Cari Blog Ini

Selasa, 10 Februari 2009

REMAJA MELAYU ERA KINI

Pagi ni aku baru saja selesai membaca akhbar Kosmo! yang sememangnya sering aku beli di awal pagi selain beberapa akhbar lain pada kebiasaannya. Tapi, pagi ni aku Cuma membeli Kosmo! kerana kekurangan modal untuk membeli akhbar lain.
Okey. Bukan itu isu yang aku hendak bawakan. Tapi apa yang aku nak bawakan ialah berkenaan isu gejala yang semakin menular di kalangan remaja terutamanya gadis Melayu kita hari ini. Di mana era globalisasi yang mencengkam. Aku berminat untuk memetik keratan akhbar pada pagi ini. Ia adalah seperti berikut:-


Gadis Malaysia cuba dilacur

KUALA LUMPUR - Seorang gadis Malaysia terpaksa meredah hutan, sawah dan kubur pada waktu malam semata-mata melarikan diri daripada dijadikan pelacur di Modung, Jawa Timur Indonesia baru-baru ini.
Itulah pengalaman yang ditempuh Iswatun Hasanah Musbahuddin, 17, dari Pantai Dalam di sini yang dilarikan selama 24 hari ke negara jiran itu sejak 12 Januari lalu.
Semasa berada dalam 'tahanan', gadis yang masih belajar di tingkatan lima itu dikurung di dalam dua buah rumah selama sembilan hari.
Gadis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati lokasi dia dikurung kerana kedudukan rumah tersebut yang jauh terletak di dalam hutan selain dia dibawa ke situ pada waktu malam.
Sebaik dapat melarikan diri, dia terus ke Balai Polis Polsek Modung yang terletak kira-kira 20 kilometer iaitu mengambil masa selama tiga jam perjalanan untuk sampai dari lokasi dia dikurung.
Dia kini selamat dan berada di satu lokasi yang dirahsiakan di Indonesia sebelum dihantar pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Itu baru satu kes. Ni ada lagi kes lain pulak. Korang bacalah sendiri.

Naina buntu cari Nor Syuhada


Wajah Nor Shuhada Mohamad Naina

KUALA LUMPUR - Usaha Naina Mohamad (gambar), 55, bapa kepada pelajar tahun tiga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nor Syuhada Naina Mohamad, 23, mencari anaknya itu menemui jalan buntu.
Naina ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, sejak berita kehilangan anaknya itu, langsung tiada khabar berita mahupun maklumat mengenai anaknya itu diperoleh.
"Saya pernah pergi ke Klang dan mencari Syuhada di tapak pembinaan dan rumah-rumah kongsi di sana hasil bantuan daripada seorang rakan, namun hampa apabila pekerja di sana memberitahu tidak pernah terserempak atau terlihat Syuhada di sana.
"Usaha untuk mengesan teman lelaki Syuhada, Rauf juga tidak berhasil kerana saya tidak mempunyai gambar bagi membantu menjejakinya," katanya.






Kes ketiga ni agak pelik sikit la. Nak kata sama cam kes kena bawak lari lelaki Lombok pun ade mirip-mirip gak. Korang bacalah sendiri. Tapi aku amik dari paper sebab aku tak jumpa lak dalam Kosmo Online.

Jumiah pulang tidak lama lagi
KUALA LUMPUR – Hasrat Nur Jumiah Saad, 17, untuk pulang ke pangkuan keluarga hamper menjadi kenyataan apabila semua urusan dokumentasi mengenai dirinyaselesai apabila tiga wakil konsulat Malaysia di Medan menemuinya Jumaat lalu.
Nur Jumiah ketika dihubungi di Pangkalan Brandan, Medan, semalam berkata, pada pertemuan itu wakil konsulat tersebut memintanya membuat persediaan untuk pulang ke Malaysia dan menyatakan secara terperinci urusan membawa beliau pulang ke Negara ini.
“Segala urusan dokumentasi Disti perlu diselesaikan di sini (Medan) terlebih dahulu termasuk surat kelahiran dan sijil nikah bersama suami,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan kisah Nur Jumiah yang merayu kepada kedua ibubapanya untuk pulang ke Negara ini akibat tidak tahan menjalani kehidupan sengsara di Medan setelah melarikan diri bersama suaminya, Suranto Ngadio, 30-an, hampir dua tahun lalu.

Ini hanyalah tiga paparan mengenai nasib tiga orang gadis remaja Melayu Malaysia di abad ni. Ada berpuluh, mungkin seratus lagi cerita yang hampir sama situasinya berlaku. Semuanya adalah berkisarkan cinta di dunia tanpa sempadan. Cinta globalisasi. Korang bayangkan, betapa sedihnya hati mak bapak diorang bila melihat anak mereka lari bersama orang yang dicintai tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku kepada mereka. Yang aku paling pelik adalah kisah Iswatun atau Wawa. Apa tidaknya. Macam mana dia boleh mengikut saja telunjuk sorang warga Indonesia ni tanpa membantah atau menolak? Korang tak pelik ke? Mengikut cerita yang aku baca, Wawa ni boleh mengikut seorang lelaki Indon yang dikenali dari Puduraya ke JB (Johor Baru) dan kemudian ke Surabaya. Katanya nak bawa ke suatu tempat yang dirahsiakan kononnya sebagai kejutan. Aku heran betul la. Budak ni pun tak boleh fikir ke pape yang bakal berlaku? Bukan dia kenal sangat pun dengan mamat Indon ni. Tapi ya la kan. Kena Tanya lebih lanjut la dengan tuan punya badan macam mana dia boleh ikut Indon tu balik Indonesia. Dan kena la kita pastikan siapa sebenarnya lelaki Indon tu. Aduss… parahnya social remaja kita sekarang ini.

Itu yang melibatkan orang luar, warga asing. Belum lagi yang dengan orang Melayu kita sendiri. Bayangkan, betapa kebejatan ni kalau tak dibendung, maka akan jadi lebih parah la gamaknya. Tentang kes zina dan seks bebas. Astaghfirullah. Terlalu banyak. Dulu kita dikejutkan dengan CD ‘Lubuk Tupah’. Skang ni, dah macam-macam lubuk dah. Ditambah dengan pengkid, lesbian, gay lagi. Kalau di zaman Nabi Luth dulu, mereka yang buat perkara songsang ni dihapuskan Allah Taala dengan menterbalikan dunia dorang dan jadi la Laut Mati sekarang ni. Tapi, zaman ni, Nabi SAW pun dah mintak Allah Taala tangguhkan dulu azab diorang sampai hari Kiamat. Bagi peluang mereka bertaubat. Tu la nabi SAW kita. Begitu sayang dengan umatnya.

Rosaknya umat Islam sekarang. Di mana silapnya? Cuba kita fikirkan kembali. Macam mana gejala social ni semakin parah? Sapa yang salah sebenarnya? Mak bapak yang salah ke? Atau guru-guru salah mendidik? Atau salah masyarakat kita?

Apa yang boleh aku simpulkan adalah ia mempunyai beberapa peringkat. Peringkat pertama sekali iaitu di peringkat rumah. Mula-mula mak bapak berumah tangga. Apakah asas agama kita sebagai mak bapak sudah ada atau tidak? Kebanyakan ibu bapa masa kini tidak mempunyai pendedahan asas agama yang cukup sebelum mendirikan rumah tangga. Tujuan asal perkahwinan tidak diambil peduli. Pada mereka, kahwin hanyalah sebab suka sama suka. Atas dasar cinta. Tapi mereka lupa akan apakah sandaran cinta mereka itu. Cinta zaman ini tak lebih dari cinta hawa nafsu. Kerana nafsu, takut terlanjur atau setelah terlanjur, mereka pun berkahwin. Mereka tidak didedahkan langsung untuk apa pernikahan itu. Sehingga terjadilah pernikahan melibatkan dua agama yang mana tidak ditentukan agama mana yang dipilih. Tapi ia jarang berlaku di Malaysia. Ia kebanyakannya berlaku di Negara lain seperti Indonesia, Britain, US dan lain-lain Negara lagi.

Dan setelah mereka berumah tangga, aspek agama ini masih tidak dititik beratkan lagi. Solat atau sembahyang jarang dilakukan bahkan, suami tidak pernah diliaht bersoalt oleh si isteri. Ada satu cerita yang pernah dipaparkan dalam Slot ‘Cerekarama’ di TV3 bulan lepas. Aku tak ingat apa tajuknya. Ia kisah tentang seorang anak yang kehilangan ruh kasih sayang mak bapak lantaran mereka sibuk bekerja. Yang pelik dan jeliknya, mak seorang berpengaruh dan sering mengadakan program agama di masjid dan surau. Tapi, ia dibuat hanyalah lakonan demi menjaga reputasi suami. Solat tidak pernah dilakukan di rumah. Arak bersama botol-botolnya bersepak di rumah. Suami amalkan rasuah. Anak tak pernah diendahkan. Sehingga anak hilang dua hari pun dia tak tahu. Pada orang gajilah si anak mengadu. Baru aku ingat. Tajuk dia ‘Bisikan Subuh’. Anak menghilang selepas dipukul dan terdampar ke sebuah kampong di pendalaman. Mula-mula merungut la. Tak ada air cond la. Tapi, bila dia diselamatkan anak lelaki keluarga berkenaan, dia mula insaf. K, dipendekkan cerita, dia ada barah otak. Kemudian, dia pergi ke rumah keluarga yang menjaganya di pendalaman dulu untuk mendalami ilmu agama sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir di rumah tu gak. Sedih beb cerita dia. Pengajarannya, kalau rumah yang tak ada nur Islam, maka keluarga akan jadi berantakan. Tak heran la kalau berlau kes buang bayi, zina, rogol dan lain-lain lagi.

Kemudian peringkat sekolah. Peranan guru-guru dalam menyemai ruh Islam ke dalam jiwa anak-anak. Apa yang aku kesalkan adalah, segelintir guru-guru hari ini terlibat dengan masalah akhlak ni. Ada di kalangan guru yang merogol murid. Menjadikan murid bahan eksperimen seks. Itu sesuatu yang memualkan. Sebagai guru, tanggungjawabnya adalah mengajar pelajar akan perkara yang dia ketahui dan menyemai ruh ilmu ke dalam jiwa anak murid. Bukannya merosakkan mereka dengan perbuatan songsang dan memalukan. Sebagai seorang guru, mereka diberi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak bangsa mengenal jatidiri, kenal agama, kenal siapa tuhan, dan semaikan kecintaan terhadapa ilmu itu sendiri. Pepatah rom ada mengatakan, ‘bermulanya seorang pemimpin daripada gurunya’. Guru bertanggungjawab menjadikan seseoarang itu Yahudi, Nasrani, majusi atau Islam. Peranan yang dimainkan selepas ibu bapa. Bangunkan biah solehah (persekitaran yang baik) pada para pelajar. Dan seharusnya guru itu sendiri perlu soleh solehah, barulah dapat mendidik anak murid yang soleh solehah juga.
Jadi, peranan untuk melahirkan guru yang berkualiti ini adalah mulanya dari institute pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan program perguruan dan pendidikan. Bakal-bakal guru seharusnya tidak hanya didedahkan ilmu matapelajaran yang bakal diajarkan, malah teknik mengajar dan ruh ilmu itu juga perlu disematkan ke dada para bakal guru. Islam yang menjadi tunjang harus disemai ke dalam jiwa mereka. Barulah nanti akan lahirnya graduan ilmuan dan terbilang serta terpuji sahsiah perbadi akhlaknya. Pun begitu, kewujudan beberapa institusi dan program seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), dan program Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sedikit sebanyak merencatkan pertumbuhan profesyen perguruan ini. Pada aku, adalah sebaiknya graduan-graduan yang mengambil kursus pendidikan dan perguruan diserapkan terus ke dalam sekolah-sekolah. Yang menghairankan, punya la banyak graduan bidan perguruan dan pendidikan yang tidak mendapat tempat di Kementerian Pelajaran, masih boleh pula pihak kementerian dan jabatan pelajaran mengadakan program perguruan seperti KPLI, DPLI dan GSTT. Jadi, di manakah rasionalnya di adakan program perguruan peringkat university ini? Apakah pada pihak kementerian guru yang punyai ijazah ini tidak layak atau apa? Bukanlah maksudku untuk menidakkan guru-guru KPLI, DPLI dan GSTT. Tapi dengan kewujudannya sebenarnya telah memberi kesan jangka masa panjang akan program perguruan dan pendidikan Negara.

Dan akhir sekali, ia adalah di peringkat masyarakat kita. Apa yang aku perhatikan tentang keadaan masyarakat kita adalah sikap jaga tepi kain sudah tidak lagi menjadi budaya. Bukan lah bermaksud untuk supaya kita ini menjadi orang yang suka menjaga tepi kain luar dalam. Tidak. Pada aku, jaga tepi kain itu adalah wajar tetapi jangan sampai ke tahap menjaga kain dalam orang. Itu sebenarnya yang tidak betul. Menjaga tepi kain bermaksud kita mengambil tahu perihal jiran sebelah menyebelah, disamping mengetahui latar belakang mereka. Keadaan hidup mereka sebagai mana yang diajarkan Baginda Nabi SAW. Mengambil pusing akan pakai minumnya, keadaan sekolah anak-anaknya. Dan apabila berlaku sesuatu yang dianggap salah dari sudut aspek agama, maka ditegur. Bukan dijaja ke hulu ke hilir akan perihal kebobrokan akhlak budak itu dan jangaj dipandang hina mereka. Nabi tidak mengajarkan kita supaya membenci sesama manusia tetapi Baginda mengajarkan kepada kita agar membenci kejahatan dan keburukan itu. Bila mana kejahatan dibenci, maka aka nada satu usaha untuk memulihkannya kembali. Pulihkan keadaan budak yang rosak akhlak itu dengan cara berhemah dan kasih sayang. Jangan sisihkan mereka malah tambahkan erat hubungan dengan mereka. Tapi jangan sampai kita menjadi seperti mereka. Kita tarik mereka dengan nilai keislaman. Suburkan kembali jiwa mereka dengan keindahan Islam. Maka, lama kelamaan akan timbul kesedaran dan keinsafan pada diri mereka. Setidak-tidak pun, mereka akan malu untuk berbuat kemaksiatan di hadapan kita. Itu paling teruk sekali pun.

Apa yang menyedihkan adalah tugas membanteras maksiat diserahkan bulat-bulat kepada pihak berkuasa agama seperti JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) atau JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah). Masyarakat kita terlalu malas untuk bersama membanteras maksiat ini. Maka akan menjadi keenakkan pula kepada sang pembuat maksiat ini untuk bersedap-sedap melakukan dosa sebelum dapat meloloskan diri daripada pencegah maksiat kerana mereka tahu yang orang ramai alias masyarakat tidak akan masuk campur urusan mereka. Yang kasihannya, orang perempuan alias, anak gadis remaja yang sudah kehilangan maruah kegadisan. Bila dah mengandung, barulah nak menyesal. Tapi jangan menyesal sebab tak pakai kondom, tapi menyesal lah dengan sebenar-benar sesalan. Demi untuk merahsiakan akan status kegadisannya, maka sangguplah pulak menambah satu dosa lagi iaitu dengan menggugurkan kandungan tak kiralah pada peringkat janin mahupun fetus. Ada berpendapat sekiranya ia di peringkat janin, maka tidak dosa untuk meggugurkannya. Itu pada aku adalah satu pendapat dan pandangan untuk melepaskan diri yang mana akan menambahkan lagi dosa dan memburukkan keadaan. Tidak sepatutnya ia berlaku. Ia hanya akan melahirkan golongan yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap sesuatu yang dia telah lakukan. Kalau dah berani buat, maka mestilah pula berani untuk mengakui kesilapan dan kesalahan itu. Bukannya bertindak membelakangkan agama. Ditakdirkanlah seandainya anda mati ketika menggugurkan kandungan (sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku), waktu itu, anda belum pun bertaubat. Kata-kata taubatpun belum sempat terluah, dosa yang anda tanggung amatlah besar. Satu, dosa zina. Dua dosa membunuh, dan ketiga, dosa syirik (seandainya melakukannya dengan bomoh-bomoh yang sudah pasti sesat).

Ya ashabihi ajma’iin, ya ummata Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam,
Fikirlah tuan-tuan, sedara-sedari, makcik pakcik, kakak abang, akan apa yang telah saya tuliskan di sini. Fikirlah akan keadaan ummah kita yang semakin lemah. Pada pada pemimpin tak kira kerajaan mahupun pembangkang, hentikanlah persengketaan. Marilah kita bersama-sama memulihkan kembali keadaan yang buruk ini. Kembalikanlah maruah Islam di landasan yang sebenarnya. Janganlah asyik nak bertelagah. Bangkitkan sifat pentingkan diri dan parti. Pentingkanlah rakyat dan ummah. Bersatulah semua.. bangunlah!!! Bangun kembali tegakkan daulah Islamiyah di bumi bertuah ini!!! Allahu akbar!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tapi ..ntah la fauzi , no komen. ntah2 kena guna2 kot