Cari Blog Ini

Selasa, 10 Mac 2009

Satu Malam Di Karak Highway

Peristiwa sedih ini akan ku ceritakan buat tatapan para pembaca blog dan bloggers sekelian. ia berlaku kira-kira dua minggu lalu dan ku harap ia menjadi iktibar & pedoman buat kita semua.


Jumaat, 20 Februari 2009


Aku mengambil keputusan untuk ke Dungun, Terengganu untuk menghadiri majlis walimah 'seseorang'. Jadi, aku pun mengambil jalan untuk menuju ke SUK Shah Alam untuk menghantar dokumen penting kepada bos@ Peg Perancang MDSB yg akan menghadiri mensyuarat Stanco Tanah yang akan dipengerusikan oleh MB Selangor sendiri. Selain itu, tujuan ku ke sana adalah untuk menemui rakan yang bertugas di sana.


Aku mengambil keputusan menemui rakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Agak lama aku menunggu beliau di sana. Sempat panas punggung juga menunggu beliau tiba kerana beliau tidak membawa telefon lantaran tertinggal di rumah sewa di Kajang. Aku berjanji untuk menunggu beliau pukul 12 tengah hari. tetapi, sehingga jam 12.30, batang hidungnya pun tidak kelihatan. Puas aku pusing keliling mencari-cari, kot-kot beliau mengubah tempat perjumpaan kami. Setelah tawaf mengelilingi masjid hampir 2kali, aku mengambil keputusan untuk mengambil wudhu'.


Selesai mengambil wudhu', aku pergi semula ke tempat yang kami janjikan untuk bertemu. sesampai aku di tangga masjid menghadap Bangunan MAIS, aku akhirnya diberi kesemptan oleh Allah untuk bertemu dengannya jua. Kami berjabat tangan dan berpelukan. "Alhamdulillah, nasib baik jumpa jugak aku degan kau." aku meluahkan syukur kerana dapat bertemu dengannya.


"Sori la bro, aku tertinggal hand phone kat rumah. Pulak tadi ada meeting ngan pengarah. Boleh lak terlewat abis meeting ni." Faisal menyatakan sebab mengapa dia lambat sampai. aku mengiakan saja. tak apa lah. at least jumpa gak. aku berbisik di dalam hati.


"Jadi ke nak pergi Terengganu ni?" Faisal menyoal. aku menganggukkan kepala tanda ya. Kami berbual-bual lama sementara menanti azan berkumandang. Almaklum sajalah, lama tak jumpa. banyak perkara yang kami bualkan. terutama tentang kerja.


Selesai Faisal mengambil wudhu', kami menuju ke dewan solat. Sepanjang khutbah, aku tidak melelapkan mata. Walaupun penat memandu dari Sabak Bernam, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Teringat sewaktu bersekolah asrama di SMKA Simpang Lima dahulu. Pantang duduk saja, pasti mata akan mengecil dan terus tertidur sepanjang khutbah dibacakan.


Habis solat Jumaat, Kami bergegas keluar. Aku mahu menghantar dokumen penting kepada bos. Jika menaiki kereta, pasti lambat aku sampai ke sana. Memandangkan, Faisal membawa motosikal, aku menunggang bersamanya ke sana. Perjalanan mengambil masa 20 minit juga memandangkan jalan yang jamm. Aku menelefon bos untuk mengetahu samada beliau telah sampai atau belum. Dan beliau memberitahu masih di Subang Jaya. Aku bersama Faisal bergegas ke kafetaria mengisi perut yang kosong.


Baru saja aku habis memesan air, telefon berlagu rancak. Bos menelefon. "Awak kat mana? Saya dah sampai SUK." "Saya kat kafe bos. Minum jap. Bos tunggu kat lobi, nanti saya datang."


Aku lalu meminta izin untuk beredar sebentar menemui bos di lobi Bangunan SUK. Kira-kira 15 minit juga aku ke sana berulang alik ke kafe dan sempat menyerahkan dokumen penting itu. Sempat bersembang sedikit dengan bos sebelum meminta izin untuk ke kafe.


Jam menunjukkan pukul 2.45 petang. Aku dan Faisal lantas bergegas keluar memandangkan salah seorang dari kami tidak memakai topi keledar. Takut berjumpa dengan Pak Polisi. Kang kena saman, naya je.


Kami kembali ke masjid untuk mengambil kereta. Aku bercadang mahu bersiar-siar sekitar Shah Alam. Tapi, memikirkan jam sudah menunjukkan pukul 3 lebih, hasrat itu ku matikan memandangkan jalan pastinya akan jamm sebentar lagi. Lagi-lagi hari ini adalah hari Jumaat. Biasanya, pasti banyak kenderaan di jalan raya. Faisal menyerahkan kuci rumah sewa kepadaku supaya aku boleh berehat-rehat sementara menanti dia pulang nanti.


Aku meneruskan perjalanan ke Taman Kajang Utama, tempat di mana aku pernah tinggal dulu bersama-sama Faisal dan rakan-rakan lain. Mengenang kembali waktu silam, membuat aku tersenyum. Terlalu banyak kenangan yang bermain di dalam fikiran ini. Demi mengelak kebosanan, aku menghidupkan radio. Frekuensi 91.5 menjadi pilihan utama. Dengar suara DJ yang lunak menghilangkan sedikit kebosanan. Namun, bila waktu-waktu begini, tidak banyak lagu diputarkan, aku menukar siaran. 96.7 menjadi pilihan kedua. Retro muzik terbaik. Memang best. Lagu-lagu lama zaman era 80-an dan 90-an berkumandang. Aku melayan lagu-lagu rock kapak yang kena dengan jiwa. Tapi masih tidak dapat menghalau kebosanan ini. Lantas aku memasang mp3 player. Lagu dari pendrive berputar ligat. Lagu-lagu nasyid berkumandang ke udara yang sememangnya subur di jiwa ini.


Jam 4.15 petang,

Aku sampai di Seraya Apartment. Tempat di mana aku pernah tinggal. Rindu rasanya hati pada tempat yang pernah member aku perteduhan dari hujan dan panas. Sudah hamper dua tahun ku tinggalkan kediaman ini. Apartment tanpa lif setinggi lima tingkat ini menjadi antara kediaman para penghuni yang bekerja dari Bangi hingga KL malahan tempat-tempat lain lagi. Dengan kos sewa yang agak murah, ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mencari rumah sewa yang selesa dan murah.


Aku memasuki rumah yang tiada penghuni itu. Semua penghuninya sedang bekerja. Aku member salam kepada makhluk yang tidak kelihatan. Ia adalah sunnah sebagaimana yang diajarkan baginda Nabi Muhammad SAW.


Berengas rasanya badan ni. Dengan daki yang melekat di badan, aku bercadang untuk mandi. Tapi, biarlah aku berehat barang seketika.


Telefon bernada rancak mendayu. 'Dia' menelefon.


"Jadi tak nak dating ni?"


"Insyaallah. Jadi. Tunggu je kedatangan diri ni. Ye."


"Ok. Kita sambung SMS ye."


Talian telefon dimatikan. Kami berbalas SMS dan kira-kira jam 4.50 petang, aku mengambil keputusan untuk mandi. Segarkan badan dan mata ni.


6.45 petang,

Khairul dan Roslan pulang dari oficenya di Putrajaya. Mereka adalah penjawat awam di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Aku bersalaman dengan mereka berdua. Bersembang-sembang sambil menonton televisyen.


Tadi sebenarnya aku ingin melelapkan mata. Puas aku cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Kepala mula pening-pening lalat. Mata terasa berat tapi sukar untuk dilelapkan. Bila mereka sampai di rumah. Aku terus tidak jadi untuk tidur.


7.15 malam,

Amin atau lebih dipanggil Acai pulang ke rumah. Aku berjabat tangan dengannya. Kami dan Faisal merupakan rakan sekelas sewaktu menuntut di UiTM Arau dan Shah Alam. Bidang kami adalah Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi). Sama-sama ambil diploma dan sama-sama tidak menyambung Ijazah sarjana muda. Tapi, hanya aku sorang yang tak ambil MUET (Malaysia University English Test). Aku sememangnya dari awal mengambil keputusan untuk tidak menyambung pengajian. Hanya akan mengambilnya jika aku benar-benar mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda nanti.


Kami bersembang agak lama. Aku mandi untuk kedua kali. Cuaca panas merimaskanku. Almaklum sajalah. Di Bandar, cuara panas 24 jam. Berbanding di kampong, tiba waktu malam, sejuk pasti bertandang walau terkadang panas hingga ke dinihari.


Faisal tiba di rumah sekitar jam 7.30 malam. Aku baru selesai mandi ketika Faisal pulang. Kemudian, kami solat Maghrib bersama dan aku menyambung dengan jamak solat Isya'. Almaklum sajalah. Aku seorang musafir. Jarak antara Sabak Bernam – Kajang adalah kira-kira 145km. memang sudah dikira musafir.


Acai keluar rumah kira-kira jam 8.30 malam kerana mahu menghantar tunangnya di Hentian Bas Kajang. Kami menonton televisyen bersama-sama. Aku bagai tak ada selera saja. Tak tahu mengapa tiba-tiba perutku seolah-olah mogok untuk makan. Rakan-rakan ada mengajak, tapi aku tetap tidak mahu menjamah makanan. Nervous pun ada. Almaklum saja. Mau ke Terengganu. Negeri di mana dia lahir dan tinggal serta mengaji Al-Quran.


Sebenarnya, inilah bakal menjadi sejarah antara kami kerana sejak berkenalan, kami belum pernah berjumpa walau sekali. Itu yang menjadi janji di antara kami berdua. Hanya akan bertemu jika sudah mantap hati ini dan ia membawa kami bersatu ke alam rumah tangga. Itu yang sebagaimana dipersetujui.


11.00 malam,

Aku berbalas SMS dengannya. Dia kepenatan mengendalikan acara yang bakal berlangsung esok. Majlis walimah abang sulungnya berjalan lancar. Banyak tetamu bertandang. Keluarga perempuan juga telah tiba sejak dari petang. Melayan kerenah sepupu, anak sepupu dan macam tugas yang diserahkan kepadanya menjadikan dia kepenatan. Aku simpati. Namun, aku tidak dapat membantu.


Kami bersiap-siap mahu bertolak ke Dungun, Terengganu. Yang menghairankan, aku terlalu sempoi dengan hanya memakai t-shirt kelabu dan pakaian kerja tadi. Aku memang tidak membawa apa-apa pakaian lain selain yang aku pakai untuk kerja. Macam tak bersedia. Itu yang menghairankan diriku.


"Nak naik atoz ke kelisa?" Khairul menyoal kepada kami. "Naik kenari je lah." Aku menyahut. Pun begitu, aku tak begitu yakin dengan keretaku itu. Tapi, aku pun tak tau macam mana aku boleh menyahut. Kepelikkan kedua yang aku rasakan.


"Silap. Kenari." Khairul tersengih sebab tersalah sebut akan keretaku. Kami semua tersenyum. Biasalah. Terlupa kan.


Aku memandu seperti biasa. "Kita minum dulu la. Pekena air kopi ke." Faisal mengutarakan cadangan. Kami sepakat bersetuju.


Sabtu, 21 February 2009, 12 tengah malam


Kami memulakan perjalanan. Faisal menjadi pemandu. Aku duduk di kerusi di belakangnya. Pada mula memandu, keretaku sudah menampakkan tanda-tanda dia kurang sihat. "Apasal clutch dia cam berat je?" Faisal bertanya. Aku menjawab, "Kereta aku memang clutch panjang."


Dalam hati aku berdoa moga-moga kereta aku tidak meragam atau buat hal. Kereta di pandu seperti biasa. Namun, ia sedikit luar biasa. Memasuki kawasan selepas tol Gombak, keretaku mengaum kuat. Bagai orang sakit mengerang di hospital.


Tapi aku pekakkan telinga. Moga-moga lah kereta ni tak buat hal. Aku berdoa di dalam hati. Kecut perut aku sepanjang perjalanan ini.


Tiba-tiba bau hangit seperti getah terbakar kami hidu. "Bau apa ni aa?" aku makin cuak. Aduhai. Pening la aku camni.


Kereta diberhentikan di sisi jalan. Kami melakukan spot check ke atas keretaku. Tiada apa yang mencurigakan.


Kereta dijalankan semula. Tapi kali ini dengan keadaan yang perlahan. Tiba di satu stesen minyak petronas, kami berhenti untuk mengisi minyak dan membeli apa-apa keperluan yang patut. Membuang hajat jika ada. Selesai saja semuanya, kami meneruskan perjalanan. Kali ini Acai yang memandu.


"Kereta ko memang macam ni ke?" Acai bertanya kepada ku.


"Sebelum ni tak pernah lak camni." Aku menjawab. Memang sebetulnya, keretaku tidak pernah meragam begini. Ngauman enjin semakin kuat. Degupan jantungku semakin kuat. Aku bagai dapat mengagak akan sesuatu akan terjadi pada keretaku.


Tiba di satu selekoh, aku berkata, "Cai, berenti jap. Biar aku try bawak."


Kereta diberhentikan di tepi. Aku mengambil alih kedudukan pemandu. Aku memasukkan gear. Hand break ku lepaskan perlahan-lahan. Keretaku mengaum kuat. Ia berjalan hanya sedikit. Aku makin cuak. Degupan jantung semakin kencang. Sah! Keretaku dah buat hal. Aduhai.


Signal kecemasan dihidupkan. "Kita tolak la kereta ni sampai mana yang boleh." Acai memberi cadangan. Keretaku pun ditolak. Kira-kira 150meter. Kami berhenti. Masing-masing kepenatan menolak. Jam menunjukkan pukul 2 lebih.


"Aku rasa gear box ko jam la." Khairul member pendapat. Aku menganggukkan kepala. Bonet hadapan dibuka. Enjin suis dimatikan. Lampu signal menyala-nyala.


"Ko de pernah ganti minyak gear?" Tanya Faisal.


"Minyak gear aku pernah tukar setahun lepas. Dah lama dah." Aku menjawab.


Masing-masing memberikan spekulasi tentang kerosakan yang berlaku. Saat itu, wajahnya terpancar jelas di mataku. Nampaknya, Tuhan masih belum mau menemukan kita lagi. Bisik hati kecilku. Aku kecewa. Begitu kecewa.


"Hai la nasib." Aku berkata kecil. Tergambar jelas wajah kecewa.


Kedengaran bagai bunyi tong dipukul sayup-sayup menyapa telinga. Aku langsung tidak memperdulikan suara itu. Hanya da yang ku fikirkan. Pasti dia kecewa kerana pertemuan yang dirancang, tidak menjadi pula.


"Sal, tepi sikit. Aku nak duk sebelah." Acai tiba-tiba beralih tempat. Aku perasan akan gelagatnya. Bagai ada yang tak kena. Aku tetap tidak mau membuka mulut. Hanya terdiam memandang Kereta Perodua Kenariku. Dah nasib badan. Apa mau buat.


Lebih kurang 3.00 pagi,

Sebuah kereta peronda Polis lalu dan memberhentikan kereta di hadapan keretaku. Salah seorang anggota polis keluar dari perut kereta.


"Apa hal dik? Kereta rosak ke?" dia mengajukan soalan.


"Kereta rosak lah encik. Tiba-tiba tak boleh jalan. Gear masuk tapi free je. Tak berjalan pun. Tak tau la apa masalah dia." Aku menerangkan kepada encik polis terbabit. Tak lama kemudian, semua empat anggota polis berpakaian biasa menampakkan batang tubuh masing-masing.


"Ko try check, tengok apa masalah dia." Kata salah seorang dari mereka kepada seorang yang lain. Lalu polis itu melakukan sedikit pemeriksaan.


"Aku ingat dia punya clutch plate dia dah habis ni." Dia berkata kepada kami semua. Aduh. Pulak. Dah nasib badan. Aku mengucap di dalam hati.


Duit dah tengah kurang ni. Aku memikir macam mana nak selesaikan masalah ni.


"Apa-apa hal, baiki dulu kereta ko ni." Acai member pandangannya. "sekarang kita kat tempat orang. Susah sikit. Kalo apa-apa hal, ko letak kereta kat sini pun, tak tau bila lagi nak ambik."


"Taka pa. ko pakai je dulu duit aku. Nanti, ada duit, ko bayar la ek." Acai menambah. Aku jadi serba salah. Setelah timbang-timbang, aku bersetuju dengan cadangan Acai.


Tak lama selepas itu, seorang India bernama Raja tiba dengan kereta Toyota lama. Aku tak pasti model apa. Tapi bunyi memang turbo.


Selang 15 minit berikutnya, seorang lelaki Cina tiba dengan memandu sebuah Kenari berwarna goldust. Setelah berunding dengan lelaki Cina itu, aku bersetuju untuk membaiki kereta di bengkelnya.


Ia merupakan satu pengalaman dalam hidupku. Memang takkan ku lupa sampai ke akhir hayat