Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Februari 2009

LAGI KESLAPTIKALAN POLITIK PLASTIK MALAYSIA

Kerajaan BN di Perak mengumumkan pelantikan Menteri besar (MB) barunya semalam yang mana ia telah dperkenan Sultan Azlan Shah selaku sultan Perak. Pun begitu, MB dari PR (Pakatan Rakyat), Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin memohon derhaka sultan untuk tidak melepaskan jawatannya kerana situasi di Perak yang genting kini memerlukan mandate rakyat untuk dilakukan pilihan raya peringkat negeri. Pun begitu, permohonan beliau untuk membubarkan DUN Perak tidak mendapat perkenan sultan.
MB Kelantan selaku Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kepada wartawan Sinar Harian bahawa MB Perak (Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin) perlu meletakkan jawatannya demi menghormati keputusan sultan. Pun begitu, beliau mempersoalkan apa yang menyebabkan keputusan sultan itu boleh berlaku.
“Saya tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak itu, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besarnya sudah mengadap untuk mendapat perkenan baginda. Cuma kita (PR) perlu personal dan perlu mengkaji kenapa ada antara ADUN Perak itu lompat parti dan menyebabkan suasana politik negeri Perak jadi begitu. Mesti ada sesuatu yang tak kena dan perancangan pihak tertentu,” katanya seperti mana yang dilaporkan akhbar Sinar Harian.
Pada aku, sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti mana yang berlaku di Perak, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) perlu mengadakan pilihan raya peringkat negeri dan sultan seharusnya memperkenankan hasrat MB Nizar untuk membubarkan Sidang DUN Perak. Ini kerana apabila terdapat kekacauan sebegini, rakyat seharusnya menjadi penentu kepada siapa yang mereka inginkan untuk memerintah negeri mereka. Bila terjadinya begini, ia seolah-olah satu rampasan kuasa secara terancang telah berlaku di mana boleh dianggap wujudnya politik wang sehingga menyebabkan dua ADUN merangkap Exco Kerajaan Negeri keluar parti.
Apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Mursyidul Am PAS itu sememangnya wajar untuk diambil perhatian. Ini kerana senario politik semasa Malaysia khususnya di Perak boleh menimbulkan ketegangan antara penyokong parti. Ia boleh menimbulkan satu provokasi sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong untuk melakukan sesuatu tindakan di luar kawalan.
Semalam, bila menonton siaran Buletin Utama TV3 bersama keluarga, bapak aku ada berkata, “Nampak sangat BN macam nak rampas kuasa di Perak. Tak pernah serik atau belajar dari kesilapan lalu. BN ni kalau dah menang kali ni, memang macam nak balas dendam atas kekalahan lalu. Tapi nanti, bila pilihan raya umum (PRU) skali lagi, kalau kalah, BN akan terus lingkup dan gulung tikar.”
Betul gak apa yang bapak aku cakapkan tu. BN sepertinya kemaruk nak menghalau PR di Perak dan macam dah kemaruk gila kuasa. Apa tidaknya, perbuatannya yang dianggap merampas kuasa di Perak menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan rakyat yang berfikiran matang. Di sini rakyat sendiri dapat menilai siapa sebenarnya yang rakus dalam mengejar kuasa dan pangkat. Tindakan ini lebih kepada mementingkan diri sendiri walau cuba dikatakan kepada media bahawa tindakan mereka adalah untuk rakyat. Tapi, ia seolah-olah menggambarkan sifat mereka di sebalik topeng yang mereka pakai.
Mereka lah sebenarnya pendusta yang selama ini membohongi rakyat dengan topeng yang mereka pakai selama ini. Ditambah dengan beberapa laporan media yang tidak memihak kepada mereka dan bersifat neutral, pemimpin BN era ini bukanlah calon terbaik untuk dijadikan pemimpin contoh dan teladan. Walau pun terdaapt beberapa pemimpin BN yang berjiwa rakyat, pun begitu, mereka-mereka ini seolah dipinggir oleh penyokong dan pemimpin korup sehingga seolah-olah mereka ini disisihkan dari mendapat tempat di hati penyokong. Sedangkan mereka memperjuangkan hak rakyat yang ditidakkan oleh rakan wakil rakyat lain yang bersifat korup dan mementingkan diri sendiri.
Pun begitu, keperibadian pemimpin PR juga sering menjadi persoalan terutama bila melibatkan soal sentiment agama. PAS dan DAP dari dahulu lagi merupakan musuh dalam politik. Perbezaan ideology menyebabkan ada pihak-pihak tertentu cuba melaga-lagakan mereka dalam PR. Isu hudud yang sekian lama diperjuangkan PAS mendapat tentangan dari DAP sebagai rakan dalam PR sendiri. Ketegasan PAS dalam mempertahankan ideologinya yang berteraskan Islam sememangnya menjadikannya seolah tersisih dari kawan dan lawan. Pun begitu, PAS tetap teguh dan semakin kukuh ditambah dengan wujudnya Kelab Penyokong PAS dari kalangan non-muslim. Ini kerana betapa mereka sedar bahawa apa yang diperjuangkan PAS itu adalah tidak menyalahi dan sebenarnya tidak melibatkan mereka pun. Dan mereka diberi pilihan sekiranya Undang-undang Hudud benar-benar dilaksanakan di Malaysia.
Apa pun yang terjadi di Perak, ia sebenarnya merupakan satu gambaran tentang nasib politik Malaysia seterusnya dan melambangkan kebejatan social yang berlaku kepada institusi politik di masa ini. Sesuatu harus reformasi harus dilakukan agarnya nanti rakyat yang sudah sekian lama mahukan perubahan merasakan tertipu dan menimbulkan kekecohan yang lebih parah. Rakyat kini menanti akan perubahan yang berlandaskan kepada keadilan sebenar dan sebagai umat Islam mahukan Islam itu kembali dijulang dengan selayaknya ia dijulang. Bukannya hanya dijadikan topeng dan alat untuk membohongi kepercayaan rakyat demi mengaut untung ke kantung sendiri.

Tiada ulasan: