Cari Blog Ini

Isnin, 16 Mei 2011

Suatu Pembaharuan (Rebranding)

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Salam sejahtera buat semua yang membaca blog ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa salam, serta ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin serta ulama’ pewaris nabi. Doa dipanjangkan demi keselamatan dan kerahmatan buat semua umat Islam walau di mana jua kita berada.

Alhamdulillah, setelah lama menanti, akhirnya, blog ini berubah wajah. Atas nasihat Mrs Zaujah, saya menukar nama blog ini kepada Life of a Muslim. Ini lantaran nasihat dari zaujah yang menyuruh saya menukar nama blog yang dikatakan kurang sesuai. Zaujah kata, Baitul Muslim tu maksudnya adalah umpama ejen mencari jodoh jika diterjemahkan dari Arab ke Melayu. Jadi, hari ini saya pun telah menukarkan nama blog ini kepada ‘Life of a Muslim’. Titik.

Diharapkan dengan pembaharuan ini, sedikit sebanyak ia dapat memberi nafas baru kepada blog yang telah bermula sejak dari Januari 2008, iaitu sudah memasuki empat tahun. Dan selama empat tahun itu, sebanyak 43 buah post telah berjaya di’posting’ dalam blog ini. Tahun 2010 merupakan tahun yang kurang produktif bagi blog ini kerana hanya menghasilkan sebanyak 7 posting sahaja, iaitu lebih kurang satu posting untuk dua bulan. Cukup malang bagi sebuah blog. Huhu.

Dan atas beberapa faktor, maka saya pun menukar nama blog ini. Ini adalah suatu langkah penjenamaan semula. Salah satu proses reincarnation. Tapi saya tidak pula mengaitkan ia sebagai salah satu kepercayaan agama. Reincarnation yang saya maksudkan bukan bermaksud sebagai ‘mati hidup semua’ sebagaimana kepercayaan sesetengah agama selain Islam, tetapi ia lebih bermaksud suatu kebangkitan semula setelah melalui detik-detik yang sukar. Dan diharapkan dengan penjenamaan semula ini, ia mampu bangkit untuk lebih proaktif dan mampu menghasilkan posting-posting bermutu dari saya. Dan semoga ia dapat menjadi batu loncatan kepada saya untuk berkarya dengan lebih baik lagi.

Saya kira cukup sekadar di sini dahulu. Moga ketemu lagi di lain waktu. Wa ila liqa’. Wassalam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

Tiada ulasan: