Cari Blog Ini

Jumaat, 27 Mei 2011

Alexander Zulqarnain?

Sejarah Sewaktu Kecil


Alexander III of Macedonia lahir pada tanggal 20/21 Jun 356 SM di ibu kota Pella, pusat kerajaan Macedonia. beliau merupakan anak kepada Raja Philip II(386-336 SM), antara raja Macedonia yang berjaya meluaskan empayar kerajaan Macedonia. Ibu baginda adalah isteri keempat Raja Philips II, Olympias, anak kepada Neoptolemeus I, Raja Epirus. Walaupun Philips II dikatakan mempunyai tujuh ke lapan orang isteri, namun, Olympias adalah merupakan isterinya yang terpenting hingga melahirkan Alexander, iaitu penggantinya. 

Raja Philips II merupakan keturunan Heracles melalui Caranus yang merupakan sebahagian dari Dinasti Aegead, sementara ibunya merupakan keturunan Achilles. Alexander juga merupakan sepupu kepada general tentera dari Kerajaan Epirus, iaitu Phyrrus yang menurut Hannibal sebagai Komander angkatan perang kedua terbaik dalam sejarah selepas Alexander.

Menurut sumber Plutarch, sewaktu mengandungkan Alexander, ibunya bermimpi yang rahimnya disambar petir. Sementara bapanya pula pernah bermimpi yang melihat dalam rahim isterinya itu seolah-olah seekor singa yang garang. Plutarch mengatakan bahawa ibu Alexander telah hamil sebelum pernikahan dan mengatakan bahawa bapa Alexander yang sebenar adalah dewa Zeus. Suatu unsur pagansme yang cuba diterapkan oleh Plutarch semata-mata untuk mengagungkan baginda.

Sewaktu hari kelahiran Alexander, bapanya sedang bersiap sedia untuk menakluki kota Potidea, yang terletak di semenanjung Chalcidike. Pada hari yang sama juga, Raja Philips mendapat perkhabaran bahawa general perangnya, Parmeneon telah berjaya menupaskan kekuatan ketenteraan gabungan kota Illyrian dan Paeonian. pada waktu itu juga, kuda baginda telah memenangi Sukan Olimpik. Ada juga mitos mengatakan bahawa Kuil Artemis di Ephesus - satu dari tujuh keajaiban dunia terbakar kerana dewa Artemis menghadiri upacara menyambut kelahiran Alexander. Ini juga merupakan suatu bentuk untur paganisme Yunani yang cuba diterapkan oleh pengagung-pengagung Alexander yang beragama pagan Yunani.

Di waktu awal kelahirannya, baginda diasuh oleh bidan yang menyambutnya iaitu, Lanike, kakak kepada salah seorang general perangnya, Clietus the Black. Sewaktu baginda meningkat usia kanak-kanak, baginda diasuh dan dididik dengan tegas oleh Lysimachus dan Leonidas, saudara kepada ibunya. Alexander membesar bersama-sama pemuda-pemuda dari kalangan rakyat jelata dan belajar membaca, menulis, bermain lyre, menunggang kuda, berlawan dan berburu bersama-sama.

Sewaktu berumur sepuluh tahun, seorang saudagar kuda dari Thessaly menawarkan Raja Philips II seekor kuda dengan harga 13 talent. Pun begitu, kuda itu begitu sukar untuk dijinakkan sehingga memaksa Raja Philips mengarahkan kuda itu dibawa pergi. Pun begitu, Alexander dengan mudah dapat menjinakkan kuda itu lantas menunggangnya dengan selamat. Melihatkan kejadian itu, Raja Philips berkata kepada anaknya, "Anakku, kau seharusnya mencari dan membina kerajaan yang besar kerana Macedonia ini terlalu kecil untukmu." Lalu baginda pun menghadiahkan kuda tersebut kepada Alexander. Sejak itu, kuda itu Alexander berikan nama Bucephalas yang bermaksud kepala lembu. Bucephalas menjadi kuda Alexander dalam ekspedisinya menakluk dunia. Menurut Plutarch, sewaktu Bucephalas mati dalam peperangan Hydapes, Alexander menamakan kota dimana kudanya itu disemadikan sebagai Bucephala. Kota ini terletak di Hydapes, iaitu di timur Sungai Indus. Menurut Plutarch lagi, Bucephalas mati ketika berusia tiga belas tahun.

Gambar menunjukkan yang Alexander sedang bertarung dengan seekor singa bersama rakannya, Craterus. Ini merupakan ukiran mosaic abad ke-3 SM, di Muzium Pella.






Apabila usia Alexander meningkat tiga belas tahun, Raja Philips II ingin mencarikannya seorang tutor. Ramai guru ditawarkan untuk menjadi tutor Alexander termasuk Isocrates dan Speusippus, yang menjadi salah seorang yang bakal menggantikan Plato di Academia. Akhirnya, Raja Phillips melantik Aristotle untuk menjadi guru dan tutor kepada Alexander. Aristotle merupakan anak murid Plato dan Plato pula merupakan anak murid kepada Socrates.

Phillips menyediakan Kuil Nymphs di Mieza sebanyak bilik kelas untuk Aristotle mengajar Alexander dan berjanji untuk membangunkan semula kota kelahiran Aristotle, Stagiera untuk menempatkan hamba-hamba yang dibebaskan dan pesalah yang diampunkan ke kota tersebut.

Meiza bagaikan sekolah utama Alexander dan para pendukung Macedonia seperti Ptolemy, Hephastion dan Cassander. Kebanyakan rakan belajar Alexander bakal menjadi rakan dan general tenteranya dalam menakluk dunia. Di Mieza, Aristotle mengajarkan kepada Alexander dan rakan seperjuangannya mengenai keagamaan, falsafah, moral, strategi perang, perubatan dan ilmu logik. Aristotle juga mendedahkan kepada mereka mengenai karya Homer dan Iliad dan memberikan Alexander satu salinan karya tersebut sebagai panduan ketika memerlukan.

Diterjemah daripada artikel dalam wikipedia mengenai Alexander The Great.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

Tiada ulasan: