Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Jun 2009

Pilihanraya Iran : Benarkah Ahmadinejad Menipu?

Hari ini merupakan sejarah yang akan dikenang oleh generasi mendatang. Aku menelusuri youtube dan beberapa lagi laman web dalam mendapatkan maklumat tentang pilihanraya di Iran. Banyak blog & laman web yang aku tengok, kesemuanya ada pro dan kontra.

Blog Faisal Tehrani, penulis muda berbakat besar Negara juga aku lawati. Di sana aku dapati yang banyak kesangsian yang boleh kita lihat pada pilihanraya presiden kali ini. Jelas sekali, terdapat unsure sabotaj dan konspirasi bagi menjatuhkan Mahmoud Ahmadinejad yang kini semakin disenangi Ayatullah Ali Khameini dan sekelian rakyat Iran. Sedang Tehran diledaki dengan semangat ‘Revolusi Hijau’ oleh pembangkang yang diketuai Mir Hossaien Mousavi, lain-lain tempat di dalam Negara Iran yang luas tidak pula terjadi pemberontakan. Malahan, ia seolah-olah menggambarkan yang pemberontakan ini sebenarnya dicetuskan oleh Negara luar terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang sememangnya tidak menyenangi kelancangan Ahmadinejad menentang penguasaan AS di dunia kita. Malah, penolakkan Ahmadinejad terhadap AS semakin ketara apabila beliau dengan lantang membidas AS yang sewenang-wenang memiliki senjata nuclear tetapi dalam masa yang sama cuba menyekat Negara lain dari memiliki teknologi nuclear.

Sedar atau tidak, dunia kini sedang cuba dialihkan perhatian dari isu Palestin, Korea Utara dan pembantaian Afghanistan oleh tentera-tentera regim AS yang kononnya ‘Kempen Memerangi Pengganas.’ Perhatian dunia kini dialihkan kepada kisah tragedi yang menyayat hati yang terjadi di Tehran. Pembunuhan kejam oleh pihak kerajaan dalam menangani pemberontakan ‘Revolusi Hijau’ yang sebenarnya didalangi oleh AS.

Berdasarkan sumber, salah seorang pemikir dari NED (National Endowment for Democracy yang didalangi AS) terlanjur mengatakan, “There is a talk of ‘green revolution’ in Tehran.” Ia diucapkan beberapa hari sebelum pilihanraya presiden berlangsung. Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa terdapat unsur konspirasi bagi menjatuhkan kepimpinan tertinggi Iran iaitu Ayatollah Ali Khameini dan juga sang presiden, Mahmoud Ahmadinejad. AS seolah-olah sudah dapat membaca akan kemenangan Ahmadinejad dan berusaha untuk menjatuhkannya kerana kelantangannya dalam mengecam tindakan Amerika. Reaktor nuklear yang ingin dibangunkan yang sebenarnya bertujuan untuk menjana tenaga elektrik cuba dimomokkan AS dengan mengatakan Iran sebenarnya mahu membina senjata nuklear. Ia merupakan ketakutan AS terhadap Iran kerana para-para pelobi mereka adalah dari kalangan Yahudi dan ditakuti Iran akan melancarkan pelancar nuklearnya ke Israel yang terang-terangan membantai umat Islam Palestin. Ini lah yang ditakuti AS dan sekutunya yang lain.

Ahmadinejad merupakan Presiden yang low profile yang mana ia tidak pernah disebut-sebut bakal memimpin Iran. Setelah menjadi presiden, ia disenangi oleh segenap lapisan masyarakat di Iran malah dunia Islam turut menyenagi beliau yang low profile. Kejayaan dicapai dalam menghadapai kemelut sekatan ekonomi oleh UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu – United Nation) menyebabkan semakin ramai rakyat menyukainya. Keberaniannya dalam menunjukkan kekuatan ketenteraan dengan melancarkan peluru berpandu jarak jauh, yang boleh dilancarkan dan mengenai sasaran dengan jarak 2000km amat ditakuti AS dan sekutu-sekutunya. Iran seolah-olah menjadi ‘Korea Utara Arab’ apabila dengan secara berani melancarkan peluru berpandu jarak jauhnya. Israel begitu takut dengan perkembangan itu lantas mengecam tindakan Iran itu yang boleh menggugat negara haram Israel.

Bukanlah bermaksud mahu memuji berlebihan kepada ‘Singa Parsi’ ini, tetapi itulah hakikatnya. Di Astro, dalam rancangan ‘Don’t Tell My Mother I’m In..’ yang mengunjungi negara Iran dihostkan oleh Diego Buňuel memberikan gambaran sebenar tentang kehidupan masyarakat Iran. Dari rancangan tersebut, ia menggambarkan bagaimana kehidupan masyarakat Iran yang rukun. Tanpa ada persengketaan. Malah beberapa pemain bola keranjang profesional dari AS turut menjadi pemain di kelab-kelab bola keranjang di Iran turut ditemubual. Daripada temubual tersebut, jelas memperlihatkan bahawa mereka amat menyukai kehidupan mereka di sana. Ini sekaligus memberikan tamparan hebat buat ‘Rumah Putih’ yang cuba menggambarkan kepada dunia bahawa Iran sebuah negara yang berbahaya. Jelas sekali, propaganda AS ini hanya memakan diri apabila ada penerbit dari negaranya sendiri pergi mengunjungi negara-negara yang dikatakan berbahaya kepada dunia seperti Venuzuela, Korea Utara, Cuba dan juga termasuklah Iran.

Jadi kini? Kembali kepada persoalan tajuk di atas. Adakah benar Ahmadinejad menipu dalam Pilihanraya Presiden kali ini? Benarkah dakwaan-dakwaan pembangkang yang mengatakan Ahmadinejad menipu dalam pilihanraya? Saya tidak dapat mempastikannya. Hanya pemimpin-pemimpin tertinggi Iran dan Allah Ta’ala saja mengetahuinya.

Beberapa perkara boleh dibangkitkan di sini. Siapa sebenarnya pendokong kuat Mir Hossien Mousavi ini? Dan siapa pula penyokong-penyokongya? Jika kita lihat pelancong-pelancong yang datang dari Iran ke Malaysia, kita dapat gambaran akan siapakah sebenarnya pendokong-pendokong ‘revolusi hijau’ ini. Jika diperhatikan, wanita-wanita Iran yang berada di negara ini, kita dapat membayangkan akan apa situasi yang berlaku di Iran. Pernah Harian Metro melaporkan tentang kejelikkan pribadi warga Iran. Siang bertutup malam terbuka. Itulah gambaran yang cuba dipaparkan oleh wartawan Harian Metro. Pada waktu siang, mereka begitu menjaga pakaian mereka. Dengan jilbab hitam dan mengenakan hijab muka, mereka tampak begitu sopan. Namun, pabila malam menjelma, perwatakan mereka berubah. Mengenakan pakaian yang begitu seksi sehingga mencolok mata siapa yang memandang. Tanpa segan silu meneguk arak dan berpeleseran di kelab-kelab malam sekitar ibu kota. Lebih menjelikkan lagi, mereka turut membawa masuk pasangan-pasangan yang entah dari mana ke bilik-bilik hotel untuk mereka menginap. Apa yang berlaku seterusnya sudah pasti dapat diteka.

Maka tidak hairanlah golongan-golongan ini yang menjadi dalang dan pendokong utama gerakan ‘revolusi hijau’ ini. Setelah berlaku ‘revolusi Iran’ kira-kira 40 tahun yang lalu, yang menyaksikan kepimpian Shah yang menjadi raja monarki Iran ditumbangkan. Ramai kaum kerabat mereka berhijrah ke negara-negara Barat demi menyelamatkan diri dari amukan rakyat yang begitu meluat dan marah dengan gelagat mereka. Tidak memperdulikan rakyat dan terus-terusan menjadi boneka AS dan Israel. ‘Revolusi hijau’ kali ini seolah-olah mau membebaskan pemikiran mereka dari dibelenggu polisi-polisi kerajaan yang pada mereka menyusahkan mereka dan membebankan sedangkan apa yang dilakukan oleh negara mereka hanyalah untuk mengajak mereka kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar. Sebagai contoh, polisi mengenakan hijab dan tutup kepala kepada wanita. Berdasarkan tinjauan Buňuel, kebanyakan warga wanita Iran begitu menyenangi polisi ini. Bagi mereka, ia tidak membebankan malahan membantu mereka dalam kehidupan seharian mereka tanpa ada gangguan-gangguan seksual dari rakan sekerja lelaki mereka.

Pun begitu, tidak ramai yang menyukai semua polisi-polisi kerajaan Iran ini yang sudah diamalkan sejak dari ‘revolusi Iran’ lagi. Jadi, dalam sesuatu polisi itu, pasti akan ada pro dan kontranya. Sudah pasti ada yang menentang polisi ini. Jadi, apabila penentangan mereka tidak berhasil, maka mereka cuba mencari tempat yang mana boleh menerima atau sekepala dengan kehendak mereka. Dan, ‘revolusi hijau’ ini adalah kemuncak kepada golongan-golongan yang menentang beberapa polisi-polisi kerajaan yang pada hemat saya begitu baik. Mereka memberontak dan mau kebebasan hak seperti yang sering diuar-uarkan AS terutamanya. Kebebasan pada mereka adalah bebas dari semua kongkongan termasuk agama. Jadi, mereka mau menjadikan ‘tunjuk perasaan sebagai medan meluahkan apa yang terbuku di hati mereka. Situasi ini lantas mengundang ‘orang luar’ untuk masuk campur dan mengeruhkan keadaan. Ketidakpuasan hati oleh puak minoroti ini menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di Barat. Ia sekaligus mendapat publisiti yang luas ke seluruh dunia. AS bersorak mau menyatakan mereka berjaya mencemarkan imej Iran dan Mahmoud Ahmadinejad. Pun begitu, setakat ini, mereka masih belum berjaya menumbangkan kerajaan pimpinan Ahmadinejad. Saya berdoa moga-moga tunjuk perasaan ini akan segera berakhir. Dan semoga AS akan mendapat malu besar apabila kerajaan Iran pimpinan Ahmadinejad ini tidak dapat ditumbangkan. Jadi, pada hemat saya, Ahmadinejad tidak pernah menipu. Sama seperti kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak di Malaysia. Rakyat masih mahukan BN memerintah walau bagaimana cara sekalipun pemerintahannya. Walaupun BN tidak lagi memperoleh majoriti 2/3 seperti pilihanraya sebelumnya, majoriti rakyat masih lagi maukan UMNO/ BN memerintah negara. Jadi, saya kira, tidak timbul isu penipuan pada pilihanraya di Malaysia maupun Iran. Hujah saya ini ada asasnya. Ini berikutan beberapa siri Pilihanraya semula yang dijalankan di Iran masih menunjukkan Iran masih ditadbir oleh kepimpinan Ahmadinejad.

Jadi, persoalan sudah terjawab. Tinggal lagi kita yang mau memilih sama ada mau kepada kebenaran itu ataupun masih mau terus dibelenggu ketidakbenaran.

Artikel ini ditulis pada 26 Jun 2009

Sabtu, 20 Jun 2009

something nice...

di sini ingin sy kongsikan kepada semua tentang satu yang menarik..

layari www.nazarcoociesouse.blogspot.com untuk maklumat lanjut..