Cari Blog Ini

Rabu, 31 Disember 2008

RITMA KEHIDUPAN

3

“Abang Johan, Seri nak kahwin dengannya. Dah muktamad. Noktah. Dia dah lamar Seri dua hari lalu.” Seri bagaikan adiknya sendiri. Walau mereka sebaya, namun ikatan saudara sebagai sepupu mengikat hubungan mereka. Seolah mereka pasangan suami isteri. Namun, pada hakikatnya tidak. Bagi Seri, hatinya telah dicuri. Dicuri insan bernama Ikhwan. Lelaki Jawa satu sekolah rendah dengannya. Dipertemukan Allah pada satu majlis reunion pelajar alumni kelolaan Ikhwan. Hati lelaki Jawa itu terpegun akan keayuan Seri. Keayuan asli yang lahir dari dalam jiwa yang bening suci.
“Moga-moga begitulah, bang. Seri dah minta dia bawa ibu bapanya bertemu empat mata dengan ibu bapa Seri. Dalam esok atau lusa mereka datang. Rasa bagaikan mimpi saja. Seri dapat rasakan saat bahagia itu menjelma. Seri pernah katakan padanya bahawa Seri tak mahu upacara bersanding dan adat menepung tawar. Bukan kah itu adat Hindu. Sebab itu Seri tak mahu upacara persandingan. Mahu buat ringkas saja. Majlis walimah secara sederhanJustify Fulla. Tak mampu nak buat besaran kerana kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada besarnya majlis walimah, tetapi kesepakatan dalam mengharungi hidup bersama itu lebih utama. Abang juga yang pernah katakan pada Seri suatu ketika dulu kan?” Dia kagum dan terpesona dengan kata-kata sepupunya itu. Syukur kerana tidak sia-sia jarum dakwah yang disampaikan tidak lama dulu telah membenih dalam jiwa saudarinya itu. Syukur Alhamdulillah.
“Ya. Benar seperti katamu itu. Hidup sebagai suami isteri perlu ada kesepakatan dan kesabaran yang tinggi. Tanpa sepakat, payah suami atau isteri mahu berbincang. Jika masing-masing mahu menegakkan hujah, apa penyelesaiannya? Tanpa kesabaran, rumah tangga akan musnah. Bercerai berai. Abang tak mahu Seri menjadi begitu.” Johan mengiakan kata-kata itu. Dia berhenti sejenak sambil memandang semula ke laut. Tempat di mana dia sering mencari damai andai keserabutan minda bertandang lantaran masalah di tempat kerja. Kemudian, dia menyambung katanya, “Oh ya, abang juga ada satu berita baik mahu beritahu. Abang sudah bulatkan tekad. Tiada lagi langkah ke belakang. Tapi, masih belum diberitahu hasrat hati ini. Seri, abang mau pandangan Seri bagaimana abang harus beritahu padanya supaya dia tidak terkejut akan keputusan abang ni. Boleh bantu abang?”
“Oh. Pasal itu rupanya. Hmm.... abang terus terang saja. Tak perlu ayat penuh madah dan kiasan yang memeningkan. Biar dia mudah faham.”
“Hmmmm... macam mudah saja bunyinya. Tapi, abang cubalah dulu. Tapi, bukan mudah nak luahkan hasrat hati ni. Berat sangat rasanya. Ha... Bagaimana Ikhwan lamar Seri?”
“Hmmm... dia ni lain. Suka sangat buat kejutan. Tapi, seronok. Dia ajak Seri keluar. Ada hal yang ingin dibincangkan katanya. Mula-mula, dia bawa Seri ke Kompleks PKNS, Shah Alam. Kami hanya pusing-pusing saja di dalamnya. Kemudian, dia ajak Seri keluar menuju tasik di hadapan kompleks. Hampir separuh tasik kami berjalan. Kemudian, dia ajak Seri duduk di satu bangku yang memang sedia ada di situ. Lama dia membisu. Bagai menyusun kata. Kemudian dia berkata, ‘Will you marrying me?’ spontan saja. Seri terkesima. Terkedu seolah tiada kata yang dapat diucap. Lama juga Seri diam terkedu. Dia seolah menanti jawapan dengan penuh resah. Seri katakan padanya, ‘Bagaimana jika tidak dan bagaimana jika ya?’ dia jawab, ‘Kenapa ya dan kenapa tidak?’ akhirnya Seri sudah tidak dapat sembunyikan lagi perasaan ni. Hanya senyuman terukir tanda setuju.” Seri bercerita dengan sesungguhnya. Johan hanya mendengar dengan penuh minat. Sambil cuba membayangkan gambaran bagaimana situasi yang diceritakan Seri itu
“Menarik bunyinya. Tapi, situasi Seri dan abang tidak sama. Seri sering bertemu dengannya sedangkan abang tidak pernah walau sekali bertemu dengannya. Kami hanya berhubung melalui khidmat pesanan ringkas sahaja. Tiada perbualan melalui telefon. Bagaimana kah cara yang lebih mudah?” Johan semakin resah. Jiwanya tidak aman selagi dia tidak temui jalan penyelesaian. Semakin buntu fikirannya.
“Seri fikir itu lebih mudah. Abang tidak perlu berdepan dengannya. Abang tidak perlu memikirkan apakah reaksi wajahnya. Hanya perlu tekan punat telefon bimbit dan hantar khidmat pesanan ringkas, tunggu jawapan si dia.” Seloroh saja nadanya. Tapi tetap terkesan pada wajah Johan.
“Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung, oleh tubuhku yang kering dan layu. Kepastian suatu penawar dalam suka dan duka, yang meniti hidupku.” Johan menyanyikan chorus lagu ‘Penantian’ dendangan Zubir Ali. Memang dia pengagum karya artis itu kerana banyak lagu-lagu berunsur kehidupan terselit dalam mesej lagu yang ingin disampaikan. Merdu sehingga terkadang mengalir air mata tatkala mendengarkan nyanyian artis itu kerana suara yang penuh syahdu. Seri hanya tersengih melihat telatah abang sepupunya itu. Gelihati. Lucu melihat betapa abang sepupunya itu masih sempat berjenaka di kala hati di rundung resah. Sama seperti Ikhwan. Gesit hatinya.
“Eh, hari pun dah lewat petang ni. Jom kita pulang. Nanti ibumu marah pada abang kerana membawa anak daranya hingga lewat senja baru pulang. Abang tak mahu dileteri. Pedih telinga ni mendengar.” Johan melihat jam di telefon bimbitnya yang telah menunjukkan hampir pukul tujuh malam. Lagi dua puluh minint sahaja lagi mahu mencecah ke pukul tujuh malam. Dia bergegas mengajak Seri masuk ke dalam perut kereta. Mereka meninggalkan Pantai Batu Bench Mark dan menuju pulang. Johan seperti mendapat idea bagaimana harus diutarakan hasrat hatinya. Tapi dia tidak mahu buru-buru. Dia akan menunggu sehingga Seri selesai melangsungkan akad nikah.

BERSAMBUNG...

1 ulasan:

Johan Ahmad berkata...

XDE SAPA KE NK BG KOMEN NI? HUHU