke lapan orang isteri, namun, Olympias adalah merupakan isterinya yang terpenting hingga melahirkan Alexander, iaitu penggantinya. 

Raja Philips II merupakan keturunan Heracles melalui Caranus yang merupakan sebahagian dari Dinasti Aegead, sementara ibunya merupakan keturunan Achilles. Alexander juga merupakan sepupu kepada general tentera dari Kerajaan Epirus, iaitu Phyrrus yang menurut Hannibal sebagai Komander angkatan perang kedua terbaik dalam sejarah selepas Alexander.

Menurut sumber Plutarch, sewaktu mengandungkan Alexander, ibunya bermimpi yang rahimnya disambar petir. Sementara bapanya pula pernah bermimpi yang melihat dalam rahim isterinya itu seolah-olah seekor singa yang garang. Plutarch mengatakan bahawa ibu Alexander telah hamil sebelum pernikahan dan mengatakan bahawa bapa Alexander yang sebenar adalah dewa Zeus. Suatu unsur pagansme yang cuba diterapkan oleh Plutarch semata-mata untuk mengagungkan baginda.

Sewaktu hari kelahiran Alexander, bapanya sedang bersiap sedia untuk menakluki kota Potidea, yang terletak di semenanjung Chalcidike. Pada hari yang sama juga, Raja Philips mendapat perkhabaran bahawa general perangnya, Parmeneon telah berjaya menupaskan kekuatan ketenteraan gabungan kota Illyrian dan Paeonian. pada waktu itu juga, kuda baginda telah memenangi Sukan Olimpik. Ada juga mitos mengatakan bahawa Kuil Artemis di Ephesus - satu dari tujuh keajaiban dunia terbakar kerana dewa Artemis menghadiri upacara menyambut kelahiran Alexander. Ini juga merupakan suatu bentuk untur paganisme Yunani yang cuba diterapkan oleh pengagung-pengagung Alexander yang beragama pagan Yunani.

Di waktu awal kelahirannya, baginda diasuh oleh bidan yang menyambutnya iaitu, Lanike, kakak kepada salah seorang general perangnya, Clietus the Black. Sewaktu baginda meningkat usia kanak-kanak, baginda diasuh dan dididik dengan tegas oleh Lysimachus dan Leonidas, saudara kepada ibunya. Alexander membesar bersama-sama pemuda-pemuda dari kalangan rakyat jelata dan belajar membaca, menulis, bermain lyre, menunggang kuda, berlawan dan berburu bersama-sama.

Sewaktu berumur sepuluh tahun, seorang saudagar kuda dari Thessaly menawarkan Raja Philips II seekor kuda dengan harga 13 talent. Pun begitu, kuda itu begitu sukar untuk dijinakkan sehingga memaksa Raja Philips mengarahkan kuda itu dibawa pergi. Pun begitu, Alexander dengan mudah dapat menjinakkan kuda itu lantas menunggangnya dengan selamat. Melihatkan kejadian itu, Raja Philips berkata kepada anaknya, "Anakku, kau seharusnya mencari dan membina kerajaan yang besar kerana Macedonia ini terlalu kecil untukmu." Lalu baginda pun menghadiahkan kuda tersebut kepada Alexander. Sejak itu, kuda itu Alexander berikan nama Bucephalas yang bermaksud kepala lembu. Bucephalas menjadi kuda Alexander dalam ekspedisinya menakluk dunia. Menurut Plutarch, sewaktu Bucephalas mati dalam peperangan Hydapes, Alexander menamakan kota dimana kudanya itu disemadikan sebagai Bucephala. Kota ini terletak di Hydapes, iaitu di timur Sungai Indus. Menurut Plutarch lagi, Bucephalas mati ketika berusia tiga belas tahun.

Gambar menunjukkan yang Alexander sedang bertarung dengan seekor singa bersama rakannya, Craterus. Ini merupakan ukiran mosaic abad ke-3 SM, di Muzium Pella.






Apabila usia Alexander meningkat tiga belas tahun, Raja Philips II ingin mencarikannya seorang tutor. Ramai guru ditawarkan untuk menjadi tutor Alexander termasuk Isocrates dan Speusippus, yang menjadi salah seorang yang bakal menggantikan Plato di Academia. Akhirnya, Raja Phillips melantik Aristotle untuk menjadi guru dan tutor kepada Alexander. Aristotle merupakan anak murid Plato dan Plato pula merupakan anak murid kepada Socrates.

Phillips menyediakan Kuil Nymphs di Mieza sebanyak bilik kelas untuk Aristotle mengajar Alexander dan berjanji untuk membangunkan semula kota kelahiran Aristotle, Stagiera untuk menempatkan hamba-hamba yang dibebaskan dan pesalah yang diampunkan ke kota tersebut.

Meiza bagaikan sekolah utama Alexander dan para pendukung Macedonia seperti Ptolemy, Hephastion dan Cassander. Kebanyakan rakan belajar Alexander bakal menjadi rakan dan general tenteranya dalam menakluk dunia. Di Mieza, Aristotle mengajarkan kepada Alexander dan rakan seperjuangannya mengenai keagamaan, falsafah, moral, strategi perang, perubatan dan ilmu logik. Aristotle juga mendedahkan kepada mereka mengenai karya Homer dan Iliad dan memberikan Alexander satu salinan karya tersebut sebagai panduan ketika memerlukan.

Diterjemah daripada artikel dalam wikipedia mengenai Alexander The Great.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

Isnin, 16 Mei 2011

Titipan Buat Guru

Guru..
Kau umpama lilin
Membakar diri menerangi alam
Menyuluh kegelapan malam

Guru…
Jasamu begitu bermakna
Mendidik anak muridmu
Menjadi nsan berguna

Cikgu…
Pernah kau titip buatku satu ajaran
Membaca, menulis dan mengira
Mengenal huruf, mengeja perkataan terus membina ayat
Setiap rangkap kau ajarkan berguna buatku
Di hari depan

Ustazah…
Kau ajarkan daku suatu pelajaran
Mengenal alif ba ta
Mengaji Quran serta maksudnya ayat
Supaya jiwaku tersuluh
Dengan cahaya iman
Menjadi benteng dari membuat kemungkaran

Teacher…
You teach me a favor
I learn so many thing that I wouldn’t know
You gave me your knowledge
Bring me guidance to make good and reject bad things
Made me so tough to enter life

Buat insan bergelar pendidik...
Didiklah dirimu agar menjadi orang penyabar
Ajarlah pelajaran berguna buat anak didikmu

“SELAMAT HARI GURU”














Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

Selamat Hari Guru


Selamt hari guru buat warga pendidik yang berusaha bertungkus lumus menjadikan anak muridnya menjadi insan berguna. Semoga jasa baik kalian diberikan ganjaran yang baik oleh Allah dan sentiasa mendapat rahmat dan barakah dari Ilahi.

Buat guru-guru yang pernah berjasa kepada diri ini, terutama sekali buat warga pendidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) main campus Shah Alam di Jabatan Sains Ukur dan Geomatik, UiTM caw. Arau, Perlis, guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima (SEMKASL), guru-guru di Sekolah Agama Menengah Bagan Terap (SAMBT), Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya (SKBJ), Sekolah Rendah Agama Binjai Patah (SRABP), dan juga Tabika KEMAS Kg Hala Cara Baru, terima kasih tak terhingga. Jasa kalian tetapku kenang, dalam ingatan jua dalam doaku. Semoga diampun segala dosa dan diberkati selalu.

Buat zaujah yang kini sedang berusaha menjadi warga pendidik, semoga dirimu sentiasa bersabar dalam mendidik anak Malaysia menjadi insan berguna. Jadilah lilin yang menerangi kegelapan hati.

SELAMAT HARI GURU!!!


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

Suatu Pembaharuan (Rebranding)

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Salam sejahtera buat semua yang membaca blog ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa salam, serta ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin serta ulama’ pewaris nabi. Doa dipanjangkan demi keselamatan dan kerahmatan buat semua umat Islam walau di mana jua kita berada.

Alhamdulillah, setelah lama menanti, akhirnya, blog ini berubah wajah. Atas nasihat Mrs Zaujah, saya menukar nama blog ini kepada Life of a Muslim. Ini lantaran nasihat dari zaujah yang menyuruh saya menukar nama blog yang dikatakan kurang sesuai. Zaujah kata, Baitul Muslim tu maksudnya adalah umpama ejen mencari jodoh jika diterjemahkan dari Arab ke Melayu. Jadi, hari ini saya pun telah menukarkan nama blog ini kepada ‘Life of a Muslim’. Titik.

Diharapkan dengan pembaharuan ini, sedikit sebanyak ia dapat memberi nafas baru kepada blog yang telah bermula sejak dari Januari 2008, iaitu sudah memasuki empat tahun. Dan selama empat tahun itu, sebanyak 43 buah post telah berjaya di’posting’ dalam blog ini. Tahun 2010 merupakan tahun yang kurang produktif bagi blog ini kerana hanya menghasilkan sebanyak 7 posting sahaja, iaitu lebih kurang satu posting untuk dua bulan. Cukup malang bagi sebuah blog. Huhu.

Dan atas beberapa faktor, maka saya pun menukar nama blog ini. Ini adalah suatu langkah penjenamaan semula. Salah satu proses reincarnation. Tapi saya tidak pula mengaitkan ia sebagai salah satu kepercayaan agama. Reincarnation yang saya maksudkan bukan bermaksud sebagai ‘mati hidup semua’ sebagaimana kepercayaan sesetengah agama selain Islam, tetapi ia lebih bermaksud suatu kebangkitan semula setelah melalui detik-detik yang sukar. Dan diharapkan dengan penjenamaan semula ini, ia mampu bangkit untuk lebih proaktif dan mampu menghasilkan posting-posting bermutu dari saya. Dan semoga ia dapat menjadi batu loncatan kepada saya untuk berkarya dengan lebih baik lagi.

Saya kira cukup sekadar di sini dahulu. Moga ketemu lagi di lain waktu. Wa ila liqa’. Wassalam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...