Cari Blog Ini

Khamis, 17 Disember 2009

LUASNYA NERAKA ALLAH SWT

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan


sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2.. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9.. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

KERJA : TEORI ATAU PRAKTIKAL – YANG MANA SATU DIUTAMAKAN

Awal pagi tadi aku sempat membuka Youtube untuk mencari-cari siaran Suara Siswa yang dipostkan oleh hamba-hamba Allah yang mau share something bermanfaat untuk kita semua. Ingatkan ada la yang latest. Sekali tak ada la pulak. Aku pun buka la satu. Yang aku kira dalam dua bulan lepas ke kalo tak salah.

Maka topik di atas pun menjadi tajuk blog aku ni. Apakah yang kita gunapakai dalam sistem kerja kita di Malaysia? Teori yang dipelajari di Universiti ataupun sekadar praktikal sahaja? Benarkan suasana kerja kita di Malaysia tidak menggalakkan suasana pembelajaran yang benar-benar mengikut teori yang telah dipelajari bertahun lamanya di peringkat Universiti?

Pada hakikatnya, suasana persekitaran kerja di Malaysia memerlukan tenaga mahir yang mempunyai kelulusan setaraf dengan kerja yang dilakukan. Pun begitu, kebanyakan syarikat swasta di negara ini masih lagi mengutamakan pengalaman kerja berbanding kelulusan yang dimiliki seseorang. Jika kita lihat, iklan-iklan pekerjaan di dalam akhbar rata-rata menghendaki seseorang itu sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman kerja selama dua tahun dalam bidang kerja yang ditawarkan. Sebagai contoh, sebuah syarikat swasta yang mengiklankan beberapa jawatan kosong di dada akhbar. Salah satu dari jawatan itu adalah Site Supervisor. Antara syarat yang dikemukakan adalah seseorang itu mestilah berumur tidak kurang 18 tahun. Warnagegara Malaysia. Mempunyai diploma dalam Kejuruteraan. Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun.

Nah. Anda lihat. Di mana kedudukan fresh graduate? Keadaan ni la yang sebenarnya merunsingkan para mahasiswa. Walaupun saya adalah bekas graduan dari IPTA, tapi saya melihat fenomena ni suatu yang serius dan perlu kepada penyelesaian segera. Jika tidak, kadar pengangguran di negara ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Pun begitu, beberapa inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran perlu dipuji. Melalui beberapa skim berbentuk latihan keusahawanan & bantuan modal seperti Skim Usahawan Muda dan sebagainya, ia sedikit sebanyak mampu memberi inisiatif kepada graduan untuk memilih sama ada mau mencari pekerjaan di syarikat2, mahupun kerajaan sendiri atau pun berkecimpung dalam industri keusahawanan.

Selain itu, dengan adanya beberapa syarikat pengiklanan jawatan kosong seperti JobsDB, JobStreet, Kareer & sebagainya, ia sedikit sebanyak mampu memberi peluang kepada siswazah dan graduan untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan ijazah yang mereka ada. Ini merupakan inisiatif sendiri untuk mencari kerja yang sesuai.

Dan untuk itu, pihak universiti2 awam juga sering mengadakan pameran & acara seperti 'Convo Job Shop' sebagai inisiatif pihak mereka dalam mencarikan peluang pekerjaan kepada siswazah2 mereka yang baru tamat pengajian. Dan syarat2 yang dikenakan juga kini lebih terbuka. Kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan sememangnya tidak meletakaan pengalaman kerja sebagai prasyarat. Sebaliknya graduan yang baru tamat pengajian mereka juga boleh memohon.

Itu baru keadaan sewaktu mahu mencari kerja. Bila berada dalam suasana pekerjaan pula, kadang kala situasinya jauh berbeza dengan keadaan sewaktu menuntut di universiti dahulu. Namun, ia mengikut pekerjaan yang dilakukan. Ada juga suasana pekerjaannya tidak banyak berbeza dengan persekitaran pembelajaran. Apa yang pasti, alam pekerjaan adalah suatu cabaran baru yang harus ditempuh oleh graduan.

Dalam pekerjaan yang lari dari kursus yang pernah diambil dahulu, seseorang graduan perlu lagi memulakan proses pelajaran semula. Ini bermakna dia perlu menjalani semula satu tempoh pelajaran untuk memahami tentang pekerjaan yang perlu dijalankan. Sedangkan kehidupan ini jua adalah satu proses pelajaran. Maka, ia adalah sesuatu yang biasa. Cara-cara mengendalikan kerja akan diajarkan oleh tenaga kerja yang berpengalaman bagi membolehkan graduan atau pekerja baru itu tau akan bidang tugasnya.

Pun begitu, terdapat juga segelintir manusia atau golongan yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain. Mereka ini akan cuba untuk membuli pekerja baru melakukan sesuatu kerja yang bukan bidang tugas yang ditetapkan seperti melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain. Budaya buli wujud bukan saja di sekolah, malah ia turut menular di dalam sektor pekerjaan. Jadi, seorang graduan perlu menempuhnya. Dan diharapkan nanti, dia tidak akan melakukan budaya yang sama seolah2 mau membalas dendam terhadap perbuatan rakan sekerjanya satu masa dulu.

Bagi mereka yang bekerja dalam bidang yang dipelajari, ia merupakan satu kredit untuk anda. Apa yang anda pelajari selama ini merupakan satu pelaburan yang berbaloi dan tidak disia-siakan begitu saja. Pun begitu, proses pelajaran tetap berlaku. Terkadang, apa yang kita pelajari di universiti itu tidak sesempurna mana. Tidak semuanya kita pelajari. Dan di alam pekerjaan inilah kita akan belajar semula akan apa yang pernah dipelajari di universiti dulu. Proses pelajaran semula ini amat penting dalam mengendalikan sesuatu pekerjaan itu. Sebagai contohnya, saya belajar dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan bekerja dalam bidang yang sama. Sewaktu belajar dahulu, kebanyakannya merupakan teori2 yang memeningkan kepala. Dan apabila berkecimpung dalam dunia pekerjaan, perkara2 teori ini turut sama saya bawa dan digunapakai. Beberapa penambahan berkenaan dengan software turut didedahkan. Sewaktu belajar dahulu, software seperti MapInfo dan ArcGIS hanyalah didedahakn secara teori sedikit dan praktikal sedikit. Namun, apabila bekerja, pendedahan itu semakin mendalam. Dan fungsi sebenar software itu baru diketahui sewaktu bekerja. Jadi, proses pelajaran juga berlaku.

Jadi, untuk tajuk di atas, teori dan praktikal itu adalah seiring. Namun begitu, ia bergantung terhadap sejauh mana ia digunapakai dalam arena pekerjaan kita. Walau apa pun bidang kerja kita, proses pelajaran tetap akan berlaku juga. Ini sinonim dengan sabda baginda Nabi Muhammad SAW bahawa kehidupan itu adalah satu pelajaran. Sabdanya, "menuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad." Sangat bertepatan dengan kehidupan merupakan satu pelajaran. Tinggal kita saja yang mau menyerap pelajaran itu bagaimana.

Jumaat, 11 Disember 2009

PANTUN PANTIN

Pantin 1

Hari ini hari Jumaat,
Semalam hari Khamis,
Esok pula hari Sabtu,
Lusa pula hari Ahad.

Pantun 1

Pergi ke pasar membeli ikan,
Pergi bersama anak Mak Andak,
Hidup kita ada wawasan,
Barulah orang tidak jelak.


Pantin 2

Mak Andam pergi kenduri kahwin,
Berjumpa dengan artis yang vasss gitu,
Pakcik Din pula ada di situ,
Dengan sapa aku pun tak tahu..

Pantun 2

Mak Minah pulang dari seberang,
Dengan membawa khabar gembira,
Hidup ni ada susah dan senang,
Barulah ilmu penuh di dada.


Pantin 3

Berjalan-jalan di kolam,
Di tepi kolam jumpa anak dara,
Siapa yang berjalan di tepi kolam,
Siapa2 yang jalan di tepi kolam laaa...

Pantun 3

Menuju puncak ke alam cita,
Segala onak perlu diredah,
Kejayaan itu sukar dicipta,
Andai kita mudah mengalah.

Khamis, 10 Disember 2009

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Isnin, 3 Ogos 2009

HARI YANG MEMENINGKAN KEPALA

Hari ini merupakan hari yang memeningkan kepalaku. Ia banyak membuatkan aku stress. Aggghhhh!!! Banyaknya keje aku arini. Macam-macam perkara nak wat. Handphone baru beli dah rosak. Keje kat ofis menimbun. Ditambah dengan pembetulan map2 yang aku kene buat. Mampuih la cmni.

Kadang-kadang rasa cam nak kembali ke zaman kanak-kanak. Relax jer. Xde nak pk masalah. Xde nak tension2 pasal keje. Tapi, kalo jadi budak jer, bosan gak. Xde cabaran hidup. Bila pikir2 lik, sume yang berlaku ni adalah cobaan yang byegitu sedikit jika disbanding dengan dugaan & cobaan para anbiya' dan syuhada' terdahulu. Ni baru sket dah tension. Relax la kan. Keje keje gak. Time balik, kene balik. Rehatkan fikiran & minda.

Hmmm… jap lagi aku dah nak balik. Aku nk g WARTA utk mengembalikan handphone yg baru ku beli 2ari lepas. Dah problem, nak wat gane. Mintak tuka jela ngan yg baru. Kalo xleh, aku mintak lik la duit aku. Hak aku tu…

K la. It's balik time. So, I wanna go back home. See ya next time.

Jumaat, 26 Jun 2009

Pilihanraya Iran : Benarkah Ahmadinejad Menipu?

Hari ini merupakan sejarah yang akan dikenang oleh generasi mendatang. Aku menelusuri youtube dan beberapa lagi laman web dalam mendapatkan maklumat tentang pilihanraya di Iran. Banyak blog & laman web yang aku tengok, kesemuanya ada pro dan kontra.

Blog Faisal Tehrani, penulis muda berbakat besar Negara juga aku lawati. Di sana aku dapati yang banyak kesangsian yang boleh kita lihat pada pilihanraya presiden kali ini. Jelas sekali, terdapat unsure sabotaj dan konspirasi bagi menjatuhkan Mahmoud Ahmadinejad yang kini semakin disenangi Ayatullah Ali Khameini dan sekelian rakyat Iran. Sedang Tehran diledaki dengan semangat ‘Revolusi Hijau’ oleh pembangkang yang diketuai Mir Hossaien Mousavi, lain-lain tempat di dalam Negara Iran yang luas tidak pula terjadi pemberontakan. Malahan, ia seolah-olah menggambarkan yang pemberontakan ini sebenarnya dicetuskan oleh Negara luar terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang sememangnya tidak menyenangi kelancangan Ahmadinejad menentang penguasaan AS di dunia kita. Malah, penolakkan Ahmadinejad terhadap AS semakin ketara apabila beliau dengan lantang membidas AS yang sewenang-wenang memiliki senjata nuclear tetapi dalam masa yang sama cuba menyekat Negara lain dari memiliki teknologi nuclear.

Sedar atau tidak, dunia kini sedang cuba dialihkan perhatian dari isu Palestin, Korea Utara dan pembantaian Afghanistan oleh tentera-tentera regim AS yang kononnya ‘Kempen Memerangi Pengganas.’ Perhatian dunia kini dialihkan kepada kisah tragedi yang menyayat hati yang terjadi di Tehran. Pembunuhan kejam oleh pihak kerajaan dalam menangani pemberontakan ‘Revolusi Hijau’ yang sebenarnya didalangi oleh AS.

Berdasarkan sumber, salah seorang pemikir dari NED (National Endowment for Democracy yang didalangi AS) terlanjur mengatakan, “There is a talk of ‘green revolution’ in Tehran.” Ia diucapkan beberapa hari sebelum pilihanraya presiden berlangsung. Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa terdapat unsur konspirasi bagi menjatuhkan kepimpinan tertinggi Iran iaitu Ayatollah Ali Khameini dan juga sang presiden, Mahmoud Ahmadinejad. AS seolah-olah sudah dapat membaca akan kemenangan Ahmadinejad dan berusaha untuk menjatuhkannya kerana kelantangannya dalam mengecam tindakan Amerika. Reaktor nuklear yang ingin dibangunkan yang sebenarnya bertujuan untuk menjana tenaga elektrik cuba dimomokkan AS dengan mengatakan Iran sebenarnya mahu membina senjata nuklear. Ia merupakan ketakutan AS terhadap Iran kerana para-para pelobi mereka adalah dari kalangan Yahudi dan ditakuti Iran akan melancarkan pelancar nuklearnya ke Israel yang terang-terangan membantai umat Islam Palestin. Ini lah yang ditakuti AS dan sekutunya yang lain.

Ahmadinejad merupakan Presiden yang low profile yang mana ia tidak pernah disebut-sebut bakal memimpin Iran. Setelah menjadi presiden, ia disenangi oleh segenap lapisan masyarakat di Iran malah dunia Islam turut menyenagi beliau yang low profile. Kejayaan dicapai dalam menghadapai kemelut sekatan ekonomi oleh UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu – United Nation) menyebabkan semakin ramai rakyat menyukainya. Keberaniannya dalam menunjukkan kekuatan ketenteraan dengan melancarkan peluru berpandu jarak jauh, yang boleh dilancarkan dan mengenai sasaran dengan jarak 2000km amat ditakuti AS dan sekutu-sekutunya. Iran seolah-olah menjadi ‘Korea Utara Arab’ apabila dengan secara berani melancarkan peluru berpandu jarak jauhnya. Israel begitu takut dengan perkembangan itu lantas mengecam tindakan Iran itu yang boleh menggugat negara haram Israel.

Bukanlah bermaksud mahu memuji berlebihan kepada ‘Singa Parsi’ ini, tetapi itulah hakikatnya. Di Astro, dalam rancangan ‘Don’t Tell My Mother I’m In..’ yang mengunjungi negara Iran dihostkan oleh Diego Buňuel memberikan gambaran sebenar tentang kehidupan masyarakat Iran. Dari rancangan tersebut, ia menggambarkan bagaimana kehidupan masyarakat Iran yang rukun. Tanpa ada persengketaan. Malah beberapa pemain bola keranjang profesional dari AS turut menjadi pemain di kelab-kelab bola keranjang di Iran turut ditemubual. Daripada temubual tersebut, jelas memperlihatkan bahawa mereka amat menyukai kehidupan mereka di sana. Ini sekaligus memberikan tamparan hebat buat ‘Rumah Putih’ yang cuba menggambarkan kepada dunia bahawa Iran sebuah negara yang berbahaya. Jelas sekali, propaganda AS ini hanya memakan diri apabila ada penerbit dari negaranya sendiri pergi mengunjungi negara-negara yang dikatakan berbahaya kepada dunia seperti Venuzuela, Korea Utara, Cuba dan juga termasuklah Iran.

Jadi kini? Kembali kepada persoalan tajuk di atas. Adakah benar Ahmadinejad menipu dalam Pilihanraya Presiden kali ini? Benarkah dakwaan-dakwaan pembangkang yang mengatakan Ahmadinejad menipu dalam pilihanraya? Saya tidak dapat mempastikannya. Hanya pemimpin-pemimpin tertinggi Iran dan Allah Ta’ala saja mengetahuinya.

Beberapa perkara boleh dibangkitkan di sini. Siapa sebenarnya pendokong kuat Mir Hossien Mousavi ini? Dan siapa pula penyokong-penyokongya? Jika kita lihat pelancong-pelancong yang datang dari Iran ke Malaysia, kita dapat gambaran akan siapakah sebenarnya pendokong-pendokong ‘revolusi hijau’ ini. Jika diperhatikan, wanita-wanita Iran yang berada di negara ini, kita dapat membayangkan akan apa situasi yang berlaku di Iran. Pernah Harian Metro melaporkan tentang kejelikkan pribadi warga Iran. Siang bertutup malam terbuka. Itulah gambaran yang cuba dipaparkan oleh wartawan Harian Metro. Pada waktu siang, mereka begitu menjaga pakaian mereka. Dengan jilbab hitam dan mengenakan hijab muka, mereka tampak begitu sopan. Namun, pabila malam menjelma, perwatakan mereka berubah. Mengenakan pakaian yang begitu seksi sehingga mencolok mata siapa yang memandang. Tanpa segan silu meneguk arak dan berpeleseran di kelab-kelab malam sekitar ibu kota. Lebih menjelikkan lagi, mereka turut membawa masuk pasangan-pasangan yang entah dari mana ke bilik-bilik hotel untuk mereka menginap. Apa yang berlaku seterusnya sudah pasti dapat diteka.

Maka tidak hairanlah golongan-golongan ini yang menjadi dalang dan pendokong utama gerakan ‘revolusi hijau’ ini. Setelah berlaku ‘revolusi Iran’ kira-kira 40 tahun yang lalu, yang menyaksikan kepimpian Shah yang menjadi raja monarki Iran ditumbangkan. Ramai kaum kerabat mereka berhijrah ke negara-negara Barat demi menyelamatkan diri dari amukan rakyat yang begitu meluat dan marah dengan gelagat mereka. Tidak memperdulikan rakyat dan terus-terusan menjadi boneka AS dan Israel. ‘Revolusi hijau’ kali ini seolah-olah mau membebaskan pemikiran mereka dari dibelenggu polisi-polisi kerajaan yang pada mereka menyusahkan mereka dan membebankan sedangkan apa yang dilakukan oleh negara mereka hanyalah untuk mengajak mereka kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar. Sebagai contoh, polisi mengenakan hijab dan tutup kepala kepada wanita. Berdasarkan tinjauan Buňuel, kebanyakan warga wanita Iran begitu menyenangi polisi ini. Bagi mereka, ia tidak membebankan malahan membantu mereka dalam kehidupan seharian mereka tanpa ada gangguan-gangguan seksual dari rakan sekerja lelaki mereka.

Pun begitu, tidak ramai yang menyukai semua polisi-polisi kerajaan Iran ini yang sudah diamalkan sejak dari ‘revolusi Iran’ lagi. Jadi, dalam sesuatu polisi itu, pasti akan ada pro dan kontranya. Sudah pasti ada yang menentang polisi ini. Jadi, apabila penentangan mereka tidak berhasil, maka mereka cuba mencari tempat yang mana boleh menerima atau sekepala dengan kehendak mereka. Dan, ‘revolusi hijau’ ini adalah kemuncak kepada golongan-golongan yang menentang beberapa polisi-polisi kerajaan yang pada hemat saya begitu baik. Mereka memberontak dan mau kebebasan hak seperti yang sering diuar-uarkan AS terutamanya. Kebebasan pada mereka adalah bebas dari semua kongkongan termasuk agama. Jadi, mereka mau menjadikan ‘tunjuk perasaan sebagai medan meluahkan apa yang terbuku di hati mereka. Situasi ini lantas mengundang ‘orang luar’ untuk masuk campur dan mengeruhkan keadaan. Ketidakpuasan hati oleh puak minoroti ini menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di Barat. Ia sekaligus mendapat publisiti yang luas ke seluruh dunia. AS bersorak mau menyatakan mereka berjaya mencemarkan imej Iran dan Mahmoud Ahmadinejad. Pun begitu, setakat ini, mereka masih belum berjaya menumbangkan kerajaan pimpinan Ahmadinejad. Saya berdoa moga-moga tunjuk perasaan ini akan segera berakhir. Dan semoga AS akan mendapat malu besar apabila kerajaan Iran pimpinan Ahmadinejad ini tidak dapat ditumbangkan. Jadi, pada hemat saya, Ahmadinejad tidak pernah menipu. Sama seperti kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak di Malaysia. Rakyat masih mahukan BN memerintah walau bagaimana cara sekalipun pemerintahannya. Walaupun BN tidak lagi memperoleh majoriti 2/3 seperti pilihanraya sebelumnya, majoriti rakyat masih lagi maukan UMNO/ BN memerintah negara. Jadi, saya kira, tidak timbul isu penipuan pada pilihanraya di Malaysia maupun Iran. Hujah saya ini ada asasnya. Ini berikutan beberapa siri Pilihanraya semula yang dijalankan di Iran masih menunjukkan Iran masih ditadbir oleh kepimpinan Ahmadinejad.

Jadi, persoalan sudah terjawab. Tinggal lagi kita yang mau memilih sama ada mau kepada kebenaran itu ataupun masih mau terus dibelenggu ketidakbenaran.

Artikel ini ditulis pada 26 Jun 2009

Sabtu, 20 Jun 2009

something nice...

di sini ingin sy kongsikan kepada semua tentang satu yang menarik..

layari www.nazarcoociesouse.blogspot.com untuk maklumat lanjut..

Rabu, 6 Mei 2009

Ketegangan Minda Menegangkan Urat Saraf

Kepalaku terasa berdenyut-denyut saja. Macam nak pecah dibuatnya. Aku menahan sakit yang teramat sangat. Mana la dia pergi? Puas sudah ku cari-cari. Tidak jua ku temui.

 

Aku letih memikirkannya. Semalam dia ada bersamaku. Tapi, kenapa pula hari ini tidak ada. Ke mana saja dia pergi. Di tempat mana atau di sudut mana harus ku cari ni? Aku dah penat. Kau tau tak? Tolong lah berhenti menyorok dariku.

 

Sudah masuk dua minggu ini aku cuba cari. Tapi tetap tidak berjumpanya. Semua tempat sudah aku geledah. Tapi tetap tak jumpa jua.

 

Wahai pendrive saktiku, di mana kau berada? Aku rasa aku letak di atas almari di bilik. Tapi aku sudah cari di situ lebih tujuh kali. Tak jumpa juga. Aku rasa mungkin ia tercicir semasa aku tidur. Hai. Entahla. Bengang rasanya. Nak beli baru, tak mampu. Duitku cukup-cukup makan saja. Aduhai. Nasib. Nasib.

 

Dalam pendrive tu ada banyak benda penting bagiku. Gambar kenangan. ‘orang itu’ jua ada di dalam pendriveku. Segala tulisan dan data-dataku ada di dalamnya.aku harus segera menemukannya. Jikalau tidak, padah bakal menantiku.

 

Aduhai.. pening… pening…

Isnin, 27 April 2009

Kerinduan Yg Dalam...

Sudah lama rasanya aku tidak mengisi ruang di blog ini. kini aku kembali bagi mengisi semula ruang yg ada di dalam ini..

yg nyata, semakin lama rindu datang bertamu, semakin kuat kecintaan ini.. moga Tuhan mengkabulkan hasrat, mencapaikan cita mau mendapat inayah dan hidayahnya bagi meneruskan perjuangan dalam agama tercinta ini. 

Ya Allah, berilah daku kekuatan dan semangat juang jihad para syuhada' yang gugur di medan juang demi menegak agamamu. Berikanlah daku ilham untuk terus cuba berkongsi rasa dan cita terhadap agamaMU, agama yang aku anuti kini, dulu dan hingga ke syurgaMu oh Tuhan Yg Maha Esa.

Ya Allah, andai Kau berikan daku pilihan, maka ku pilih untuk mati syahid di jalanMu yang lurus ini. Oh Tuhan Yg Maha Menguasai dunia dan alam serta seisinya, dengan kemuliaan zatMu, aku bermohon agar Kau perkenankanlah segala hajatku ini. satukanlah kembali umat Islam pada satu panji iaitu kalimah Laa ilaha illa Allah, wa Muhammad arrasullullah..

amiin ya Rabbul 'alaamiin..

Selasa, 10 Mac 2009

Satu Malam Di Karak Highway

Peristiwa sedih ini akan ku ceritakan buat tatapan para pembaca blog dan bloggers sekelian. ia berlaku kira-kira dua minggu lalu dan ku harap ia menjadi iktibar & pedoman buat kita semua.


Jumaat, 20 Februari 2009


Aku mengambil keputusan untuk ke Dungun, Terengganu untuk menghadiri majlis walimah 'seseorang'. Jadi, aku pun mengambil jalan untuk menuju ke SUK Shah Alam untuk menghantar dokumen penting kepada bos@ Peg Perancang MDSB yg akan menghadiri mensyuarat Stanco Tanah yang akan dipengerusikan oleh MB Selangor sendiri. Selain itu, tujuan ku ke sana adalah untuk menemui rakan yang bertugas di sana.


Aku mengambil keputusan menemui rakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Agak lama aku menunggu beliau di sana. Sempat panas punggung juga menunggu beliau tiba kerana beliau tidak membawa telefon lantaran tertinggal di rumah sewa di Kajang. Aku berjanji untuk menunggu beliau pukul 12 tengah hari. tetapi, sehingga jam 12.30, batang hidungnya pun tidak kelihatan. Puas aku pusing keliling mencari-cari, kot-kot beliau mengubah tempat perjumpaan kami. Setelah tawaf mengelilingi masjid hampir 2kali, aku mengambil keputusan untuk mengambil wudhu'.


Selesai mengambil wudhu', aku pergi semula ke tempat yang kami janjikan untuk bertemu. sesampai aku di tangga masjid menghadap Bangunan MAIS, aku akhirnya diberi kesemptan oleh Allah untuk bertemu dengannya jua. Kami berjabat tangan dan berpelukan. "Alhamdulillah, nasib baik jumpa jugak aku degan kau." aku meluahkan syukur kerana dapat bertemu dengannya.


"Sori la bro, aku tertinggal hand phone kat rumah. Pulak tadi ada meeting ngan pengarah. Boleh lak terlewat abis meeting ni." Faisal menyatakan sebab mengapa dia lambat sampai. aku mengiakan saja. tak apa lah. at least jumpa gak. aku berbisik di dalam hati.


"Jadi ke nak pergi Terengganu ni?" Faisal menyoal. aku menganggukkan kepala tanda ya. Kami berbual-bual lama sementara menanti azan berkumandang. Almaklum sajalah, lama tak jumpa. banyak perkara yang kami bualkan. terutama tentang kerja.


Selesai Faisal mengambil wudhu', kami menuju ke dewan solat. Sepanjang khutbah, aku tidak melelapkan mata. Walaupun penat memandu dari Sabak Bernam, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Teringat sewaktu bersekolah asrama di SMKA Simpang Lima dahulu. Pantang duduk saja, pasti mata akan mengecil dan terus tertidur sepanjang khutbah dibacakan.


Habis solat Jumaat, Kami bergegas keluar. Aku mahu menghantar dokumen penting kepada bos. Jika menaiki kereta, pasti lambat aku sampai ke sana. Memandangkan, Faisal membawa motosikal, aku menunggang bersamanya ke sana. Perjalanan mengambil masa 20 minit juga memandangkan jalan yang jamm. Aku menelefon bos untuk mengetahu samada beliau telah sampai atau belum. Dan beliau memberitahu masih di Subang Jaya. Aku bersama Faisal bergegas ke kafetaria mengisi perut yang kosong.


Baru saja aku habis memesan air, telefon berlagu rancak. Bos menelefon. "Awak kat mana? Saya dah sampai SUK." "Saya kat kafe bos. Minum jap. Bos tunggu kat lobi, nanti saya datang."


Aku lalu meminta izin untuk beredar sebentar menemui bos di lobi Bangunan SUK. Kira-kira 15 minit juga aku ke sana berulang alik ke kafe dan sempat menyerahkan dokumen penting itu. Sempat bersembang sedikit dengan bos sebelum meminta izin untuk ke kafe.


Jam menunjukkan pukul 2.45 petang. Aku dan Faisal lantas bergegas keluar memandangkan salah seorang dari kami tidak memakai topi keledar. Takut berjumpa dengan Pak Polisi. Kang kena saman, naya je.


Kami kembali ke masjid untuk mengambil kereta. Aku bercadang mahu bersiar-siar sekitar Shah Alam. Tapi, memikirkan jam sudah menunjukkan pukul 3 lebih, hasrat itu ku matikan memandangkan jalan pastinya akan jamm sebentar lagi. Lagi-lagi hari ini adalah hari Jumaat. Biasanya, pasti banyak kenderaan di jalan raya. Faisal menyerahkan kuci rumah sewa kepadaku supaya aku boleh berehat-rehat sementara menanti dia pulang nanti.


Aku meneruskan perjalanan ke Taman Kajang Utama, tempat di mana aku pernah tinggal dulu bersama-sama Faisal dan rakan-rakan lain. Mengenang kembali waktu silam, membuat aku tersenyum. Terlalu banyak kenangan yang bermain di dalam fikiran ini. Demi mengelak kebosanan, aku menghidupkan radio. Frekuensi 91.5 menjadi pilihan utama. Dengar suara DJ yang lunak menghilangkan sedikit kebosanan. Namun, bila waktu-waktu begini, tidak banyak lagu diputarkan, aku menukar siaran. 96.7 menjadi pilihan kedua. Retro muzik terbaik. Memang best. Lagu-lagu lama zaman era 80-an dan 90-an berkumandang. Aku melayan lagu-lagu rock kapak yang kena dengan jiwa. Tapi masih tidak dapat menghalau kebosanan ini. Lantas aku memasang mp3 player. Lagu dari pendrive berputar ligat. Lagu-lagu nasyid berkumandang ke udara yang sememangnya subur di jiwa ini.


Jam 4.15 petang,

Aku sampai di Seraya Apartment. Tempat di mana aku pernah tinggal. Rindu rasanya hati pada tempat yang pernah member aku perteduhan dari hujan dan panas. Sudah hamper dua tahun ku tinggalkan kediaman ini. Apartment tanpa lif setinggi lima tingkat ini menjadi antara kediaman para penghuni yang bekerja dari Bangi hingga KL malahan tempat-tempat lain lagi. Dengan kos sewa yang agak murah, ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mencari rumah sewa yang selesa dan murah.


Aku memasuki rumah yang tiada penghuni itu. Semua penghuninya sedang bekerja. Aku member salam kepada makhluk yang tidak kelihatan. Ia adalah sunnah sebagaimana yang diajarkan baginda Nabi Muhammad SAW.


Berengas rasanya badan ni. Dengan daki yang melekat di badan, aku bercadang untuk mandi. Tapi, biarlah aku berehat barang seketika.


Telefon bernada rancak mendayu. 'Dia' menelefon.


"Jadi tak nak dating ni?"


"Insyaallah. Jadi. Tunggu je kedatangan diri ni. Ye."


"Ok. Kita sambung SMS ye."


Talian telefon dimatikan. Kami berbalas SMS dan kira-kira jam 4.50 petang, aku mengambil keputusan untuk mandi. Segarkan badan dan mata ni.


6.45 petang,

Khairul dan Roslan pulang dari oficenya di Putrajaya. Mereka adalah penjawat awam di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Aku bersalaman dengan mereka berdua. Bersembang-sembang sambil menonton televisyen.


Tadi sebenarnya aku ingin melelapkan mata. Puas aku cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Kepala mula pening-pening lalat. Mata terasa berat tapi sukar untuk dilelapkan. Bila mereka sampai di rumah. Aku terus tidak jadi untuk tidur.


7.15 malam,

Amin atau lebih dipanggil Acai pulang ke rumah. Aku berjabat tangan dengannya. Kami dan Faisal merupakan rakan sekelas sewaktu menuntut di UiTM Arau dan Shah Alam. Bidang kami adalah Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi). Sama-sama ambil diploma dan sama-sama tidak menyambung Ijazah sarjana muda. Tapi, hanya aku sorang yang tak ambil MUET (Malaysia University English Test). Aku sememangnya dari awal mengambil keputusan untuk tidak menyambung pengajian. Hanya akan mengambilnya jika aku benar-benar mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda nanti.


Kami bersembang agak lama. Aku mandi untuk kedua kali. Cuaca panas merimaskanku. Almaklum sajalah. Di Bandar, cuara panas 24 jam. Berbanding di kampong, tiba waktu malam, sejuk pasti bertandang walau terkadang panas hingga ke dinihari.


Faisal tiba di rumah sekitar jam 7.30 malam. Aku baru selesai mandi ketika Faisal pulang. Kemudian, kami solat Maghrib bersama dan aku menyambung dengan jamak solat Isya'. Almaklum sajalah. Aku seorang musafir. Jarak antara Sabak Bernam – Kajang adalah kira-kira 145km. memang sudah dikira musafir.


Acai keluar rumah kira-kira jam 8.30 malam kerana mahu menghantar tunangnya di Hentian Bas Kajang. Kami menonton televisyen bersama-sama. Aku bagai tak ada selera saja. Tak tahu mengapa tiba-tiba perutku seolah-olah mogok untuk makan. Rakan-rakan ada mengajak, tapi aku tetap tidak mahu menjamah makanan. Nervous pun ada. Almaklum saja. Mau ke Terengganu. Negeri di mana dia lahir dan tinggal serta mengaji Al-Quran.


Sebenarnya, inilah bakal menjadi sejarah antara kami kerana sejak berkenalan, kami belum pernah berjumpa walau sekali. Itu yang menjadi janji di antara kami berdua. Hanya akan bertemu jika sudah mantap hati ini dan ia membawa kami bersatu ke alam rumah tangga. Itu yang sebagaimana dipersetujui.


11.00 malam,

Aku berbalas SMS dengannya. Dia kepenatan mengendalikan acara yang bakal berlangsung esok. Majlis walimah abang sulungnya berjalan lancar. Banyak tetamu bertandang. Keluarga perempuan juga telah tiba sejak dari petang. Melayan kerenah sepupu, anak sepupu dan macam tugas yang diserahkan kepadanya menjadikan dia kepenatan. Aku simpati. Namun, aku tidak dapat membantu.


Kami bersiap-siap mahu bertolak ke Dungun, Terengganu. Yang menghairankan, aku terlalu sempoi dengan hanya memakai t-shirt kelabu dan pakaian kerja tadi. Aku memang tidak membawa apa-apa pakaian lain selain yang aku pakai untuk kerja. Macam tak bersedia. Itu yang menghairankan diriku.


"Nak naik atoz ke kelisa?" Khairul menyoal kepada kami. "Naik kenari je lah." Aku menyahut. Pun begitu, aku tak begitu yakin dengan keretaku itu. Tapi, aku pun tak tau macam mana aku boleh menyahut. Kepelikkan kedua yang aku rasakan.


"Silap. Kenari." Khairul tersengih sebab tersalah sebut akan keretaku. Kami semua tersenyum. Biasalah. Terlupa kan.


Aku memandu seperti biasa. "Kita minum dulu la. Pekena air kopi ke." Faisal mengutarakan cadangan. Kami sepakat bersetuju.


Sabtu, 21 February 2009, 12 tengah malam


Kami memulakan perjalanan. Faisal menjadi pemandu. Aku duduk di kerusi di belakangnya. Pada mula memandu, keretaku sudah menampakkan tanda-tanda dia kurang sihat. "Apasal clutch dia cam berat je?" Faisal bertanya. Aku menjawab, "Kereta aku memang clutch panjang."


Dalam hati aku berdoa moga-moga kereta aku tidak meragam atau buat hal. Kereta di pandu seperti biasa. Namun, ia sedikit luar biasa. Memasuki kawasan selepas tol Gombak, keretaku mengaum kuat. Bagai orang sakit mengerang di hospital.


Tapi aku pekakkan telinga. Moga-moga lah kereta ni tak buat hal. Aku berdoa di dalam hati. Kecut perut aku sepanjang perjalanan ini.


Tiba-tiba bau hangit seperti getah terbakar kami hidu. "Bau apa ni aa?" aku makin cuak. Aduhai. Pening la aku camni.


Kereta diberhentikan di sisi jalan. Kami melakukan spot check ke atas keretaku. Tiada apa yang mencurigakan.


Kereta dijalankan semula. Tapi kali ini dengan keadaan yang perlahan. Tiba di satu stesen minyak petronas, kami berhenti untuk mengisi minyak dan membeli apa-apa keperluan yang patut. Membuang hajat jika ada. Selesai saja semuanya, kami meneruskan perjalanan. Kali ini Acai yang memandu.


"Kereta ko memang macam ni ke?" Acai bertanya kepada ku.


"Sebelum ni tak pernah lak camni." Aku menjawab. Memang sebetulnya, keretaku tidak pernah meragam begini. Ngauman enjin semakin kuat. Degupan jantungku semakin kuat. Aku bagai dapat mengagak akan sesuatu akan terjadi pada keretaku.


Tiba di satu selekoh, aku berkata, "Cai, berenti jap. Biar aku try bawak."


Kereta diberhentikan di tepi. Aku mengambil alih kedudukan pemandu. Aku memasukkan gear. Hand break ku lepaskan perlahan-lahan. Keretaku mengaum kuat. Ia berjalan hanya sedikit. Aku makin cuak. Degupan jantung semakin kencang. Sah! Keretaku dah buat hal. Aduhai.


Signal kecemasan dihidupkan. "Kita tolak la kereta ni sampai mana yang boleh." Acai memberi cadangan. Keretaku pun ditolak. Kira-kira 150meter. Kami berhenti. Masing-masing kepenatan menolak. Jam menunjukkan pukul 2 lebih.


"Aku rasa gear box ko jam la." Khairul member pendapat. Aku menganggukkan kepala. Bonet hadapan dibuka. Enjin suis dimatikan. Lampu signal menyala-nyala.


"Ko de pernah ganti minyak gear?" Tanya Faisal.


"Minyak gear aku pernah tukar setahun lepas. Dah lama dah." Aku menjawab.


Masing-masing memberikan spekulasi tentang kerosakan yang berlaku. Saat itu, wajahnya terpancar jelas di mataku. Nampaknya, Tuhan masih belum mau menemukan kita lagi. Bisik hati kecilku. Aku kecewa. Begitu kecewa.


"Hai la nasib." Aku berkata kecil. Tergambar jelas wajah kecewa.


Kedengaran bagai bunyi tong dipukul sayup-sayup menyapa telinga. Aku langsung tidak memperdulikan suara itu. Hanya da yang ku fikirkan. Pasti dia kecewa kerana pertemuan yang dirancang, tidak menjadi pula.


"Sal, tepi sikit. Aku nak duk sebelah." Acai tiba-tiba beralih tempat. Aku perasan akan gelagatnya. Bagai ada yang tak kena. Aku tetap tidak mau membuka mulut. Hanya terdiam memandang Kereta Perodua Kenariku. Dah nasib badan. Apa mau buat.


Lebih kurang 3.00 pagi,

Sebuah kereta peronda Polis lalu dan memberhentikan kereta di hadapan keretaku. Salah seorang anggota polis keluar dari perut kereta.


"Apa hal dik? Kereta rosak ke?" dia mengajukan soalan.


"Kereta rosak lah encik. Tiba-tiba tak boleh jalan. Gear masuk tapi free je. Tak berjalan pun. Tak tau la apa masalah dia." Aku menerangkan kepada encik polis terbabit. Tak lama kemudian, semua empat anggota polis berpakaian biasa menampakkan batang tubuh masing-masing.


"Ko try check, tengok apa masalah dia." Kata salah seorang dari mereka kepada seorang yang lain. Lalu polis itu melakukan sedikit pemeriksaan.


"Aku ingat dia punya clutch plate dia dah habis ni." Dia berkata kepada kami semua. Aduh. Pulak. Dah nasib badan. Aku mengucap di dalam hati.


Duit dah tengah kurang ni. Aku memikir macam mana nak selesaikan masalah ni.


"Apa-apa hal, baiki dulu kereta ko ni." Acai member pandangannya. "sekarang kita kat tempat orang. Susah sikit. Kalo apa-apa hal, ko letak kereta kat sini pun, tak tau bila lagi nak ambik."


"Taka pa. ko pakai je dulu duit aku. Nanti, ada duit, ko bayar la ek." Acai menambah. Aku jadi serba salah. Setelah timbang-timbang, aku bersetuju dengan cadangan Acai.


Tak lama selepas itu, seorang India bernama Raja tiba dengan kereta Toyota lama. Aku tak pasti model apa. Tapi bunyi memang turbo.


Selang 15 minit berikutnya, seorang lelaki Cina tiba dengan memandu sebuah Kenari berwarna goldust. Setelah berunding dengan lelaki Cina itu, aku bersetuju untuk membaiki kereta di bengkelnya.


Ia merupakan satu pengalaman dalam hidupku. Memang takkan ku lupa sampai ke akhir hayat

Isnin, 16 Februari 2009

Madah berkasih Sayang

“Andai ku punya sayap, akan ku terbang ke daerah sana. Mencari dirimu dan menemanimu saat kau kesunyian..”

“Jika Tuhan mentakdirkan kita untuk bercinta, maka ku berdoa moga kasih kita, kasih direstui, ikatan kita diberkati Ilahi, dan cinta kita bersemi selamanya hingga ke syurga sana.”

“Ya Allah, andai Kau mentakdirkan aku bersamanya, dekatkanlah hati-hati kami untuk bercinta keranaMU. Tapi, seandainya, takdirMu tidak bersama kami, maka Kau berikanlah kami jodoh yang lebih baik dari ini..”

“Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan.”

“Duhai ayah dan bonda, ku mohon restu pada kalian, agar merestui hubungan kami agar ia nanti penuh keberkatan dan rahmat Tuhan. Dan nanti, zuriat kami, zuriat yang diredhai dan menjadi insan bertakwa.”

“Akan ku pintal buih di lautan, menjadi benang dan akan ku jadikan ia bantal buatmu jadikan alas baringan dan mimpikan daku saat kau beradu di kamarmu.”

“Akan ku renangi lautan api, demi menunjuk kasih setiaku padamu.”

*catatan : kata-kata di atas adalah nukilanku sendiri hasil ilham dari Tuhan Yang Maha Esa. kalau de persamaan dengan yg lain, itu hanyalah satu kebetulan yg tidak disengajakan.

Selasa, 10 Februari 2009

BERITA TERBARU...

Assalamualaikum ku ucapkan buat semua rakan dan taulan. Tidak lupa pada semua manusia di jagat raya ini. Walau pun tidak mengenal diriku, salamku tetap untukmu sekalian manusia yang beragama Islam.tidak dilupa salam sejatera ku hulur buat rakan yang non-muslim. Walau kalian bukan sedarah dagingku, tapi kalian tetap manusia yang perlu dihormati dan disayangi.
Aku di sini menyusun kalam bicara buat semua. Menyembah salam menghulur tangan untuk berjabat. Bertanya khabar berita akan perkembangan terkini diri kalian. Buat sahabat-sahabat sepermainan di Sekolah Kebangsaan Bijai Jaya, batch UPSR 1997, apa khabar gerangannya kamu semua sekarang? Sudah bekerja atau belum? Masih menuntut kah? Salam terima kasih buat Nor Seri Wahyu kerana menghulur salam bertanya khabar minggu lalu. Hampir aku terlupa namanya. Maafkan aku Ayu. Bukan sengaja melupakan, tapi sudah lama tidak mendengar khabar. Kau khbarkan padaku masih menuntut di KUIS (Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor) yang letaknya di Bangi. Menuntut jurusan kejururawatan. Alhamdulillah. Masih lagi mahu menyambung pengajian. Syabas kuucapkan. Lama sudah aku tidak dengar perkhabaran dari rakan sahabat kita ya. Selepas tamat persekolahan di peringkat rendah, aku jarang bertemu kalian. Maklum sajalah. Aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima SEMKASL). Tinggal pula di asrama. Amatlah jarang kebarangkalian untuk kita bertemu. Aku teringin benar rasanya untuk bertemu dengan rakan2 lain seperti, Ayoy(hairul), Azhar (Khairul Azhar), Din (Kamaruddin) dan lain-lain sahabat yang aku tak sebutkan di sini. Budak2 perempuan seperti Yana (Misriyana), Nana (Firhana Wirda), Manisa (Nor Fara Manisa) dan lain-lain lagi. Apa khabar agaknya berita kau orang semua? Nana sudah berapa orang anaknya sekarang ya? Aku langsung tidak pernah mendengar berita kalian.
Buat rakan-rakan seperjuangan di SEMKASL, terutama batch SPM 2002 dan PMR 2000. Baru-baru ni aku baru saja berhubung dengan dengan bekas classmate. Tu pun melalui friendster je. Nurul iman. Comey budaknya. Huhu. Jangan disalah tafisr akan maksud kataku ini. Just refresshing my old memories about SMKASL. Dah lama tak dengar ceghita mereka2. Ustaz2, cikgu2 pun ramai dah pindah@bersara. Daus(Mohd Firdaus) apa khabar agaknya dikau skang? Aku dengar dah jadi leftenan muda skang. Huhu. Hebatla sahabat-sahabat aku skang ni. Almaklum sajalah, graduan ATMA. Tentunya sudah bergelar tentera@askar. Tapi de pangkat beb. Ridwan pun gitu gak. Dah kat Navy (Tentera Laut) skang ni ye. Ate, pe ceghite kengkawan lain yang masuk ATMA? Gundam (Zulfahmi) dan Azam pe ceghitenye yeop? Kamu udah jadi askor dah ye. Bebaik jadi askor. Gunakan nama tentera untuk kebaikan. Jaga nama Mesia kat mana2 korang pegi. Jangan huduhkan nama Mesia yang dah sedia tercalar dek perbuatan segelintir ahli politik kita. Ku doakan kalian agar sukses dunia akhirat. Pian, pekabo kau skang ye? Dah jd Cikgu Pian dah skang. Walaupun Cuma GSTT (Guru Sandaran Tak Terlatih), aku tetap bangga dengan kau. Jadilah cikgu dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Buat rakan lain yang jadi cikgu, selamat meneruskan perjuangan membudayakan ilmu untuk anak murid. Jadikanlah mereka orang2 yang bakal menggegar dunia dengan kejayaan yang baik. Jadikan mereka para ulama’, fuqaha’, syuhada’ yang berjuang di jalan Allah. Dan sesungguhnya kalian juga sedang berjuang di jalanNYA jua. Tugas kalian begitu besar ertinya pada ummah. Ramai gak member2 kita yang dah nikah. Arif pun dah dapat dua orang anak. Tahniah la Arif. Doakan sahabatmu ini lekas2 menamatkan zaman bujang. Den boring dah duk sensorang ni. Hehe. Kalo ado isteri, ado la gak penoman den kek umah. Tak do lah asyik nak merayau ke sano sinun.. hehe
Rakan-rakan di UiTM (Unversiti Teknologi Mara), Jabatan Sains Ukur dan Geomatik, salam perkhabaran buat kalian. Apa yang sedang kalian perbuat waktu ini? Tahniah pada yang sudah bekerja. Buat yang masih mencari2 pekerjaan, ku doakan moga kalian dapat beroleh kerja tak kira kerja apa sekalipun asalkan halal di segi syarak. Ayul, peciter ko skang? Still joining a bussiness lagi ke? Masih dengan internet nerworking bussiness? Pape pun, aku doakan ko dapat kerja walaupun buat bussiness. Kerja gak tu. Yang penting halalan thaiyyiban. Halal lagi bersih. Azam & dayat pun alhamdulillah, dah dapat kerja. Aritu masa jumpa korang sebelum raya cina tu, rasa cam singkat sangat. Tak sempat nak berbual lama. Shahril, kau buat pe skang ni? Dah dapat kerja ke? Pape pun, carilah rezeki yang halal k. Aku doakan ko.
Untuk pengetahuan semua, aku skang sudah bergelar pekerja. Setelah mendapat pengalaman bekerja di bidang lain, akhirnya, aku dapat gak menjadi seorang Penolong Pegawai DEGIS (Daru Ehsan Geographical Information System). Situasinya, kerja environment kerajaan, tapi bawah seliaan pihak swasta. Dengan IIUM Consultancies and Enteprenuership Sdn Bhd. Sebuah anak syarikat di bawah IIUM Holding, iaitu syarikat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ditempatkan dan bertugas di Majlis Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar. Aku senang bekerja di daerah sendiri. Mendigit dan memetakan daerahku adalah tugas yang boleh ku banggakan. Tapi bukanlah aku ingin membangga diri, jauh sama sekali. Sekadar mahu memberitahu bahawa aku begitu gembira dengan kerjaku sekarang. Cuma, keperluan semakin mendesak, aku perlukan satu pekerjaan yang bisa memberikan aku gaji yang tinggi. Almaklum sajalah, dah nak berumahtangga ni. Kenalah cari income lebih tinggi. Tapi tak mengapalah. Aku sedang berusaha untuk memajukan sedikit pertanian. Moga-moga ia beroleh rezeki yang halal lagi berkah. Buat sahabat yang se batch masuk DEGIS tapi dah dapat keje len di luar sana, pekabo? Bob (mhd Helmy), ko buat pe tu? Masuk la ek keje jd PPT(Penolong Pegawai Tadbir) ni. Huhu.. Din, ko de projek pe skang? xde projek tepi ke? kalo de, jgn la lpe member2 ko ni.
pape pun, aku harap kita semua akan menjadi insan bertaqwa. berakhlak dan boleh diharap untuk melakukan kerja. Aku berpesan pada diri dan kita semua agar pertingkatkan amalan. Ya Allah, jadikan kami insan2 cemerlang. Yang bisa menolong umatmu yang lain agar tidak lagi dihimpit kemiskinan. Jadikanlah kami pejuang2mu dalam menegak agamamu di dunia ini.. Amiin, ya Rabbal 'alamiin...

Semoga tulisan ku ini mendapat respon dari kalian. Akan ku tunggu respon2 dari kalian semua..
k..

JURAGAN KOTA

juragan kota oh juragan
kau berlumba-lumba dalam perlawanan
pertandingan membina empayar dan singgahsana
membina legasi kegemilangan harta

tanpa kau sedar
banyak sudah yang binasa akibat tanganmu yang rakus
ramai orang sudah menderita lantaran salah lakumu
hingga ada menjadi korban angkara nafsumu

tapi masih juga tidak kau sedar
kau masih bergelumang dosa dan noda
tanganmu masih mahu terus membejatkan diri
menjadi tonggak kemusnahan umat
menjadi jeneral pemusnah
di medan perang tanpa darah ini

juragan oh juragan kota
kau masih bisa ketawa walau telah membunuh jiwa tak berdosa
walau ruh masih di jasad
jiwanya telah tiada nilai lagi
jiwanya hanya penuh dendam kesumat
dan kau lah yang menanamnya
juragan laknat!

tawamu sedikit mundur
tatkala jiwa dendam itu memberontak
habis sedikit hartamu diamuk di jalanan
kacau balau pun terjadi jua
walau kau tohmah akan mereka
tapi sebenarnya
kau hanya menempelak dirimu sendiri

tapi kau masih angkuh juragan
kau masih dengan lagak dan gayamu
tak pernah mau mengaku kesalahan silammu
masih mau duduki tampuk keagungan
sedangkan kau sudah tidak lagi ada
daya penarik kuasa
yang bisa dijadikan umpan buat orang sunyikan suara
senjata ampuhmu tidak lagi mampu menahan
api kebencian ke seluruh alam terhadapmu

kau masih bangga ya juragan
ya..
nyata kau masih bangga diri
walau kau bakalnya nanti akan dilahap api
kau masih terus meyombong membongkak diri
tak mengapa

kau tunggulah saat dan detik
tatkala nyawa sudah sampai ke kerongkong
saat Izrail datang memanggil
jasadmu terkujur di pembaringan
dan baru kau tau siapa kawan dan lawan
kawanmu hanyalah mentertawa di sisi
sementara lawan hanya tersenyum puas
dan isteri serta anak-anakmu
tak sabar menanti habuan kematianmu

dan bila kau sudah di alam sana
kau tunggu lah azab siksa dari Tuhanmu
yang kau tak pernah bayangkan
betapa dahsyatnya siksa Tuhanmu
dan kau akan tunggu nanti
saat itu
tiadalah berguna harta, pangkat dan takhta
tiada guna kereta mewah berjela-jela
Tuhanmu tidak dapat dibeli dengan wang emasmu
tapi hanya amalan kebaikan
bakal menjadi penyelamatmu
di barzakh sana...

REMAJA MELAYU ERA KINI

Pagi ni aku baru saja selesai membaca akhbar Kosmo! yang sememangnya sering aku beli di awal pagi selain beberapa akhbar lain pada kebiasaannya. Tapi, pagi ni aku Cuma membeli Kosmo! kerana kekurangan modal untuk membeli akhbar lain.
Okey. Bukan itu isu yang aku hendak bawakan. Tapi apa yang aku nak bawakan ialah berkenaan isu gejala yang semakin menular di kalangan remaja terutamanya gadis Melayu kita hari ini. Di mana era globalisasi yang mencengkam. Aku berminat untuk memetik keratan akhbar pada pagi ini. Ia adalah seperti berikut:-


Gadis Malaysia cuba dilacur

KUALA LUMPUR - Seorang gadis Malaysia terpaksa meredah hutan, sawah dan kubur pada waktu malam semata-mata melarikan diri daripada dijadikan pelacur di Modung, Jawa Timur Indonesia baru-baru ini.
Itulah pengalaman yang ditempuh Iswatun Hasanah Musbahuddin, 17, dari Pantai Dalam di sini yang dilarikan selama 24 hari ke negara jiran itu sejak 12 Januari lalu.
Semasa berada dalam 'tahanan', gadis yang masih belajar di tingkatan lima itu dikurung di dalam dua buah rumah selama sembilan hari.
Gadis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati lokasi dia dikurung kerana kedudukan rumah tersebut yang jauh terletak di dalam hutan selain dia dibawa ke situ pada waktu malam.
Sebaik dapat melarikan diri, dia terus ke Balai Polis Polsek Modung yang terletak kira-kira 20 kilometer iaitu mengambil masa selama tiga jam perjalanan untuk sampai dari lokasi dia dikurung.
Dia kini selamat dan berada di satu lokasi yang dirahsiakan di Indonesia sebelum dihantar pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Itu baru satu kes. Ni ada lagi kes lain pulak. Korang bacalah sendiri.

Naina buntu cari Nor Syuhada


Wajah Nor Shuhada Mohamad Naina

KUALA LUMPUR - Usaha Naina Mohamad (gambar), 55, bapa kepada pelajar tahun tiga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nor Syuhada Naina Mohamad, 23, mencari anaknya itu menemui jalan buntu.
Naina ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, sejak berita kehilangan anaknya itu, langsung tiada khabar berita mahupun maklumat mengenai anaknya itu diperoleh.
"Saya pernah pergi ke Klang dan mencari Syuhada di tapak pembinaan dan rumah-rumah kongsi di sana hasil bantuan daripada seorang rakan, namun hampa apabila pekerja di sana memberitahu tidak pernah terserempak atau terlihat Syuhada di sana.
"Usaha untuk mengesan teman lelaki Syuhada, Rauf juga tidak berhasil kerana saya tidak mempunyai gambar bagi membantu menjejakinya," katanya.






Kes ketiga ni agak pelik sikit la. Nak kata sama cam kes kena bawak lari lelaki Lombok pun ade mirip-mirip gak. Korang bacalah sendiri. Tapi aku amik dari paper sebab aku tak jumpa lak dalam Kosmo Online.

Jumiah pulang tidak lama lagi
KUALA LUMPUR – Hasrat Nur Jumiah Saad, 17, untuk pulang ke pangkuan keluarga hamper menjadi kenyataan apabila semua urusan dokumentasi mengenai dirinyaselesai apabila tiga wakil konsulat Malaysia di Medan menemuinya Jumaat lalu.
Nur Jumiah ketika dihubungi di Pangkalan Brandan, Medan, semalam berkata, pada pertemuan itu wakil konsulat tersebut memintanya membuat persediaan untuk pulang ke Malaysia dan menyatakan secara terperinci urusan membawa beliau pulang ke Negara ini.
“Segala urusan dokumentasi Disti perlu diselesaikan di sini (Medan) terlebih dahulu termasuk surat kelahiran dan sijil nikah bersama suami,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan kisah Nur Jumiah yang merayu kepada kedua ibubapanya untuk pulang ke Negara ini akibat tidak tahan menjalani kehidupan sengsara di Medan setelah melarikan diri bersama suaminya, Suranto Ngadio, 30-an, hampir dua tahun lalu.

Ini hanyalah tiga paparan mengenai nasib tiga orang gadis remaja Melayu Malaysia di abad ni. Ada berpuluh, mungkin seratus lagi cerita yang hampir sama situasinya berlaku. Semuanya adalah berkisarkan cinta di dunia tanpa sempadan. Cinta globalisasi. Korang bayangkan, betapa sedihnya hati mak bapak diorang bila melihat anak mereka lari bersama orang yang dicintai tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku kepada mereka. Yang aku paling pelik adalah kisah Iswatun atau Wawa. Apa tidaknya. Macam mana dia boleh mengikut saja telunjuk sorang warga Indonesia ni tanpa membantah atau menolak? Korang tak pelik ke? Mengikut cerita yang aku baca, Wawa ni boleh mengikut seorang lelaki Indon yang dikenali dari Puduraya ke JB (Johor Baru) dan kemudian ke Surabaya. Katanya nak bawa ke suatu tempat yang dirahsiakan kononnya sebagai kejutan. Aku heran betul la. Budak ni pun tak boleh fikir ke pape yang bakal berlaku? Bukan dia kenal sangat pun dengan mamat Indon ni. Tapi ya la kan. Kena Tanya lebih lanjut la dengan tuan punya badan macam mana dia boleh ikut Indon tu balik Indonesia. Dan kena la kita pastikan siapa sebenarnya lelaki Indon tu. Aduss… parahnya social remaja kita sekarang ini.

Itu yang melibatkan orang luar, warga asing. Belum lagi yang dengan orang Melayu kita sendiri. Bayangkan, betapa kebejatan ni kalau tak dibendung, maka akan jadi lebih parah la gamaknya. Tentang kes zina dan seks bebas. Astaghfirullah. Terlalu banyak. Dulu kita dikejutkan dengan CD ‘Lubuk Tupah’. Skang ni, dah macam-macam lubuk dah. Ditambah dengan pengkid, lesbian, gay lagi. Kalau di zaman Nabi Luth dulu, mereka yang buat perkara songsang ni dihapuskan Allah Taala dengan menterbalikan dunia dorang dan jadi la Laut Mati sekarang ni. Tapi, zaman ni, Nabi SAW pun dah mintak Allah Taala tangguhkan dulu azab diorang sampai hari Kiamat. Bagi peluang mereka bertaubat. Tu la nabi SAW kita. Begitu sayang dengan umatnya.

Rosaknya umat Islam sekarang. Di mana silapnya? Cuba kita fikirkan kembali. Macam mana gejala social ni semakin parah? Sapa yang salah sebenarnya? Mak bapak yang salah ke? Atau guru-guru salah mendidik? Atau salah masyarakat kita?

Apa yang boleh aku simpulkan adalah ia mempunyai beberapa peringkat. Peringkat pertama sekali iaitu di peringkat rumah. Mula-mula mak bapak berumah tangga. Apakah asas agama kita sebagai mak bapak sudah ada atau tidak? Kebanyakan ibu bapa masa kini tidak mempunyai pendedahan asas agama yang cukup sebelum mendirikan rumah tangga. Tujuan asal perkahwinan tidak diambil peduli. Pada mereka, kahwin hanyalah sebab suka sama suka. Atas dasar cinta. Tapi mereka lupa akan apakah sandaran cinta mereka itu. Cinta zaman ini tak lebih dari cinta hawa nafsu. Kerana nafsu, takut terlanjur atau setelah terlanjur, mereka pun berkahwin. Mereka tidak didedahkan langsung untuk apa pernikahan itu. Sehingga terjadilah pernikahan melibatkan dua agama yang mana tidak ditentukan agama mana yang dipilih. Tapi ia jarang berlaku di Malaysia. Ia kebanyakannya berlaku di Negara lain seperti Indonesia, Britain, US dan lain-lain Negara lagi.

Dan setelah mereka berumah tangga, aspek agama ini masih tidak dititik beratkan lagi. Solat atau sembahyang jarang dilakukan bahkan, suami tidak pernah diliaht bersoalt oleh si isteri. Ada satu cerita yang pernah dipaparkan dalam Slot ‘Cerekarama’ di TV3 bulan lepas. Aku tak ingat apa tajuknya. Ia kisah tentang seorang anak yang kehilangan ruh kasih sayang mak bapak lantaran mereka sibuk bekerja. Yang pelik dan jeliknya, mak seorang berpengaruh dan sering mengadakan program agama di masjid dan surau. Tapi, ia dibuat hanyalah lakonan demi menjaga reputasi suami. Solat tidak pernah dilakukan di rumah. Arak bersama botol-botolnya bersepak di rumah. Suami amalkan rasuah. Anak tak pernah diendahkan. Sehingga anak hilang dua hari pun dia tak tahu. Pada orang gajilah si anak mengadu. Baru aku ingat. Tajuk dia ‘Bisikan Subuh’. Anak menghilang selepas dipukul dan terdampar ke sebuah kampong di pendalaman. Mula-mula merungut la. Tak ada air cond la. Tapi, bila dia diselamatkan anak lelaki keluarga berkenaan, dia mula insaf. K, dipendekkan cerita, dia ada barah otak. Kemudian, dia pergi ke rumah keluarga yang menjaganya di pendalaman dulu untuk mendalami ilmu agama sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir di rumah tu gak. Sedih beb cerita dia. Pengajarannya, kalau rumah yang tak ada nur Islam, maka keluarga akan jadi berantakan. Tak heran la kalau berlau kes buang bayi, zina, rogol dan lain-lain lagi.

Kemudian peringkat sekolah. Peranan guru-guru dalam menyemai ruh Islam ke dalam jiwa anak-anak. Apa yang aku kesalkan adalah, segelintir guru-guru hari ini terlibat dengan masalah akhlak ni. Ada di kalangan guru yang merogol murid. Menjadikan murid bahan eksperimen seks. Itu sesuatu yang memualkan. Sebagai guru, tanggungjawabnya adalah mengajar pelajar akan perkara yang dia ketahui dan menyemai ruh ilmu ke dalam jiwa anak murid. Bukannya merosakkan mereka dengan perbuatan songsang dan memalukan. Sebagai seorang guru, mereka diberi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak bangsa mengenal jatidiri, kenal agama, kenal siapa tuhan, dan semaikan kecintaan terhadapa ilmu itu sendiri. Pepatah rom ada mengatakan, ‘bermulanya seorang pemimpin daripada gurunya’. Guru bertanggungjawab menjadikan seseoarang itu Yahudi, Nasrani, majusi atau Islam. Peranan yang dimainkan selepas ibu bapa. Bangunkan biah solehah (persekitaran yang baik) pada para pelajar. Dan seharusnya guru itu sendiri perlu soleh solehah, barulah dapat mendidik anak murid yang soleh solehah juga.
Jadi, peranan untuk melahirkan guru yang berkualiti ini adalah mulanya dari institute pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan program perguruan dan pendidikan. Bakal-bakal guru seharusnya tidak hanya didedahkan ilmu matapelajaran yang bakal diajarkan, malah teknik mengajar dan ruh ilmu itu juga perlu disematkan ke dada para bakal guru. Islam yang menjadi tunjang harus disemai ke dalam jiwa mereka. Barulah nanti akan lahirnya graduan ilmuan dan terbilang serta terpuji sahsiah perbadi akhlaknya. Pun begitu, kewujudan beberapa institusi dan program seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), dan program Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sedikit sebanyak merencatkan pertumbuhan profesyen perguruan ini. Pada aku, adalah sebaiknya graduan-graduan yang mengambil kursus pendidikan dan perguruan diserapkan terus ke dalam sekolah-sekolah. Yang menghairankan, punya la banyak graduan bidan perguruan dan pendidikan yang tidak mendapat tempat di Kementerian Pelajaran, masih boleh pula pihak kementerian dan jabatan pelajaran mengadakan program perguruan seperti KPLI, DPLI dan GSTT. Jadi, di manakah rasionalnya di adakan program perguruan peringkat university ini? Apakah pada pihak kementerian guru yang punyai ijazah ini tidak layak atau apa? Bukanlah maksudku untuk menidakkan guru-guru KPLI, DPLI dan GSTT. Tapi dengan kewujudannya sebenarnya telah memberi kesan jangka masa panjang akan program perguruan dan pendidikan Negara.

Dan akhir sekali, ia adalah di peringkat masyarakat kita. Apa yang aku perhatikan tentang keadaan masyarakat kita adalah sikap jaga tepi kain sudah tidak lagi menjadi budaya. Bukan lah bermaksud untuk supaya kita ini menjadi orang yang suka menjaga tepi kain luar dalam. Tidak. Pada aku, jaga tepi kain itu adalah wajar tetapi jangan sampai ke tahap menjaga kain dalam orang. Itu sebenarnya yang tidak betul. Menjaga tepi kain bermaksud kita mengambil tahu perihal jiran sebelah menyebelah, disamping mengetahui latar belakang mereka. Keadaan hidup mereka sebagai mana yang diajarkan Baginda Nabi SAW. Mengambil pusing akan pakai minumnya, keadaan sekolah anak-anaknya. Dan apabila berlaku sesuatu yang dianggap salah dari sudut aspek agama, maka ditegur. Bukan dijaja ke hulu ke hilir akan perihal kebobrokan akhlak budak itu dan jangaj dipandang hina mereka. Nabi tidak mengajarkan kita supaya membenci sesama manusia tetapi Baginda mengajarkan kepada kita agar membenci kejahatan dan keburukan itu. Bila mana kejahatan dibenci, maka aka nada satu usaha untuk memulihkannya kembali. Pulihkan keadaan budak yang rosak akhlak itu dengan cara berhemah dan kasih sayang. Jangan sisihkan mereka malah tambahkan erat hubungan dengan mereka. Tapi jangan sampai kita menjadi seperti mereka. Kita tarik mereka dengan nilai keislaman. Suburkan kembali jiwa mereka dengan keindahan Islam. Maka, lama kelamaan akan timbul kesedaran dan keinsafan pada diri mereka. Setidak-tidak pun, mereka akan malu untuk berbuat kemaksiatan di hadapan kita. Itu paling teruk sekali pun.

Apa yang menyedihkan adalah tugas membanteras maksiat diserahkan bulat-bulat kepada pihak berkuasa agama seperti JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) atau JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah). Masyarakat kita terlalu malas untuk bersama membanteras maksiat ini. Maka akan menjadi keenakkan pula kepada sang pembuat maksiat ini untuk bersedap-sedap melakukan dosa sebelum dapat meloloskan diri daripada pencegah maksiat kerana mereka tahu yang orang ramai alias masyarakat tidak akan masuk campur urusan mereka. Yang kasihannya, orang perempuan alias, anak gadis remaja yang sudah kehilangan maruah kegadisan. Bila dah mengandung, barulah nak menyesal. Tapi jangan menyesal sebab tak pakai kondom, tapi menyesal lah dengan sebenar-benar sesalan. Demi untuk merahsiakan akan status kegadisannya, maka sangguplah pulak menambah satu dosa lagi iaitu dengan menggugurkan kandungan tak kiralah pada peringkat janin mahupun fetus. Ada berpendapat sekiranya ia di peringkat janin, maka tidak dosa untuk meggugurkannya. Itu pada aku adalah satu pendapat dan pandangan untuk melepaskan diri yang mana akan menambahkan lagi dosa dan memburukkan keadaan. Tidak sepatutnya ia berlaku. Ia hanya akan melahirkan golongan yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap sesuatu yang dia telah lakukan. Kalau dah berani buat, maka mestilah pula berani untuk mengakui kesilapan dan kesalahan itu. Bukannya bertindak membelakangkan agama. Ditakdirkanlah seandainya anda mati ketika menggugurkan kandungan (sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku), waktu itu, anda belum pun bertaubat. Kata-kata taubatpun belum sempat terluah, dosa yang anda tanggung amatlah besar. Satu, dosa zina. Dua dosa membunuh, dan ketiga, dosa syirik (seandainya melakukannya dengan bomoh-bomoh yang sudah pasti sesat).

Ya ashabihi ajma’iin, ya ummata Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam,
Fikirlah tuan-tuan, sedara-sedari, makcik pakcik, kakak abang, akan apa yang telah saya tuliskan di sini. Fikirlah akan keadaan ummah kita yang semakin lemah. Pada pada pemimpin tak kira kerajaan mahupun pembangkang, hentikanlah persengketaan. Marilah kita bersama-sama memulihkan kembali keadaan yang buruk ini. Kembalikanlah maruah Islam di landasan yang sebenarnya. Janganlah asyik nak bertelagah. Bangkitkan sifat pentingkan diri dan parti. Pentingkanlah rakyat dan ummah. Bersatulah semua.. bangunlah!!! Bangun kembali tegakkan daulah Islamiyah di bumi bertuah ini!!! Allahu akbar!!!

Jumaat, 6 Februari 2009

LAGI KESLAPTIKALAN POLITIK PLASTIK MALAYSIA

Kerajaan BN di Perak mengumumkan pelantikan Menteri besar (MB) barunya semalam yang mana ia telah dperkenan Sultan Azlan Shah selaku sultan Perak. Pun begitu, MB dari PR (Pakatan Rakyat), Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin memohon derhaka sultan untuk tidak melepaskan jawatannya kerana situasi di Perak yang genting kini memerlukan mandate rakyat untuk dilakukan pilihan raya peringkat negeri. Pun begitu, permohonan beliau untuk membubarkan DUN Perak tidak mendapat perkenan sultan.
MB Kelantan selaku Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kepada wartawan Sinar Harian bahawa MB Perak (Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin) perlu meletakkan jawatannya demi menghormati keputusan sultan. Pun begitu, beliau mempersoalkan apa yang menyebabkan keputusan sultan itu boleh berlaku.
“Saya tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak itu, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besarnya sudah mengadap untuk mendapat perkenan baginda. Cuma kita (PR) perlu personal dan perlu mengkaji kenapa ada antara ADUN Perak itu lompat parti dan menyebabkan suasana politik negeri Perak jadi begitu. Mesti ada sesuatu yang tak kena dan perancangan pihak tertentu,” katanya seperti mana yang dilaporkan akhbar Sinar Harian.
Pada aku, sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti mana yang berlaku di Perak, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) perlu mengadakan pilihan raya peringkat negeri dan sultan seharusnya memperkenankan hasrat MB Nizar untuk membubarkan Sidang DUN Perak. Ini kerana apabila terdapat kekacauan sebegini, rakyat seharusnya menjadi penentu kepada siapa yang mereka inginkan untuk memerintah negeri mereka. Bila terjadinya begini, ia seolah-olah satu rampasan kuasa secara terancang telah berlaku di mana boleh dianggap wujudnya politik wang sehingga menyebabkan dua ADUN merangkap Exco Kerajaan Negeri keluar parti.
Apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Mursyidul Am PAS itu sememangnya wajar untuk diambil perhatian. Ini kerana senario politik semasa Malaysia khususnya di Perak boleh menimbulkan ketegangan antara penyokong parti. Ia boleh menimbulkan satu provokasi sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong untuk melakukan sesuatu tindakan di luar kawalan.
Semalam, bila menonton siaran Buletin Utama TV3 bersama keluarga, bapak aku ada berkata, “Nampak sangat BN macam nak rampas kuasa di Perak. Tak pernah serik atau belajar dari kesilapan lalu. BN ni kalau dah menang kali ni, memang macam nak balas dendam atas kekalahan lalu. Tapi nanti, bila pilihan raya umum (PRU) skali lagi, kalau kalah, BN akan terus lingkup dan gulung tikar.”
Betul gak apa yang bapak aku cakapkan tu. BN sepertinya kemaruk nak menghalau PR di Perak dan macam dah kemaruk gila kuasa. Apa tidaknya, perbuatannya yang dianggap merampas kuasa di Perak menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan rakyat yang berfikiran matang. Di sini rakyat sendiri dapat menilai siapa sebenarnya yang rakus dalam mengejar kuasa dan pangkat. Tindakan ini lebih kepada mementingkan diri sendiri walau cuba dikatakan kepada media bahawa tindakan mereka adalah untuk rakyat. Tapi, ia seolah-olah menggambarkan sifat mereka di sebalik topeng yang mereka pakai.
Mereka lah sebenarnya pendusta yang selama ini membohongi rakyat dengan topeng yang mereka pakai selama ini. Ditambah dengan beberapa laporan media yang tidak memihak kepada mereka dan bersifat neutral, pemimpin BN era ini bukanlah calon terbaik untuk dijadikan pemimpin contoh dan teladan. Walau pun terdaapt beberapa pemimpin BN yang berjiwa rakyat, pun begitu, mereka-mereka ini seolah dipinggir oleh penyokong dan pemimpin korup sehingga seolah-olah mereka ini disisihkan dari mendapat tempat di hati penyokong. Sedangkan mereka memperjuangkan hak rakyat yang ditidakkan oleh rakan wakil rakyat lain yang bersifat korup dan mementingkan diri sendiri.
Pun begitu, keperibadian pemimpin PR juga sering menjadi persoalan terutama bila melibatkan soal sentiment agama. PAS dan DAP dari dahulu lagi merupakan musuh dalam politik. Perbezaan ideology menyebabkan ada pihak-pihak tertentu cuba melaga-lagakan mereka dalam PR. Isu hudud yang sekian lama diperjuangkan PAS mendapat tentangan dari DAP sebagai rakan dalam PR sendiri. Ketegasan PAS dalam mempertahankan ideologinya yang berteraskan Islam sememangnya menjadikannya seolah tersisih dari kawan dan lawan. Pun begitu, PAS tetap teguh dan semakin kukuh ditambah dengan wujudnya Kelab Penyokong PAS dari kalangan non-muslim. Ini kerana betapa mereka sedar bahawa apa yang diperjuangkan PAS itu adalah tidak menyalahi dan sebenarnya tidak melibatkan mereka pun. Dan mereka diberi pilihan sekiranya Undang-undang Hudud benar-benar dilaksanakan di Malaysia.
Apa pun yang terjadi di Perak, ia sebenarnya merupakan satu gambaran tentang nasib politik Malaysia seterusnya dan melambangkan kebejatan social yang berlaku kepada institusi politik di masa ini. Sesuatu harus reformasi harus dilakukan agarnya nanti rakyat yang sudah sekian lama mahukan perubahan merasakan tertipu dan menimbulkan kekecohan yang lebih parah. Rakyat kini menanti akan perubahan yang berlandaskan kepada keadilan sebenar dan sebagai umat Islam mahukan Islam itu kembali dijulang dengan selayaknya ia dijulang. Bukannya hanya dijadikan topeng dan alat untuk membohongi kepercayaan rakyat demi mengaut untung ke kantung sendiri.

Khamis, 5 Februari 2009

PEMIMPIN MATA DUITAN VS. PEMIMPIN BERWIBAWA

Pemimpin yang berwibawa…
Kau umpama bintang begemerlapan
Sinarnya terang menyuluh alam
Cahayamu memandu kami ke jalan yang benar
Bila kau berkata-kata
Tak pernah walau satu kau berdusta
Kalammu menjadi penguat azam
Wajahmu menjadi tatapan murni rakyat

Pemimpin mata duitan…
Padamu wang rakyat adalah wangmu
Wangmu tiada siapa berani mengusik
Kejujuran yang kau pamer
Hanyalah topeng
Demi mendapat mandat rakyat
Namun kau masih bodoh
Rakyatmu kini sudah cerdik
Ramai yang menjadi bijak pandai
Tak kurang menjadi sang cendiakawan
Mereka tahu menilai
Yang mana kaca maupun intan
Akhirnya kau tersungkur
Dek perilakumu sendiri
Yang memualkan

Wahai para amir pemimpin agama dan bangsa
Kembalilah kau kepada landasan sebenar
Ingatlah
Satu saat kau akan ditanya akan perihal kepimpinanmu
Dan jika kau tidak mampu menjawab
Maka nerakalah yang lebih aula bagimu
Sedarlah...
Sedarlah...
Sedarlah....

Fenomena Politik Abad Melenium


Semalam merupakan sejarah yang akan terus diingat dalam peradaban politik Malaysia. Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak berikutan empat orang wakil rakyat dari kerajaan PR telah keluar parti. Mereka adalah ADUN Behrang, Jamaluddun Mohd Radzi (PKR), ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu (PKR), ADUN Jelapang, Hee Yit Fong (DAP), dan ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim. Paling mengejutkan adalah ADUN Bota, yang seminggu lalu melompat ke parti PKR berikutan kecewa dengan apa yang berlaku dalam UMNO sekarang ini. Berikutan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali meletakkan jawatannya sebagai pengerusi berkuatkuasa serta merta. Pun begitu, seminggu selepas itu, Datuk Nasarudin telah kembali ke pangkuan UMNO semula apabila melihat dua orang ADUN PKR yang juga merupakan EXCO kerajaan negeri bertindak keluar parti. Perbuatannya ini boleh diibaratkan sebagai lalang yang sentiasa bergoyang mengikut arah angin.

Melihatkan keadaan semasa ini, aku terpanggil untuk menulis. Ku kira sudah sampai waktunya rakyat bangkit menyuarakan apa yang mereka pendam selama ini. Aku yakin, pasti ramai yang sudah jelak dengan gelagat pemimpin@wakil rakyat Malaysia waktu ini. Sudah tiada lagi pemimpin yang benar-benar berwibawa yang boleh disanjung dan dicontohi kala ini. Aku sendiri hampa dengan keadaan yang berlaku sekarang. Bayangkan, sejak dari Pilihan Raya Umum ke-13 Mac 2008 lalu, sehingga kini, setiap dari ahli politik kita ini tidak habis-habis membuat kenyataan-kenyataan yang kontroversi dan menyakitkan hati. Ada yang benar, tak kurang juga yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan menimbulkan ketegangan antara kedua-dua belah pihak. Kemenangan PR di lima buah negeri memperlihatkan akan kepincangan politik nasional kita. BN-UMNO kepanasan punggung dan hati lantaran dihentam oleh kawan dan lawan. Apa tidaknya, kebanyakan dari pemmpin parti komponen BN menekan dan mempersalahkan UMNO atas kekalahan di lima buah negeri ini sehingga memaksa Pak Lah melakukan pelan peralihan kuasa yang aku kira tak pernah berlaku dalam sejarah UMNO. Padahal kalau nak diikutkan, UMNO masih lagi menang di banyak kawasan yang ditandingi dan kebanyakan pemimpin tertinggi parti komponen BN sebenarnya yang kalah. Tapi, memang lumrahnya orang kalau dah kalah, ada saja yang nak disalahkan. Orang sebegini takkan pernah untuk mengakui kelemahan dan kesilapan sendiri kerana menganggap ia satu tindakan bodoh dan memalukan.

Kepincangan ini sebenarnya bukan pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia kita. Sebelum ini ia pernah berlaku di era pemerintahan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 di mana ia terjadi apabila peristiwa hitam 13 Mei 1969. Pada waktu itu, Negara menjadi huru hara sehingga diperintah darurat. Dan pada PRU di tahun berikutnya, Parti Perikatan kalah teruk di beberapa negeri dan Selangor diperintah oleh sebuah pakatan wakil rakyat bebas dan beberapa wakil rakyat dari bukat Parti Perikatan. Dan ia mengakibatkan Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kemudian, pada tahun 1998, sewaktu UMNO berada pada tahap krisis yang kritikal sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, sehingga beliau menjadi ikon pemuda yang mahu reformasi dilakukan ke dalam pemerintahan Malaysia. Rusuhan anti kerajaan yang didalangi oleh gerakan pemuda dan mahasiswa menyebabkan Malaysia sekali lagi bergolak. Namun, ia masih lagi terkawal dan bukan macam di beberapa Negara luar seperti Thailand dan Indonesia. Anwar Ibrahim menjadi idola pemuda Negara lantaran karisma yang ditonjolkan. Namun, benarkah dia beekarisma tinggi seperti mana yang diperlihatkan kepada rakyat khususnya golongan muda? Itu satu persoalan yang harus dijawab sendiri oleh anda semua. Ramai yang bersimpati dengan nasibnya sehinggakan tertubuhnya Parti keADILan. Pada PRU 11 tahun 1998, sekali lagi BN kalah dibeberapa buah negeri. Ia adalah di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pun begitu, BN masih menang dengan majority 2/3 bagi membentuk kerajaan di peringkat pusat. Tun Mahathir yang menjadi PM waktu itu tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa pun walau BN kalah di tiga buah negeri. Semua parti komponen masih lagi mempercayainya. Pun begitu, UMNO-BN kembali gemilang pada tahun 2004 di mana BN menang di kesemua negeri kecuali Kelantan. Pun begitu, keadaan di kerajaan Kelantan pimpinan PAS waktu itu bagai nyawa di hujung tanduk di mana kerusi DUN BN dan BA (Barisan Alternatif) adalah seimbang. PAS hanya mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding BN. Pun begitu, ia masih bertahan sehingga PRU 12 Mac lalu.

Jika disoroti kembali sejak kebelakangan ini, satu yang aku dapat simpulkan. Bila mana Sultan@raja@Yg Dipertuan Agong hanya berkuasa terhadap hal-hal berkaitan dengan istiadat Melayu atau lebih tepat lagi, mereka ini hanya menjadi symbol tanpa memainkan peranan yang besar dalam Negara, inilah yang bakal berlaku. Sehingga ke suatu tahap menteri yang berkuasa terhadap pemerintahan negeri dan Negara melangkaui bidangnya sehingga sanggup membelakangkan kuasa raja seperti mana yang berlaku di Perak semalam. Pada aku, sepatutnya YAB MB perlu terlebih dahulu mendapatkan perkenan Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN kerana ia adalah kuasa beliau. Namun, sebagaimana yang dlaporkan media, MB telah bertindak terkehadapan sedikit dan setelah itu baru meminta perkenan dari sultan yang ku kira satu tindakan kurang bijak.

Banyak peristiwa yang berlaku di dalam Negara ini yang menyebabkan kepercayaan rakyat kepada pemimpin semakin terhakis. Rakyat Malaysia khususnya Melayu begitu jelak dengan gelagat sesetengah pemimpin yang tak habis-habis melakukan sesuatu tindakan yang membelakangkan rakyat. Golongan muda lebih-lebih lagi begitu bosan dengan keadaan yang berlaku sekarang. Banyak pihak mahukan pembaharuan pada kepimpinan kini. Apakah Negara kita benar-benar ketandusan pemimpin yang berwibawa? Apa akan jadi pada Negara akhirnya nanti? Aku sendiri pun tak tahu.

Di sini aku ingin membuat satu gesaan agar Majlis Raja-raja Melayu kembali diperkukuhkan. Mulai hari ini, sebagai kepala negeri, buatlah sesuatu agar keadilan dan kerajaan yang diperintah tak kiralah dari BN atau PR benar-benar telus dalam membantu rakyat. Bukannya pemimpin yang hanya mahu mengenyangkan perut sendiri apabila menjadi pemimpin. Satu lagi, aku harap lepas ni, tak ada lagi pemimpin yang macam lalang, tak ada pendirian. Kalau kau betul-betul pemimpin sejati, tolong la jangan buat macam ni. Aku yang rakyat biasa ni pun naik menyampah. Itu bukan tidakan mempertahankan rakyat, itu tindakan nak selamatkan diri sendiri dan nak kenyangkan tembolok sendiri. Pikirlah, korang yang jadi pemimpin akan ditanya di akhirat kelak akan apa yang telah korang buat masa jadi pemimpin dulu. Kalo sangkut, alamat api nerakalah yang lebih layak bagi kamu. Ingat, kita ni bukan akau hidup selamanya. Akhirnya akan jadi makanan cacing dan ulat gak. Bertaubatlah kamu sebelum malaikat Izrail datang memanggil.
wallahu a'alam...

Mengapa Orang Yahudi Lebih Bijak dari Bangsa Lain

Something to share... Disebalik Musibah

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharajalela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapatdifahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupondari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka ygmutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatanselepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah sayamengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umatmanusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh,tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi inidan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka(pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawahtelunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaumYahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumiAmerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akanberlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaumYahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasaMelayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasimendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedangbadan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalimdiGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawakepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambahbongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanyasecara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara dietsaya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi ygbaik.

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset, USA.



Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapahospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikanuntuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidakdapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasaioleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitunghari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudibegitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah inisuatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikanuntuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan andatesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini keranauntuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadisaya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sayaperhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan siibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalahmetamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yangmengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapasoalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memangminat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Sayabertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia,ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otakbeliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuatsaya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalikkepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatiksehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awalmengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpakepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepalaikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangandan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adatorang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipanuntuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkarapertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg samaperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurutmereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dankacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialahmereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkanbuah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kitamerasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumahYahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruhanda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurutsaintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapatmerosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, inibermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodohatau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalamibidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anakanak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacangbadam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalampengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telahdilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurutmereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQkanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senamanuntuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaumYahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatikberkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Didalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak diCalifornia, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahunkebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anakYahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagimereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokussesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatannegara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disinimurid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkanmencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannyalucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupasenjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institutetinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguhterperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentangperniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niagadikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akanlulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungansebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaianseluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidakhairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah ygmencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel olehfakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salahsatu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka inidapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyakugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnyamenunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otakkita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka seringmenunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepunyg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi(ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka ygberminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jikamereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpafaedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan andauntuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itulahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman diHollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawahnaungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakultiperubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dandigalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpafaedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan Californiasentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijakboleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibumengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapikonsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah carapemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otakkanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatihanak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukankonsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodohakan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan danbegitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotakrokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Sayapuji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! danseperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sajaIndonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asakrokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Denganpenduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapatdisana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakahmereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa merekabegitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakahkedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukanakibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hinggake Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin sayaketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijakseperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianyamemerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dansaya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiritentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program ygtelah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapatmenulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenaiMengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak danbersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasanbangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
*artikel di atas diambil dan dicedok dari emel yang dihantar oleh salah seorang teman saya...