Cari Blog Ini

Selasa, 30 Disember 2008

HIDAYAH TUHAN

Nukilan Joehaneyz, 24 Disember 2008, 2258.

MAYA masih buntu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Bagaimana harus disorok akan isi perutnya ini. Barulah dia sedar akan kesilapannya selama ini. Eric yang dikenali rupa-rupanya hanyalah lelaki kasanova berhati buaya. Dasar buaya darat! Setelah madu yang ku beri, racun pula yang kau balas. Kau tunggu pembalasanku, Eric. Kau tunggu!!!

‘Ah, bagaimana caranya untuk aku membalasnya? Aku lemah.’ Gesit hatinya lagi. jiwanya memberontak kini.
‘Siapa suruh kau ikutkan nafsu binatangmu. Setelah kau terima akibatnya, baru kau menyesal? Kau telah dapat hasil dari perbuatanmu bukan?’
‘Ah! Bukan hinaan yang ku mahukan. Aku mahukan jalan penyelesaian.’
‘Buang saja janin ini. apa susah. Kau pilih saja cara apa yang kau inginkan. Moden atau tradisional. Dua-dua boleh dilakukan.’
‘Jangan jadi bodoh. Kau fikir, dengan membuang janin ini, masalah kau akan selesai? Kau harus berani. Berani berdepan dengan kenyataan dan apa yang bakal berlaku.’
‘Ah. Cakap memang mudah. Apa orang kata bila lihat perut kau membuncit, tanpa suami di sisi? Persetankan itu semua. Yang penting kau bisa lari dari tohmahan orang.’

Dia semakain buntu. Kandungan itu sudah masuk dua bulan. Dan sejak kebelakangan ini, dia sering mual-mual dan muntah-muntah. Tekaknya juga sering berasa loya. Rakan serumahnya masih tidak menyedari akan perubahan fizikal dirinya. Dia pandai menyembunyikannya. Atau juga rakannya memang tidak kisah akan hal yang menimpa dirinya. Mereka juga sama. Berpacaran dan berpeleseran dengan lelaki. Ia sudah menjadi budaya mereka. Budaya bejat yang ditiru dari Barat. Malah, mereka lebih Barat dari orang Barat sendiri. Bertukar pasangan sesuka hati. Mereka tak peduli halal haram. Pokoknya, asal mereka suka, itu yang mereka lakukan. Fikiran mereka sudah kuning. Malah, lebih kuning dari warna kuning itu sendiri. Atau, ia telah bertukar menjadi kelabu dan terus hitam. Bermakna, hati mereka juga sudah gelap. Tiada cahaya dapat menembusi. Atau cahaya itu masih belum hadir.
Masih dia ingat sewaktu dia baru mengetahui kehamilannya. Dia begitu takut. Tidak tahu pada siapa harus dia mengadu. Lantas menemui Eric. Ya. Lelaki durjana yang telah menghisap madu gadisnya. Satu-satunya lelaki yang dia percaya. Namun, lelaki tetap lelaki. Dasar keparat!
“Eric, I dah mengandung you tau tak. I tak tau mana nak letak muka ni. You kena tanggungjawab.” Dia mula keresahan tatkala ujian yang dilakukan siang tadi nyata mengesahkan akan tekaannya selama dua tiga hari ini.
“Oh ya? Bagus la. Nampaknya you dah mengandung. Mmm.. betul ke itu anak I? Atau anak orang lain?” dengan nada sinis, Eric menjawab sambil tersengih. Puas. Puas kerana dapat menghirup gadis suci seperti Maya.
“Eric! I tak pernah ada hubungan dengan lelaki lain selain you. You sendiri dah tau kan? Atau you sengaja nak melepaskan diri?” dia geram dengan jawapan yang diberikan. Nyata, dia sudah terlajak memberi. Maka, tak boleh lagi diundur lajaknya itu. dia menangis.
“Terpulang apa you nak kata pada I. Yang pasti, I takkan bertanggungjawab. You see, if I take the responsibility, how abaout the other guys who do the same like I’m doing to you?”
Pang! Satu penampar keras hinggap di pipi kanan Eric. Terpusing sedikit dia. Pedih. Kuat juga penangan perempuan ni. Gumam hatinya. Namun, dia pantas tersengih mempertahankan diri. Atau mentertawakan Maya. Hati Maya semakin panas. Dia mahu melepaskan sedas lagi penampar di sebelah pipi kiri Eric, namun Eric sempat menepis dan lantas dikilas tangan Maya. Maya mengaduh kesakitan. Kemudian, dia terjelepuk ke tanah apabila Eric lantas menolaknya ke hadapan.
Eric berlalu meninggalkan Maya keseorangan. Menangisi keterlanjuran yang telah dia lakukan sebelum ini. bodohnya aku. Terlalu cepat percaya pada kata-kata manisnya lelaki.

‘Apa yang patut aku perbuat sekarang? Mestikah aku menggugurkannya? Aku buntu.’
‘Jangan kau tambah lagi dosa yang kau tanggung. Sesungguhnya, dosa zina ini terlalu berat. Tapi jangan pula kau tambah dengan dosa membunuh. Menggugurkan kandungan itu sama dengan membunuh.’
‘Alah. Buat apa kau fikir pasal dosa, halal haram. Selama ini pun, tak pernah kau fikirkan semua itu. baik kau tanya rakan kau si Zai tu. Dia tahu apa harus dilakukan dalam situasi mendesak begini.’
‘Zai. Zaiton. Ya. Dia pasti tahu apa yang harus aku lakukan.’ Untuk ke sekian kali, suara malaikat kalah oleh hasutan iblis laknatullahi ‘alaih. Sungguh iblis itu takkan pernah lali dari mengajak manusia ke pada neraka.

“Zai, kau harus tolong aku. Aku perlukan sangat pertolongan kau.” Maya terus meluru mendapatkan Zaiton sebaik saja perempuan itu tiba di rumah. Dia harus segera menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi kini.
Lantas Maya menceritakan apa yang sedang dialami kini. Kebuntuan ini harus diselesaikan segera! Desak hatinya. Dia menceritakan perihal hubungannya dengan Eric dan ketidakbertanggungjawaban Eric ke atas dirinya.
“Memang dasar lelaki begitu. Kau tak usah risau. Nanti akn bawakan kau berjumpa Mbok Ayem. Dia bidan pakar dalam soal menggugurkan kandungan. Aku dah dua kali buat benda ni dengan dia.” Mendengar namanya saja membuat Maya berdebar. Entah apa yang bakal berlaku ke atas dirinya. Zaiton hanya tersenyum melihat keadaan rakan serumahnya itu. Mereka sama-sama menuntut di universiti. Maya budak kampung yang mentah. Gesit hatinya.
“Itu la kau. Lain kali, kalau nak buat pun, tengok-tengok la sikit. Jangan aci main redah saja. Sudahnya, kau yang sakit. Jantan tu sedap la dah dapat badan engkau.” Zaiton menambah lagi panas di telinganya. Terasa bagai berasap saja telinganya bila mendengar Zaiton berleter seperti itu. Ah. Anak bandar ni, pandai saja. Aku tau la aku ni budak kampung.
Setelah beberapa ketika, mereka pergi menemui Mbok Ayem dipinggir kota. Rumah yang selayaknya dipanggil pondok buruk itu mereka kunjungi. Dan Mbok Ayem seperti menantikan kedatangan mereka. Seperti sudah tahu mereka akan datang.
“Siapa yang nak buat ni?” ujar Mbok Ayem bila mereka menghampiri mereka berdua.
“Ni, kawan serumah saya yang nak buat, Mbok. Dah dua bulan lebih katanya.” Hanya Zaiton yang bercakap. Menggantikan dirinya yang seperti membisu seribu bahasa. Tak terkeluar walau sepatah kata dari mulutnya. Bagai dikunci.
“Nah. Kau ambil kain batik ni. Tukar pakaian. Aku nak sediakan peralatannya.” Mbok Ayem memberikan sehelai kain batik. Mendengar perkataan ‘peralatan’ membuatkan Maya semakin cuak. Ah. Jangan takut. Kau yang nak gugurkan, jangan fikir soal takut. Hatinya cuba diyakini. Namun, masih tidak dapat menggugah ketakutannya. Malah, semakin kuat pula rasa itu tatkala melihatkan Mbok Ayem membawa sebesen air, dan beberapa bilah buluh sebesar jari kelingkingnya. Lebih kecil sedikit dari jari kelingkingnya. Dia semakin cuak. Jantungnya berdegup kencang.
‘alamak. Buluh???’ dia menelan air liur. Ternyata, dia semakin cuak.
‘Macam mana? Sanggup kau nak teruskan niat kau ni?’ suara hatinya berbisik lagi. menambah rasa ketaksanggupannya untuk meneruskan niatnya itu. namun, kakinya masih tidak berganjak. Malah dia hanya menuruti saja apa yang disuruh Mbok Ayem.
Apabila buluh itu mengenai sedkit pahanya, dia tersentak, lantas menjerit. “Makkkkk!!!!!” dia bingkas bangun dan meluru ke luar. Dia nekad untuk melarikan diri. Tak sanggup dia mengambil risiko itu.
Lariannya semakin kencang. Namun, dia tak pasti ke arah mana harus dituju. Kemudian dia mendongak sedikit ke langir. Lantas terlihat olehnya lambang bulan sabit dan bintang itu. lariannya diteruskan ke arah tempat itu. Dan setibanya di situ, dia mendapati tiada siapa-siapa berada di situ. Lariannya dimatikan. Dia melangkah masuk ke tempat itu. di satu sudut, dia berhenti. Lantas melabuhkan punggungnya. Barulah terasa lelah lantaran lariannya yang kencang tadi. Tercungap-cungap nafasnya. Dan setelah itu, nafasnya kembali normal.
Telinganya bagai dapat menangkap satu suara. Dia seperti pernah mendengar suara itu sebelum ini. Lembut alunannya. Menenangkan jiwa yang mendengarnya. Dia mencari suara itu. suara itu bagai suara seorang perempuan. Dia berjalan mencari-cari dari manakah suara itu. semakin dekat rasanya. Ditekapkan telinga ke dinding mencari kepastian. Dan ia semakin jelas kedengaran. Dengan rasa ingin tahu, dia mendekati suara itu. dia kini berada di dalam bangunan berkubah ini. di sana, dia melihat ada sekumpulan wanita sedang tekun memperdengarkan bacaan ayat suci dari seorang rakan mereka. Melihatkan keadaan itu, Maya bagaikan dapat melupakan sebentar tentang masalah yang dihadapai. Dia teringin untuk mengikuti mereka. Ingin benar dia menjadi seperti mereka. Ya seperti mereka. Bila melihat mereka, teringat kembali akan keadaan dirinya dulu. Dia bagai hendak mundur setelah mendekat dengan kumpulan halaqah wanita itu.
Tiba-tiba, salah seorang dari merek bangun mendekati dirinya. Maya bagai mahu melarikan diri. Namun, kaki seakan lemah untuk melangkah pergi. Dengan senyuman terukir ikhlas, dia bertanya, “Adik nak ke mana? Marilah sertai kami.”
Senyuman wanita itu dibalas senyum. Namun, senyum seorang yang malu. Dia melihat akan keadaan dirinya. Dengan hanya berkain batik, dan berbaju T lengan pendek, barulah dia perasan. Dirinya amat berbeza dengan mereka. Ah, aku tak layak.
“Jangan malu. Kalau adik ada masalah, kami sedia membantu.” Salah seorang lagi bersuara. Mereka sudah menutup Quran masing-masing yang telah dikembalikan ke tempatnya.
‘Inilah sebenarnya yang kau cari. Kedamaian ini telah lama pergi dari hidupmu. Dapatkannya kembali!’ Suara kebaikan dalam hatinya kembali merajai jiwa. Tanpa disangka, air mata menjadi terlalu murah. Tanpa dia sedar, ia mengalir menghujani pipi. Suara esak semakin kuat.
“Ceritalah masalahmu wahai adikku. Aku tahu kau sedang ditimpa musibah.”salah seorang dari mereka bersuara. Kali ini, lain dari yang dua orang tadi.
Dengan berat hati, dia menceritakan segalanya. Walau tersekat-sekat oleh esakkan, dia tetap mampu menceritakan perihal dirinya. Dari mula dia di kampung sehinggalah kepada pokok permasalahannya kini. Setelah itu, terasa lapang dadanya. Dadanya yang tadi begitu sesak, kini terasa lapang. Malah, semakin lapang.
“Insyaallah, kami akan bantu adik. Untuk sementara waktu, biarlah adik tinggal bersama kami. Lagipun, kita seuniversiti. Apalah salahnya jika kita saling membantu. Adik jangan risau ya. Sesungguhnya adik perlu bersyukur kerana Allah masih sayangkan adik. Dia tidak mahu adik terus dilanda penyesalan tak sudah. Yang lepas, biarlah menjadi sejarah dan iktibar buat diri kita semua. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha. Insyaallah, akan diampun dosa itu. janganlah menyimpan dendam sesama manusia kerana ia takkan membawa penyelesaian. Maafkan salahnya walau ia sebesar gunung. Moga Allah memberikan dia hidayah-Nya dan dia memperoleh iman.” Barulah hatinya kembali tenang. Dia berjanji untuk tidak lagi mengulangi kesilapan lalu. Malah dia tidak lagi menyimpan dendamnya terhadap Eric. Dia kini telah insaf. Sekelumit rasa takut pada buluh itu, akhirnya menemukan dia kepada hidayah. Alhamdulillah. Kau masih sayang padaku Ya Allah.
‘Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami, sesudah Engkau berikan rahmat ke atas diri kami. Ya Allah, ampunkanlah daku, sesungguhnya, Engkaulah Tuhan penerima taubat hamba-hambaMu yang berdosa.’

Tiada ulasan: