Cari Blog Ini

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ramadhan Menjelma Lagi

Alhamdulillah..
Aku bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia
Ramadhan yang menjadi bulan imtihan
Bagi menjadi muslim sejati…

Hari ini genaplah empat hari sudah kita berpuasa
Puasa wajib yang perlu dilaksanakan di bulan ini
Tiada siapa pun yang memaksa
Hanya Allah saja yang melihat apakah tindakan kita
Andai iman lemah, maka terjerumus lah kita ke lembah hina
Ponteng puasa kerana alasan remeh

Alhamdulillah..
Puasa kali ini, aku sudah bergelar suami
Menjalani ibadah puasa sebagai seorang suami memang satu perkara baru dalam hidup
Dulu…
Masa bujang, sahur dengan kawan-kawan
Kadang-kadang seorang diri
Berbuka pun begitu juga
Kini…
Setelah bergelar suami
Sahur dan berbuka dengan isteri tercinta
Ke bazaar ramadhan juga bersama
Cari bahan masak untuk berbuka juga bersama
Memang seronok ku rasakan
Bilamana ada insane bergelar isteri ada di sisi

Ya Allah…
Berkati Ramadhan kami kali ini
Andai ini adalah Ramadhan terakhir bagiku
Jadikanlah ini sebagai Ramadhan terbaik
Jadikanlah Ramadhan kali ini paling bermakna dalam hidupku
Dan terimalah amal dan taubatku
Taubat seorang hamba yang penuh noda dan dosa
Moga Engkau perkenankan hajat hambaMu ini
Ya Allah
Rabbal ‘Alaamiin…


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...