Cari Blog Ini

Selasa, 24 Jun 2008

Assalamualaikum...

salam sume.. segala puji bagi Allah, Tuhan yang menciptakan sekelian alam maya ni. selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta sahabat2nya..

aku d sini masih lg trus dan mahu berkarya dan menulis pd apa yang ku fikirkan perlu bg agama dan ummah yang amat ki syg dan cinta ini. cume... aku sedikit kesibukan lantaran mslh kerja yg membebani pundakku.. Insyaallah, jika masih lagi diizinkan Tuhan, aku akan terus menulis di sini sebagai mana atas apa yg aku fikir perlu dan terlukis dari ilham Sang Pencipta. aku bukan malaikat yang tak makan dan minum.. aku hanyalah seorang hamba Tuhan bergelar insan yang sering lalai dan leka dgn arus dunia.. maka.. ku harapkan kelak, aku dapat kembali ke landasan mutlak Islami agar nanti jika ditanya di hadapanNYA di akhirat, ku bisa menjawab akan apa yang telah aku lakukan selama bergelar hamba..

sekian dulu.. wallahu a'alam...

Isnin, 2 Jun 2008

PERJALANAN

aku penat..

aku sudah capek..

den dah penat...

tak lalu rasanya nak teruskan kehidupan,

tak sanggup lagi aku ingin melihat kebinasaan dalam duniawi ini,

tak terdaya lagi aku untuk menanggung beban tanggungjawab ini,

yg makin mencengkam pundakku..

aku kelelahan lagi dalam perjalanan ini,

walau satu ketika aku kuat,

adakalanya aku kepenatan mengayuh langkah,

menghayun jejak ke destinasi itu..

ku tahu..

Tuhan sentiasa bersama orang2 yang berjalan di jalanNya,

ku tahu..

Tuhan telah mengutus Nabi bagi rahmah ke seluruhnya,

ku yakin..

jalan Nabi itu benar dan lurus..

namun..

kadang kuterleka dalam menelusuri jalan itu,

kerana jalan juangnya Nabi itu penuh liku,onak & duri,

berbagai simpang jua menanti,

andai tak kuat iman pasti terpesong jua

ke simpang yang salah & sesat..

dan..

duri & onak di jalan itu perlu ku tempuh,

perlu ku redah jua,

kerana itulah jalan ke JannahNya,

kini..

aku makin hampir di penghujung jalan ini,

lelah ku hampir berakhir,

penatku akan berakhir jua,

dan aku tak lagi merasa denyut nadi ini,

dan jasadku telahku tinggalkan di bawah bumi,

dan kini..

aku menanti apa yang bakal kuterima,

lantaran perjalanan ini.

RITMA KEHIDUPAN

1

Kehidupan. Ada duka. Ada suka. Ada cinta. Ada lara. Penuh warna dan pelbagai ritma. Adakala indah. Adakala indah kabar dari rupa. Ia bagai satu pentas lakonan. Manusia sebagai pelakon layar, dan dunia inilah pentasnya. Terkadang, bagaikan satu lakonan kisah cinta romeo dan Juliet. Tak kurang cerita Rambo yang penuh aksi dan babak menarik. Yang pasti ia menjanjikan ceritera yang tak kurang menariknya dengan filem-filem yang tertayang di peti televisyen dan layar perak.

Dirinya tidak sunyi dari kisah-kisah yang tak kurang menariknya. Ada pasang ada surut. Ada cerita sedih. Tak kurang cerita nestapa. Dia tidak menginginkan ia berlaku. Namun, ia tetap berlaku. Ia berlaku dengan bersebab dan hikmah. Yang mesti digalinya. Selepas satu, satu mendatang. Sesudah cerah, awan mendung pula berarak. Melindung keceriaannya. Menggugat emosi lelakinya.

Johan. Johan Johari. Itulah namanya. Nama pemberian bapanya. Juga ibunya. Dia dididik dengan didikan yang sempurna. Diberi sekolah agama sedari kecil. Hingga usia remaja 17 tahun. Didikan rohani memenuhi setiap ruang badan, salur darah, juga sel-sel darahnya. Kalimah-kalimah agung tertulis dan terdetik dari setiap udara, liang dan nadinya. Dia menjadi insan suci. Suci dari segala debu dan noda.

Namun, ritma kehidupan ini tidak serancak yang diingini. Tidak selalu seirama dengan lagu. Dia terjelepuk juga. Adakala tersungkur tewas dengan godaan manusiawi dan duniawi. Hakikat ukhrawi terkadang terhapus di mindanya. Namun, Tuhan jua masih sayang padanya. Walau dia terkadang lari dari hakiki itu, masih jua diberi ruang dan kesempatan untuk memperbaiki hari-hari lalunya. Syukur jua dia pada Ilahi kerana masih lagi ada sekelumit rasa iman tumbuh dalam jiwanya. Berkat pelajaran agama yang ditimba di Gedung Ilmu Agama, masih lagi tersisa iman setipis kulit bawang. Bahkan, lagi tipis dari itu.

Kerana cinta, dia pernah tertewas. Kerana cinta, dia pernah kehilangan arah. Dan kerana cinta jualah dia temui semula sinar kedamaian itu. Tidak pernah terlintas dalam jiwanya akan hadir jua cinta ketiga setelah kecundang untuk kedua kalinya. Tidak pernah terlintas dirinya yang hina itu akan terbit kembali menjadi seuntung manusia di jagat raya ini. Tidak terfikir oleh minda buruknya, akan hadir lagi cinta bersulam keimanan. Setelah dua cinta yang terbina atas dasar duniawi dan manusiawi tanpa ukhrawi. Dia seolah hilang yakin pada diri. Seolah dirinya insan termalang dari sekelian isi bumi. Namun, jika Allah menghendaki, tiada suatu apa pun makhluk dapat menghalangnya. Kerana Dialah al-Khaliq, pencipta alam maya. Jua seisinya.

Tidak. Bahkan sekalipun tidak pernah dia faham akan rencana Tuhannya ini. Oh Tuhan, andainya ia sekelumit cinta yang berbekas dari cinta setelah cinta padaMu, sungguh amatlah menjadi seorang hamba paling beruntung dan syukur. Dia bermonolog dengan Tuhannya. Sungguh dia tahu, Tuhannya tidak pernah leka dan lalai dari mengingatinya. Sedang dia jualah yang lalai dan leka atas pemberian nikmat Tuhan itu.

“Kita punya rasa yang sama.”

Tidak disangka, emel itu adalah titik permulaan pada segala persahabatan ini. Tanpa kenal antara satu sama lain. Tanpa bicara kata. Tanpa bersua wajah. Namun, semakin lama rasa itu semakin membuah dan subur dalam jiwanya.

“Cinta adalah bunga yang berkembang indah di bumi tandus dan gersang kerana cinta adalah harapan.”

Masih dingati ayat ini. Ia pernah terbaca pada satu buku. Lebih tepat novel. Itulah novel atas pemberian insan itu. Tidak pernah dia mengharap akan pemberian orang. Apatah lagi dari insan yang tidak dikenalinya secara fizikal. Hanya kenal melalui gerbang maya dan gelombang telekomunikasi canggih zaman melenium ini. Walau tidak bersua, namun tetap terasa dekat. Tetap dekat walau terpisah oleh jarak beratus batu. Dekat tidak bermakna pada jaraknya, namun dekat pada jiwa dan hatinya. Kerana pada mereka ada satu jambatan penghubung, yang tidak goyah dilanda taufan dan badai. Kerana jambatan itu tertaut pada satu tautan yang kukuh. Itulah tautan hati.

Semakin hari, semakin dia rasa getaran itu. Namun, saja dibiarkan getaran perasaan itu. Ia tidak mahu ikatan itu dicemari lagi dengan nafsu dan noda. Seperti sebelumnya. Juga tidak mahu ikatan itu putus di pertengahan. Biarlah rasa itu tumbuh subur hingga sampai waktu dan ketika ia akan dituai.

Ada satu lebih penting dari rasa itu. Perjuangannya masih belum selesai. Lebih tepat, belum pun bermula. Dan ini adalah satu langkah untuk dia memulakan perjuangan itu. Perjuangan dalam menegakkan agama yang dicintai. Atau lebih tepat, Tuhan dan Rasul yang disanjungi dan amat dikasihi melebihi kasih pada bonda jua ayahanda dan dunia serta seisinya.

“Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (seraya mereka berkata); “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), untuk kami berbuat amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.”

Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami akan berikan pada setiap jiwa petunjuk (baginya), tetapi, telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripadaKu; “sesungguhnya, akan Aku penuhkan neraka Jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama.

Maka, rasakanlah olehmu (akan siksaan ini), disebabkan kamu melupakan pertemuan dengan harimu ini(Hari Kiamat), maka Kami telah melupakan kamu jua, dan rasakanlah azab siksaan yang kekal atas apa yang telah kamu kerjakan”

Surah As-Sajdah : 12-14

Sesungguhnya ia faham akan apa isi kandungan ayat ini. Dia tidak mahu menjadi salah seorang dari seperti yang ada dalam ayat ini. Dia tidak mahu menjadi salah seorang penghuni neraka Jahannam. Dan kerana itulah, dia giat menjalani perjuangan dakwahnya, demi mau menjadi salah seorang dari penghuni syurga, bukannya dari kalangan ahlun nar. Kerana dia tahu, bahawa sesungguhnya azab siksa Allah itu amatlah pedih, sepedih-pedihnya.

*************************************************************************************








2

PAGI ini, udara terasa nyaman. Segarnya dapat terasa pada kedinginan embun pagi. Sejuknya menusuk hingga ke tulang sum-sum. Dia masih lagi membaca akhbar pagi itu. Akhbar Berita Harian menjadi bacaan rutinnya pada setiap pagi sebelum memulakan tugas. Sudah sedekad lebih dia menjadi pembaca setia pada akhbar ini. Ya. Sedekad lebih sudah. Dia juga masih lagi tetap membaca walau harganya kian naik. Masih tetap membaca.

Bip... bip... bunyi mesej masuk ke ruang peti masuk telefon bimbitnya. Dia agak basi-basi membuka mesej itu. Dia tersenyum sendirian. Insan itu menghantarkan mesej ikonik yang melucukan. Demi menghibur dirinya. Tertera gambar tikus, ikan, monyet, dan badak. Tertera tulisan;

Mereka Semua Rindukan Awak. Tolong la Balik Semula ke Zoo. Huhuhu...

Senyuman pagi yang menceriakan hidup. Senyuman dari seorang insan yang pernah hampir hilang harapan kerana terputus ikatan cinta manusiawi. Namun, segalanya berubah setelah itu. Setelah dia menemui semula rasa dan pedoman hidup. Dengan izin Zat Yang Maha Kuasa, dia diberi peluang ketiga untuk kembali pada-Nya. Allah masih menyayangi dirinya. Dia diberi ilham untuk mencari sebuah laman web yang indah. Indah dengan ukhwah dan mahabbah illa Allah. Laman yang dapat mendidik dan membimbing jiwa ke arah keredhaan Rabbul ‘alamin. Dan melalui laman ini jualah dia dipertemukan dengan insan itu. Sehingga kini, masih utuh ikatan persahabatan yang dibina hampir tiga tahun. Tanpa ada cinta manusiawi dan duniawi. Cinta mereka adalah cinta sahabat yang bersulamkan kecintaan yang kukuh terhadap Zat Yang Maha Esa.

Dia bergegas menulis khidmat pesanan ringkas. Dia telah bulatkan tekadnya. Dia perlu segera memberitahunya. Lantas sms itu ditaip dengan pantas, tanpa ada rasa ragu.

saya telah fikir dengan sedalamnya. Saya telah buat keputusan...

Dia menekan butang hantar. Setelah itu, menunggu balasan dari pesana yang dihantar dengan penuh debar. Adakah insan itu akan sudi untuk menerima tekadnya itu. Dia tidak pasti.

APA YANG TELAH AWAK PUTUSKAN...

SAYA TELAH PUTUSKAN UNTUK... MEMETIK BUNGA DI TAMAN...

SAYA TAK FAHAM... CAN YOU JUST STRICT TO THE POINT...

SAYA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MELAMAR SESEORANG...

TAPI TAK TAU SAMADA DIA SETUJU ATAU TIDAK...

SIAPA?

HMMM... AWAK KENAL ORANGNYA...

SIAPA?

ORANG TU DEKAT DENGAN AWAK...

BOLEH TAK AWAK BERTERUS TERANG? SAYA RIMAS DAN RESAH sebegini.

BAIKLAH KALAU BEGITU. SAYA NAK MELAMAR AWAK. AWAK SETUJU

TAK?

Buat seketika, keadaan sunyi sepi. Dia tak keruan dengan suasana itu. Dia inginkan kepastian dari insan itu. Resahnya menjadi-jadi. Segera ditekan punat telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas.

BAGAIMANA? MASIH BERFIKIR?

MMM... SAYA SERAHKAN KEPADA ALLAH. AWAK DATANG SAJA KE

RUMAH. BIAR ORANG TUA SAJA YANG BINCANGKAN. KITA MOHON

PADANYA AGAR IA MENJODOHKAN KITA.

KIRANYA AWAK SETUJU?

YA. SERAHKAN PADA YANG LEBIH TUA.

Alhamdulillah... dia bersyukur kerana telah dipermudahkan Allah akan urusan ini. Dan dia menuju ke bilik air mengambil wudhu’. Matanya berkaca. Dia terharu kerana saatnya telah tiba. Dia harus segera memberitahu akan hal itu kepada ibu dan bapanya. Air wudhu’ itu serasa damai. Sejuk menusuk kalbunya. Meresap ke dalam jiwanya. Kalimah Allah menerawang dan membekas dalam fikiran, serta lubuk sanubari.

Dia mengambil ketayap putih pemberian nenda sewaktu menunaikan umrah tiga tahun lalu. Waktu itu, dia masih lagi bekerja sebagai Pegawai Sistem Maklumat Geografi (GIS – Geographical Information System) di Pusat R & D, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Dia masih ingat, waktu itu, dia mengambil cuti kecemasan dan pulang sendirian dengan menaiki kereta jenama Atoz, dari sahabatnya, Aminuddin.

Dia bersolat sunat wudhu’, diikuti solat sunat syukur, dan kemudian solat sunat hajat memohon agar dipermudahkan jalan baginya membina mahligai bahagia demi cinta pada Tuhan Yang Satu. ‘Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku ini. Kau berilah petunjuk pada kedua ayah bondaku agar mereka menerima akan hajatku ini. Aku mohon ya Allah, Ya Rabbul Izzati. Moga kedua ayah bondanya jua menerima akan pelamaranku ini. Moga semuanya berjalan lancar. Amiin, ya Rabbal ‘Alamiin..’

Setelah itu, dia menekup muka hingga ke dada. Dia melangkah menuju ayah dan bondanya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak terus berkata. Sebaliknya hanya merenung pada ayah bonda dengan penuh harap.

“Lain benar renungan kau, Johan. Mesti ada hal ni.” Ayah memula bicara. Dia masih lagi membisu.

“Kalau kau ada hajat, beritahulah kami. Senang kami uruskannya.” Ibu pula menyampuk. Dia menarik nafas dalam untuk meluahkan hajatnya itu.

“Bonda, Ayah, saya dah buat keputusan. Saya takkan berpatah arah. Tekad saya telah bulatkan. Saya ingin menikah..” mendatar saja kata-katanya. Tapi, penuh dengan makna.

“Benar kau telah nekad? Ayah tak mahu kau berpatah arah sebelum tiba harinya. Malu keluarga kita nanti.”

“Benar, ayah. Keputusan saya muktamad. No turning back.”

“Macam mana ni, ayahnya? Saya ni ikut saja keputusan awak.”

“Kau nak menikah dengan siapa? Kau telah ada calonnya? Kalau kau belum, ayah boleh carikan. Ada juga anak kawan ayah tu yang masih bujang, kalau kau mahu.”

“Soal calon, ayah tak perlu risaukan. Duit, segala perbelanjaan juga tak perlu ayah khuatir. saya kira, wang saya sudah cukup untuk belanja perkahwinan dan kenduri walimahnya sekali. Ayah hanya perlu setuju atau tidak saja.”

“Siapa? Dengan si Fatimah yang selalu kau sebut itu ke?”

“Insyaallah, ayah. Bagaimana?”

“Andai wanita itu pilihan kau, ayah tak kisah. Dari apa yang kau pernah katakan, pada ayah, dia memang calon selayaknya bagi dirimu, anakku. Moga dia akan menjadi isteri yang solehah yang bisa melahirkan zuriat pembela agama dan nusa ini.”

“Syukurlah andai begitu telah suratannya. Bila kau mahu ke sana?” ujar ibunya.

Dia menadah tangan ke langit tanda syukur bahawa doanya termakbul. Tinggal tarikh untuk ke sana belum ditetapkan.

“Saya fikir elok saja kita pergi pada hujung minggu ni. Saya akan mohon cuti pada hari jumaat hingga isnin ini. Mudah sedikit urusannya.”

Tidak sabar rasanya untuk bersua dengan insan itu. Adiknya yang bongsu juga tidak sabar-sabar mahu bercuti. Memang sudah lama keluarga mereka tidak bercuti. Setelah menghantar adiknya, Zuhairi ke Kedah kerana melanjutkan pengajian di Kolej Tentera Udara berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, mereka sekeluarga tidak pernah mengadakan percutian ke mana-mana. Sebab itu jualah adiknya yang kecil sekali itu begitu teruja.

Hari Jumaat, bersamaan dengan 24 September 2010, mereka sekeluarga telah bertolak ke negeri sang penyu, Terengganu Darul Iman. Johan amat berdebar sewaktu memandu. Bapa di sebelah menenangkan jiwanya. Dia hanya banyak membisu sambil tasbih dan zikir tidak lekang dari bibirnya. Ia sentiasa basah dengan kalimatullah. Nasib baik dia telah mengambil alamat insan itu sebelum berangkat.berbekalkan alamat dan alat Global Positioning System (GPS) keretanya, dia memandu mengikut panduan arah alat itu. Syukurlah. Dengan adanya kecanggihan teknologi terkini, dia tidak perlu risau lagi. Langkah kerajaan mahu mewajibkan setiap kenderaan di negara ini dipasang dengan alat GPS adalah satu langkah yang dia kira amat tepat. Ini kerana kadar kemalangan yang tinggi di negara ini juga berpunca dari sikap pemandu yang lalai dalam aspek perancangan perjalanan dan pengurusan kenderaan. Sebelum bertolak, dia telah memastikan kederaannya diservis dengan baik di bengkel Zaki milik sahabatnya. Segala peralatan kereta yang perlu diganti telah diganti. Kini, dia dalam perjalanan.

Dia rasakan seolah-olah bermimpi sahaja akan memandu ke negeri angin lalu itu. Seolah-olah terawang-awangan. Namun, dia tidak bermimpi. Inilah realitinya. Dengan memandu 90 kilometer perjam, dia menggunakan laluan kedua di lebuhraya.

Kereta Toyota Wish miliknya meluncur laju di lebuhraya.kereta yang dibeli dengan harga 60 ribu ringgit dengan menukar beli kereta Perodua Kenari miliknya dahulu pada tahun lepas. Ia adalah hasil dari wang simpanan hasil dari pengusahaan penanaman serai peha ayam dan serai wangi yang diusahakan di atas tapak rumah abangnya. Selain itu, dia dan keluarga juga berjaya menjadi pengusaha ternakan ikan keli dalam kanvas dengan purata pendapatan mencecah puluhan ribuan ringgit di mana modal yang dipinjamkan dari bank juga telah dapat dilangsaikan tidak sampai dua tahun mengusahakan perusahaannya. Namun, tugasan selaku Pegawai GIS Daerah Sabak Bernam masih tetap diteruskan kerana minatnya terhadap bidang ini. Pada waktu ini juga, dia telah berjaya untuk menamatkan pengajian jarak jauh secara elektronik (e-PJJ) tidak sampai empat tahun seperti kebiasaan penuntut jarak jauh sepertinya. Dia hanya mengambil masa tiga tahun untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Remote Sensing di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Darul Takzim. Dia juga menjadi salah seorang penuntut cemerlang kerana berjaya menghabiskan pengajian kurang setahun dari masa yang ditetapkan dengan cemerlang. Dia akan menghadiri sidang Konvokesyen UTM pada tahun hadapan iaitu pada bulan Mei.

Alat GPS menunjukkan destinasi yang dituju adalah kurang 20 kilometer sahaja lagi. Dia mengambil telefon dan mendail nombor telefon insan itu. Dia menggunakan alat bebas tangan supaya dapat fokus terhadap pemanduan sambil mengurangkan kelajuan. Dia hanya menyampaikan bahawa dia telah hampir.

Kini dia telah pun tiba di rumah insan itu. Salam disambut dari tuan rumah. Mereka dijemput masuk. Dia hanya membisu sambil muka tertunduk ke lantai. Membisu seribu bahasa. Sesekali mata mereka bertemu pada satu titik. Insan itu hanya tertunduk sambil di bibir mengulum senyum. Bagai bergembira dengan hari indah yang bakal tiba. Mereka seolah berdialog. Tanpa bicara bibir. Namun, mereka berbicara dengan bahasa hati. Dengan tautan hati.

Kata telah disepakati. Majlis akad nikah akan dilangsung pada bulan depan bersamaan 10 Oktober. Bertepatan dengan tarikh pilihannya seperti mana yang telah dimaklumkan pada bapa.

Sebelum bertolak pulang, sekali lagi mata dua insan ajnabi itu bertembung. Agak lama. Namun, setelah itu mereka memandang ke arah lain. Hatinya bermonolog. Bagai berdialog.

‘Apa perasaanmu? Dapat kau rasai akan debarannya?’

‘Ya. Memang begitulah. Kau pula?’

‘Aku jua merasakan debaran itu. Keputusan yang kupilih ini bakal merubah hidupku seluruhnya.’

‘Kau menyesal akan keputusanmu?’

‘Tidak. Bahkan aku amat beruntung.’

‘Beruntung? Maksudmu?’

‘Ya. Beruntung kerana berjaya memiliki cintamu.’

‘Jangan terlalu yakin. Kau perlu ingat akan tujuan akad ini nanti. Bukan sekadar tuntutan nafsu perlu dilunasi, tuntutan agama yang lebih utama. Kau perlu ingat itu.’

‘Ya aku tahu. Tapi rasa beruntung itu memang ku rasakannya. Malah bertambah rasa itu. Thanks for that note. I’m appreciate it.

‘Tak perlu berterima kasih denganku. Syukurlah pada Dia kerana Dia lah yang telah mempertemu kita berdua.’

‘Ya. Kau benar. Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu kerana mempertemukan dua hati ini. Ya Allah, satukanlah jiwa kami berdua dalam menyulami cinta-Mu. Janganlah Kau pisahkan hati kami. Andai jannah-Mu yang Kau beri pada kami di hari pembalasan kelak, kau satukanlah semula kami berdua di sana.’

‘Amin, ya Rabbal ‘alamin.’

‘Aku mahu pulang. Doakan keselamatan diriku serta keluarga.’

‘Doaku sentiasa mengiringi dirimu.’

Setelah itu, Johan masuk ke dalam perut kereta. Sebelum berpisah, bakal bapa mentuanya berpesan, “Pandu cermat. Ingatlah orang tersayang. Ingat, kau tu sudah tidak lama lagi mahu menikah. Ingat, orang di sini menunggu.” Dia hanya mampu tersenyum. Merah padam mukanya menahan malu.

“Baiklah, pakcik. Saya akan pandu cermat. Lagi pula, kereta ni bukan ada saya seorang. Penuh kereta ni dengan ayah, ibu, dan adik saya. Terima kasih pakcik atas ingatan pakcik itu. Doakan keselamatan kami.” Dia membalas. Tidak mahu bakal bapa mentuanya melihat akan muka yang merah padam menahan malu. “Saya pulang dulu, pakcik.” Sambil melambaikan tangannya, dia memberi salam, tanda mahu pulang.

Setelah itu, kereta Toyota Wish miliknya semakin mengecil dan menghilang dari pandangan. Insan itu hanya berdiri sambil hatinya berdoa. ‘Ya Allah, Kau selamatkanlah perjalanan bakal suamiku itu. Aku bermohon ya Allah.’ Dia berdoa dalam penuh harapan. Tidak mahu sesuatu menimpa bakal suaminya itu.

*************************************************************************************

Bersambung...