Cari Blog Ini

Isnin, 14 Julai 2008

MINI NOVEL: PERJUANGAN YANG TIADA NOKTAH

BAHAGIAN 1

Subhanallah... Maha suci Engkau Ya Allah, Tuhan Yang menciptakan bumi berpasakkan langit tanpa ada tiang yang di lihat oleh mata kasar. Allah, Tuhan seluruh jagat maya ini. Berkuasa terhadap semuanya. Aku panjatkan doa dan harapan pada-Mu. Ku serah segala ketentuan hidupku ini hanya pada-Mu, Ya Rabbul Izzati...

Johan bertasbih lagi memuji-muji kebesaran Allah. Pipinya basah oleh syahdunya air mata mengalir menginsafi kekurangan diri. Ya Rabb, sesungguhnya, amat besar ujian dan tanggungjawab yang harus ku pikul ini. Aku hanyalah insan lemah yang tak berdaya hatta untuk mengangkat sehelai kertas pun jika tanpa izin-Mu. Sungguh aku rasa tidak berdaya dengan dugaan yang Kau berikan ini... Ku mohon segala kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Hanya Engkaulah yang dapat memberiku kekuatan tika aku lemah Ya Rabbal 'Alamin...

Dia pantas bangun setelah selesai bermunajat pada Tuhannya di waktu dinihari. Dia masih lagi asyik dengan tasbihnya walau dia sudah tidak lagi di tikar solatnya...

Dia menuju ke arah meja tulis yang terletak tidak jauh dari tikar sujudnya itu. Dia cuba mengarang sesuatu yang dia tidak pasti. Masih teringat dirinya akan peristiwa kelmarin sewaktu majlis syura mengumukan perlantikan ra’is yang baru. Dia gamam kerana mereka sebulat suara memilihnya sebagai pengganti ra’is yang lama, Tuan Guru Sheikh Abdul Fattah Al-Makki yang meninggal dunia tiga hari sebelumnya.

“Ana selaku pemangku pengerusi majlis syura’ dengan ini sebulat suara melantik saudara Johan Ahmad sebagai ra’is majlis ini dan seterusnya akan menjadi Amir bagi Liga Negara-negara Islam Sedunia (WICL). Beliau akan menggantikan Tuan Guru Sheikh Abdul Fattah yang baru saja wafat tiga hari lalu.” Sheikh Nuruddin sebagai pengerusi mesyuarat majlis syura’ mengumumkan perlantikannya sebagai ra’is. Dia terpempan kerana tidak menduga akan diberi amanat yang cukup berat untuk dilaksanakan.

“Ana harap agar perlantikan ana dipertimbangkan terlebih dahulu. Ana masih lagi baru dalam majlis ini dan perlu bimbingan. Masih belum cukup matang untuk menjadi seorang pemimpin.” Dia bersuara kerana takutnya untuk menerima perlantikan ini. Wajahnya agak sedikit pucat.

“Kami sudah sebulat suara. Lagi pula, Tuan Sheikh jua sewaktu hayatnya telah membayangkan akan perlantikan anta sebagai ra’is menggantikannya. Terima sajalah keputusan ini.” Nu’man pula mencelah apabila dia meminta agar dipertibangkan dahulu perlantikan ini. “Kita tidak boleh menangguh lagi perlantikan ra’is yang baru kerana perjuangan kita dalam menegakkan Islam masih belum selesai. Kita perlu segera ra’is yang dapat memimpin kita kepada perjuangan kita selama ini.”

Johan tertunduk tika mendengar bicara Nu’man itu. Sebak hatinya kerana takut tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ra’is dengan sempurna. “Jika ini sudah keputusannya, ana terima dengan redha. Cuma ana harapkan agar ana dapat ditegur kiranya ana tersalah langkah. Jika perlu berkasar, maka lakukanlah untuk kebaikan ummah. Ana redha.”

“Jika begitu, ana akan menjadi orang pertama yang akan berbuat seperti apa yag anta mahukan wahai saudaraku. Dengan ini, ana baiat anata sebagai ra’is yang baru,” Nuruddin membaiahnya sebagai rai’s yang baru.

Begitulah detik bermulanya seorang ra’is kepada sebuah negara Islam yang berdaulat. Jika dahulu, negaranya diperintah oleh raja-raja yang hanya menjadi simbol kepada sesuatu bangsa, tapi tidak pada zaman ini. Ia telah berubah sewaktu berlakunya perubahan pimpinan baru. Kepimpinan ulama’ menggantikan kepimpinan dahulu yang sekular demokrasi. Raja-raja tidak lagi menjadi ketua negara sebaliknya digantikan dengan ra’is yang bertindak selaku ketua negara dan juga ketua pentadbiran dalam negara. Ia berlaku lima tahun dahulu apabila berlaku satu revolusi dalam arus politik negara apabila pergerakan pemuda Islam bergerak ke seluruh negara bagi membangkitkan semangat anak-anak muda yang dahagakan cahaya Islam pada ketika itu. Gerakan ini tidak menimbukan sebarang kekecohan sebaliknya hanya menuntut agar pilihan raya diadakan dan perubahan pada Parlimen dilakukan.

Pemimpin-pemimpin politik waktu itu terutamanya Kepala Negara sendiri begitu resah akan perkembangan itu mengumumkan darurat. Pun begitu, peralihan kuasa berlaku dengan aman apabila ketua ketenteraan mengambil alih kuasa apabila Kepala Negara melarikan diri ke negara Barat bagi mendapatkan perlindungan. Tiada pertumpahan darah berlaku. Ini kerana semua rakyat telah faham akan perjuangan pemuda Islam dan menyokong mereka. Rakyat sudah bosan akan kelemahan pentadibran negara waktu itu.

Setelah itu, barulah penyerahan kuasa dilakukan ketua ketenteraan kepada Gerakan Pemuda Islam setelah melihat Kepala Negara melarikan diri. Penyerahan kuasa berlaku dengan aman tanpa sebarang pertelingkahan dan pertumpahan darah. Setelah itu, raja-raja bersidang dan bersetuju menyerahkan kuasa kepada Gerakan Pemuda Islam dan negara diserahkan secara total kepada mereka.

Setahun berikutnya, berlaku perubahan besar dalam arus politik negara-negara Islam. Pergerakan Pemuda Islam telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kerajan boneka Barat dapat ditumbangkan dengan mudah apabila rakyat dapat meyakini perjuangan mereka. Menjelang tahun 2050, dunia dapat dibersihkan dari kerajaan boneka Barat dan bermula kembali zaman gemilang Islam di dunia ini. Perubahan mendadak ini amat menggusarkan pemimpin Barat. Mereka takut kekuasaan mereka semakin lemah. Ini kerana, negara Timur Jauh juga telah memberikan kerjasama dengan Liga Negara-negara Islam Sedunia. Islam kini telah bersatu. Bersatu semula menjadi sebuah gagasan terbesar dunia menandingi gagasan kesatuan Soviet satu ketika dulu.

Kini, dia akan memikul tanggungjawab yang besar bagi membebaskan bumi Palestin dari cengkaman zionis Yahudi. Hanya tinggal satu langkah saja untuk melaksanakan impian itu. Dia perlu menyegerakan rancangan ini. Itulah yang telah terfikir dalam benak fikirannya sedari tadi.

Kini dia berdiri di hadapan sekelian barisan rakyat. Hari ini dia akan berucap sebagai menandakan bermulalah secara rasmi tugasnya sebagai ra’is.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... salam perjuangan buat semua para pemuda pemudi sekelian. Ana ingin menyampaikan sedikit amanat selaku ra’is antum semua yang baru dilantik. Ana juga seperti antum semua. Tidak lain hanyalah seorang manusia yang tidak bisa melakukan apa-apa jika tanpa bantuan Allah. Allah adalah Tuhan kita yang satu. Jangan kita nafikan akan keesaan-Nya.

Wahai sekelian muslimin,

Ana berkata-kata pada hari ini adalah dengan kehendak-Nya jua. Marilah kita sama-sama merafa’kan syukur ke hadrat-Nya kerana Dialah yang telah bisa menghidupkan kita pada saat ini dan juga bisa mematikan kita pada saat ini. Kepada-Nya jualah kita memohon segala pertolongan dan kepada-Nya jugalah tempat kita mengadu masalah kita. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh-Mu dan juga musuh-musuh kami terutama musuh yang terdapat dalam diri kami sendiri. Janganlah ada perasaan gentar dalam diri kami tatkala bertempur dengan musuh-Mu dan musuh kami jua. Berilah kami kesabaran dan kekuatan dalam perjuangan ini. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

Wahai saudara-saudaraku,

Andai antum lihat ana berlaku tidak adil maka tegurlah dengan keras. Moga-moga ana akan kembali ke landasan yang benar. Marilah sama-sama kita doakan kemenangan kita.

Ana juga akan umumkan bahawa kita akan lancarkan peperangan menentang Yahudi di Gaza. Kita mohon pada Allah moga memberikan kita kemenangan yang hak. Hanya pada-Nya jua kita sandarkan segalanya.”

Maka bermulalah era pemerintahan ra'is baru dalam negara dan dunia Islam. Misi utamanya kini adalah membersihkan Masjidil Aqsa dari cengkaman zionis Yahudi.

**************************************************************************************

BAHAGIAN 2

Hai sekelian Muslimin,

Bertakwa kita kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. sesunggungguhnya, hanya ketakwaan yang kukuh saja yang dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka dan memberikan kita kemenangan mutlak. Kemenangan yang akan membawa perubahan besar pada dunia hari ini. Ingat, Allah tidak memberikan kemenangan ini dengan percuma. sebelum kemenangan berpihak kepada kita, sebaiknya kita perlu lengkapkan diri dengan mengisi diri dengan iman dan takwa. Jika tidak, jangan diharap kemenangan akan datang kepada kita. Jangan harap Allah akan menolong kita dalam sesebuah peperangan. Itu hanya mimpi kosong yang tidak bermakna.

Wahai umat Muhammad SAW semua,

Pada hari ini, kita akan berdepan dengan satu bangsa yang amat zalim. sewenang-wenang merobek dan membunuh sahabat dan saudara kita. Mereka mencemar kesucian Baitul Maqdis yang mereka anggap sebagai tempat suci mereka. Mereka masuk ke dalam negara Palestin dengan kekejaman British pada 1948 yang membawa pendatang-pendatang haram ke Baitul Maqdis sebagai penyelesaian kepada kebanjiran bangsa Yahudi di Eropah. Mereka menyelamatkan Yahudi ini dari kekejaman Nazi yang membunuh bangsa yang tiada negara pada asalnya kerana sumpahan Nabi Musa AS kerana tidak mahu ikut serta memasuki Palestin beribu tahun dahulu. Menyelamat dengan kekejaman juga kerana memaksa penduduk Arab Palestin menerima kehadiran pendatang Yahudi walaupun sebenarnya mereka tidak ingin. Kerana mereka tahu akan natijahnya jika membenarkan bangsa laknat ini memduduki bumi Palestin, pasti akan jadi huru hara dan menjejaskan kepentingan mereka sehingga mereka akan merempat di bumi sendiri akhirnya.

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Yahudi atau Bani Israel ini merupakan satu bangsa yang degil. Ini terbukti dengan Allah menurunkan begitu ramai Nabi di kalangan mereka, tapi mereka masih tetap tidak mahu beriman dan terus menerus kufur dan ingkar terhadap ajaran yang Nabi-nabi Allah telah perintahkan kepada mereka. Mereka masih tidak mahu menuruti perintah Allah sebaliknya melanggar perintah-Nya. Sebagai contoh, sewaktu zaman Nabi Isa. Mereka adalah penentang kuat terhadap ajaran nabi Isa. Ini terbukti dengan penyelewengan Kitab Injil yang telah diubahsuai mengikut kehendak hawa nafsu mereka semata. Kitab yang pada asalnya diturunkan dari Allah, sewenangnya diubah dan digubal sesuka hati dan memesongkan aqidah umat manusia sehingga wujudnya agama Kristian pada hari ini. Ini semua adalah dari hati busuk mereka yang tidak mahu melihat bangsa lain lebih dari mereka.

Satu lagi contoh ialah sewaktu zaman Rasulallah SAW di mana mereka sanggup berkomplot dengan musyrikin Makkah dalam peperangan Ahzab atau Khandaq demi ingin melihat kehancuran umat Islam dan Rasulallah SAW sendiri. Namun, Allah menggagalkan rancangan mereka dengan mengirimkan bala tentera-Nya yang terdiri dari alam iaitu ribut pasir yang menghalau mereka dari memasuki kota Madinatul Munawwarah. Allah telah memuliakan Nabi-Nya dan memelihara kesucian kota Madinah sebagai Kota Nabi dari melihat sebarang pertumpahan darah berlaku dalam kota ini.

Wahai sekelian saudaraku,

Sebagai seorang Ra'is, aku ingin mengajak kalian semua bangun dan bersatu dalam jihad ini. Jihad dalam memerangi bangsa Yahudi dan mengembalikan Islam ke landasan yang sebenarnya. ayuh lah semua. Kita bangun menentang kekejaman yang telah dilakukan terhadap saudara kita, bukan sebagai menuntut bela tetapi demi menegakkan kembali Syiar Islam pada landasan yang benar dan menegakkan daulah dan kesatuan negara Islam...

Allahu Akbar..... Allahu Akbar..... Allahu Akbar....

Semua barisan pejuang Muslimin seramai 500,000 orang menyahut seruan ini. Berdiri bulu romanya bila mendengar ratusan ribu umat Islam yang telah tekad untuk mengejar syahid fi Sabilillah. Mereka semua telah tekad untuk merobohkan kubu pertahanan Israel laknatullah dan membebaskan bumi Palestin dari cengkaman zionis. Kemudian dia menyambung ucapannya.

Wahai sahabat-sahabat seperjuanganku,

Aku menyeru kepada barisan mujahidin yang akan berjuang di jalan-Nya nanti, agar menjaga adab-adab peperangan. Jangan dibunuh wanita, kanak-kanak dan juga warga tua mereka. Jangan mengulangi kejahatan mereka suatu waktu dahulu, membunuh manusia tidak mengira usia dan jantina. Memperkosa warga wanita Palestin, dan juga membidik anak-anak tak berdosa tanpa perikemanusiaan. Keduanya, janganlah ada di antara kalian yang merosak rumah-rumah ibadah mereka yakni gereja dan kuil agama mereka. Jangan menceroboh rumah-rumah kediaman mereka andai mereka lari mencari tempat berlindung. Lawanlah mereka dengan keimananmu, bukan dengan nafsumu kerana nafsumu tidak akan pernah puas untuk membunuh sedang imanmu akan mencegahmu dari membunuh bukan kerana haknya.

Yang terakhir, pesanku kepada kamu semua yang akan berjihad di jalan Allah. Berzikirlah sentiasa. Basahi lidahmu dengan zikrullah kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Bertawakkal kepada-Nya sentiasa dan moga-moga, Dia akan memberi kemenangan kepada kita.

Sekian dahulu ucapanku buat kalian. Ingat, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamullah ‘alaikum wa rahmatuh wa barakatuh.

*************************************************************************************

BAHAGIAN 3

“Jeneral, musuh sedang menghampiri dalam zon biru,” Komander Samuel mengucapkan kepada Jeneral George akan situasi yang sedang berlaku di zon biru di mana pasukan tentera Islam telah mara di medan juang sedang mereka di pihak Yahudi masih terkontang-kanting dan masih kaget dengan serangan mendadak dan mengejut pasukan mujahidin Islam dari seluruh pelosok dunia.

“Hmm... Berapakah jumlah sebenar kekuatan mereka? Berapa ramai bilangan tentera mereka ada?” Jeneral George bertanya kepada komandernya. Nama penuh beliau ialah Jeneral George W. Hall, pemimpin tertinggi tentera negara haram Israel. Beliau telah dilantik sebagai Jeneral tentera dua tahun yang lalu. Kini beliau memangku jawatan perdana menteri sementelah perdana menteri masih lagi di rumah sakit kerana penyakit strok yang menimpanya beberapa bulan yang lalu. Kini beliau sedang dirawat di Hospital Negara Tel Aviv dalam wad VIP. Beberapa orang tentera telah ditugaskan untuk menjaga ruang wadnya dari dicerobohi.

“Dari maklumat yang kita terima, mereka berjumlah lima ratus ribu orang. Itu dari maklumat perisikan kita yang dihantar dari medan ungu, satu kilometer dari medan biru tuan. Kekuatan sebenar kita tidak tahu. Selain itu, dari imej satelit yang kami perolehi menunjukkan mereka hanya bersenjatakan raifal dan lima puluh buah kenderaan humvee dan beberapa buah kereta kebal jenis lama yang tidak lagi digunakan. Menurut data yang baru diperolehi, mereka dikepalai oleh Jeneral Johan Ahmad, ketua kepada Liga Negara-negara Islam Sedunia. Itu maklumat terkini yang kami perolehi, tuan.”

“Lancarkan peluru berpandu Tomahawk dari Mediterranean!” perintah Jeneral kepada komandernya. Peluh sejuk mula membasahi pipi kanan dan kirinya. Dia kelihatan gelisah dengan kemaraan mujahidin yang semakin hampir dengan pusat pentadbiran negaranya, Israel. Anak matanya amat bulat manahan marah. ‘Celaka punya tentera Islam. Berani dia mahu serang negara aku ni. Mereka belum kenal siapa aku.’ Bentaknya dalam hati.

Dari pusat kawalan tentera, komander Samuel mengarahkan kepada Kapten Morris Jr di kapal selam Orbitz untuk melancarkan serangan ke atas tentera Islam di zon biru, bahagian selatan Israel. “Pusat kawalan kepada Orbitz, sila jawab...” Komander Samuel cuba menghubungi Kapten Morris melalui alat komunikasi radio. Tiada sebarang jawapan diterima. Zero. Dia mencuba lagi. “Pusat kawalan kepada Orbitz, sila jawab...” juga tiada jawapan diberikan. Seperti talian radio terputus, bunyi kasar dari alat komukasi radio berbunyi.

“Tuan, saya tidak dapat menghubungi Orbitz.”

“Hubungi pusat tentera udara. Minta bantuan udara!” perintah Jeneral George.

“Pusat kawalan kepada pusat tentera udara, sila jawab...”

“Pusat tentera udara kepada pusat kawalan, sedia menjawab...”

“Kami perlukan sokongan untuk menyerang zon biru. Sekarang tentera Islam sedang mara dan telah hampir dengan zon ungu. Kami arahkan anda menyerang zon biru dan zon ungu yang berhampiran sebelum kemaraan tentera Islam ke zon kuning.”

“Berita diterima. Kami akan lancarkan serangan dalam... apa benda tu. Tidak, pangkalan kami telah diserang! Kami tidak dapat melancarkan serangan seperti arahan...” talian terputus. Kini pusat kawalan ketenteraan sedang membilang waktu sebelum mereka diserang. Mujur juga pangkalan mereka tersorok di bawah tanah. Mereka merasakan pangkalan mereka tidak dapat diserang kerana berada kira-kira 500 meter dari permukaan bumi. Ia juga terletak di bawah tapak perumahan penduduk Yahudi yang menginap secara haram dengan mengusir penduduk-penduduk Palestin sejak sekian lama. Mereka beranggapan tentera Islam tidak akan menyerang kawasan perumahan kerana itu adalah etika peperangan yang diamalkan oleh tentera-tentera Islam sewaktu mereka membuka kota Makkah, dan sewaktu menawan kota-kota di Eropah seperti kota besar Sepanyol, Granada.

“Bangsat. Sungguh tidak ku sangka kau telah mendahului kami. Celaka! Bagaimana dengan keadaan kita sekarang? Adakah pihak musuh telah mendekati kita?”

“Tuan, tiada lagi kumpulan tentera berlegar di zon biru dan ungu. Mereka seperti menghilang.”

“Benarkah begitu?”

“Ya tuan. Mungkin mereka berundur tuan.”

“Agaknya bantuan dari Britain telah tiba. Cuba lihat situasinya.” Beliau mengarahkan komandernya sambil memerhatikan tingkah laku komandernya itu.

“Tuan, kelihatan mereka benar-benar tiada. Tidak terdapat satu orang pun tentera yang dilihat tadi tuan. Imej satelit juga tidak menunjukkan tanda-tanda kedatangan mereka. Saya sendiri tidak faham bagaimana keadaan ini berlaku.”

“Periksa keadaan sekeliling. Mungkin ini muslihat mereka. Mana tau mareka bersembunyi di mana-mana kawasan yang kita tidak nampak dengan jelas.”

“Saya telah periksa dengan lebih teliti tetapi tetap tiada tuan. Pasukan bantuan seperti yang tuan maksudkan juga tiada. Bagaimana sekarang, tuan Jeneral?”

Dia mengelus-elus dagunya yang tiada janggut itu seperti sedang memikirkan sesuatu. ‘Takkan mereka mempunyai teknologi yang begitu hebat seperti Amerika? Ah, mustahil! Aku tak percaya mereka sebegini maju. Mereka Cuma bangsa yang lemah sejak sekian lama. Mana mungkin mereka bisa sehebat tentera kami.’ Benak hatinya berkata-kata dengan diri sendiri. Bermonolog.

‘Apa yang harus aku perbuat sekarang? Apa rancangan yang bisa menggagalkan rancangan busuk mereka untuk menakluk negaraku ini? Bagaimana dengan nuklear? Ya. Senjata ampuh yang belum digunakan lagi. Persetankan dengan peraturan Bangsa-bangsa Bersatu. Mereka tahu apa. Apa mereka boleh bikin andai aku guna juga senjata itu. Habis-habisan pun, mereka akan mengutuk tindakanku tanpa dapat berbuat apa-apa. Pasti si tua Rumah Putih akan pertahan tindakanku ini.’ Dia bermonolog lagi.

“Komander, lancarkan ICBM atau peluru berpandu nuklear yang lain ke Ka’abah. Biar mereka rasa penangan kita. Aku sudah tidak tahan lagi menanggung marah!” Tiba-tiba arahan itu terpacul dari mulutnya sambil dia menggetap gigi tanda marah. “Aku tahu, mereka pasti tidak dapat berbuat apa-apa.” Dia berkata lagi.

“Tapi tuan, ini melanggar peraturan antarabangsa yang telah ditetapkan Bangasa-bangsa Bersatu. Kita pasti akan...”

“Ah, persetankan semua itu! Mereka boleh buat apa dengan kita. Kau mesti ingat, aku ketua kamu di sini. Kamu mesti akur segala arahanku.” Dengan wajah bengis dia mengambil pistol jenis Eagle 3.5 milibar yang terletak di pinggang kirinya dan mengacukannya ke kepala Komander Samuel sambil mencekak leher komandernya itu.

“Buat apa yang aku suruh sekarang atau kau mahu mati?!” ujarnya lagi sambil mencekak dengan lebih kuat lagi.

Komander Samuel terpaksa berbuat seperti yang diarahkan tuannya. Dengan rasa kesal dia menekan punat merah yang bertutup kaca di depannya. Dia menutup mata dan tangan kanannya menekan butang itu. Koordinasi sasaran telah pun ditetapkan olehnya sebentar tadi. Dan...

Siren amaran berbunyi dan lampu merah menyala. Ini bermakna, pelancar roket ICBM (Peluru Berpandu Jarak Jauh) Luke 1 akan dilancarkan dalam beberapa minit lagi.

Di satu bahagian di bahagian utara pusat kawalan pentadbiran tentera, semua staf tentera terkejut dengan bunyi amaran yang berbunyi secara tiba-tiba. Pintu pelancar roket ICBM Luke 1 terbuka secara perlahan-lahan. Dalam masa sepuluh saat ia terbuka dengan sempurna. Dalam masa enam puluh saat lagi, ia akan berlepas mengikut arahan yang telah dikeluarkan.

Pintu rintangan api berkuasa tinggi telah hidup dengan sendirinya. Tinggal dua puluh saat sahaja lagi sebelum ia berlepas. Api telah pun ternyala dari peluru berpandu. Lima saat sebelum berlepas, pembakaran sempurna telah berlaku dan ia sedikit telah tertujah ke atas dan muncung kepalanya yang membawa peledak nuklear telah terkeluar sedikit ke udara. Dengan perlahan-lahan dan semakin laju ia menujah ke atas untuk mengebom sasarannya seperti yang telah disetkan oleh Komander Samuel.

Di pusat kawalan pentadbiran ketenteraan, Jeneral George tersengih puas apabila melihat skrin komputer di atas kepalanya kira-kira lima kaki dari kepalanya yang memaparkan video pelancaran ICBMnya itu. ‘Rasakan kamu wahai umat Islam. Biar kau tau siapa Jeneral George yang sebenar.’ Monolog dirinya dengan rasa puas.

Kini, pelancar roket ICBM itu akan sampai ke sasarannya, Ka’abah dalam waktu 30 minit. Kini ia sedang melewati gurun padang pasir di utara Arab Saudi.

*************************************************************************************

BAHAGIAN 4

Kemaraan tentera Islam yang semakin hampir masuk ke kota Baitulmaqdis tidak dapat dikesan radar dan segala satelit yang mereka punya. Segala kecanggihan peralatan dan teknologi mereka tidak dapat menandingi kekuasaan Allah yang telah menutup pandangan mereka dari melihat kekuatan tentera Mujahidin. Keadaan semakin genting bagi pihak Israel tetap tenang di pihak tentera Mujahidin. Ini seperti mana Allah telah menutup penglihatan Musyrikin Makkah ketika peristiwa hijrah NabiNya yang tercinta, Muhammad sewaktu ingin meninggalkan kota Makkah demi berhijrah mencari tempat untuk mendirikan sebuah negara Islam. Sewaktu Musyrikin Makkah ingin membunuh Baginda Nabi SAW, maka Allah ajarkan pada baginda ayat Surah Yaasin. Maka dengan izinNya jua, para pembunuh seramai 10 orang ini ditutupkan pandangan mereka sehingga tidak kelihatan oleh mereka Baginda Rasulullah SAW sehingga baginda dapat kabur dari pandangan mereka.

Begitulah jua yang berlaku pada waktu ini. Tentera Mujahidin telah pun memasuki garisan merah dan sebahagian lagi telah pun memasuki kota Baitulmaqdis, tempat di mana berdirinya Masidil Aqsa suatu masa lalu. Masjidil Aqsa ini telah dibakar oleh tentera Israel sewaktu mereka membantai Baitulmaqdis. Hanya setelah itu, mereka membina sebuah lagi Masjid Kubah Kuning sebagai menggantikan Masjidil Aqsa yang lama. Itu pun, di tanah yang lain, bukan di tapak asalnya.

Sementara itu, di pergurunan Arab, Luke 1 sudah semakin hampir ke sasarannya. Sang Amir begitu resah. Beliau memohon ke hadrat Allah agar sesuatu dapat di lakukan agar peluru itu tidak mengenai sasarannya atau biar sahaja ia membalik ke pangkalan musuh. ‘Ya Allah, Tuhan yang Maha Menciptakan sekelian makhluk di semesta alam, aku bermohon kepadaMu agar Kau buatlah sesuatu demi menjaga kesucian rumahMu dari dicerobohi dan diaibi musuh-musuhMu.’ Benak hatinya bermohon.

Beberapa minit kemudian, Luke sudah menghampiri kota Makkah. Amir hanya dapat memejamkan mata sambil berdoa kepada Tuhan Yang Maha Agung. Dia hanya pasrah dan menyerahkannya bulat-bulat kepada Alla. Pun begitu, tidak seorang pun umat Islam yang berada di Makkah beranjak dari Makkah mahupun Ka’abah. Dan kepala peledak telah pun berada di atas Ka’abah hanya kira-kira tiga meter lagi untuk meledakkan kuasanya. Dan...

Luke 1 tidak meletup sebaliknya hanya berdiri tegak di atas Ka’abah. Ia seolah-olah tidak rela menjadi pemusnah pada rumah Yang Maha Agung. Tidak mahu dan tiada daya. Amir tidak henti-henti bersyukur dan berzikir dan bertasbih atas pertolongan Allah. Benarlah. Sesungguhnya, Allah memuliakan rumahNya sama seperti ia memuliakan rumahNya ketika bala tentera Abrahah mahu meruntuhkan Ka’abah sewaktu kelahiran kekasihNya Muhammad SAW lebih dua ribu tahun dahulu.

Pun begitu, situasi ini lebih terkesan kerana seluruh umat manusia di seluruh pelosok dunia menyaksikan peristiwa yang amat bersejarah ini. ‘Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu. Subhanallah, Maha Suci Engkau yang menciptakan langit dan bumi. Allahu Akbar, Kau lah Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Kaya.’

Di Amerika, Tuan Presiden begitu pelik dan hairan atas apa yang berlaku. Beliau amat hairan bagaimana Peluru Berpandu itu hanya tegak tanpa mahu meletuskan dirinya. Seperti tidak sanggup untuk merobohkan rumah ibadat umat Muslimin dan sekelian yang ada di sekitar lima kilometer radius dari pusat sasarannya itu. ‘Apa magis yang dilakukan pemerintah sial itu. Aku tidak percaya dia bisa melakukan semua ini. Pasti dia ada teknologi yang bisa membikin ini. Atau ada satu kuasa yang Maha Agung yang melakukan ini?’ benak fikirannya ligat berputar mencari akal. Keningnya yang perang itu berkerut bagai menahan sesuatu yang tidak dapat diketahui. Sesuatu yang sentiasa ligat berfikir dalam mindanya. Dia masih lagi duduk termenung dalam bilik rasmi di Rumah Putih itu. Badan yang bulat agak menyukarkannya untuk bergerak pantas. Lantas, dia hanya duduk sahaja di kerusi itu. Tempat dia mencari idea.

Di Baitulmaqdis, kemaraan tentera Mujahidin bagai disambut penduduk dengan sorak dan girang. Tiada pertumpahan darah berlaku. Ini kerana semua mereka mengikut seperti yang diarahkan Kepala Tentera mereka sewaktu khutbah perang. Tiada pembunuhan orang Yahudi walau sejarah menunjukkan merekalah bangsa pembantai umat Palestin. Merekalah pembunuh orang yang tidak berdosa di bumi barakah Baitulmaqdis. Merekalah bangsa yang tidak pernah puas dan merekalah jua yang membakar Masjidil Aqsa hingga tiada upaya dipertahankan.

Namun, Mujahidin bukan seperti bangsa mereka yang haus darah. Mujahidin berjuang demi satu matlamat. Matlamat untuk membebas Palestin dan Baitulmaqdis serta sekelian jajahannya untuk kembali kepada kedamaian. Merobohkan kerajaan Yahudi Israel, dan mewujudkan semula daulah Islamiyah di bumi kelahiran Isa ‘alaihissalam.

Mereka semakin hampir pada tititk pusat kawalan ketenteraannya. Para tentera Israel yang berkawal di sekeliling pusat ketenteraan lari bagai tidak sanggup menghadapi malaikat maut. Namun, mereka tidak ditembak mahupun dibunuh seperti tentera mereka yang terdahulu. Membunuh rakyat Palestin sesuka hati tanpa belas ihsan. Membunuh anak-anak kecil yang mungil lagi tidak bermaya dan berdosa. Sewenang-wenang meroboh rumah milik orang Arab Palestin. Dengan alasan membanteras keganasan yang tidak pernah dilakukan.

Dengan mudah, Mujahidin beroleh kemenangan. Hanya tinggal menahan kepala tenteranya sahaja lagi. Hanya beberapa langkah sahaja lagi mereka akan mencapai matlamat mereka. Mereka telah memasuki pusat pentadbiran ketenteraan yang dihuni pegawai-pegawai tertinggi tentera Yahudi. Mereka tidak mendapat tentangan langsung. Malah, bagai disambut sebagai perwira dan pahlawan agung. Semuanya bagai tunduk dengan kekalahan pihak Yahudi. Atau mereka sebenarnya takut dibunuh. Sama seperti musyrikin Quraisy Makkah ketika peristiwa ‘Fathu Makkah’ di zaman pemerintahan Rasulullah SAW. Mereka takut melihat kemaraan tentera Islam waktu itu. Sebab mereka melanggar syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah yang mereka meterai dengan Rasulullah. Kerana mereka tahu mereka telah mengkhianati perjanjian yang mereka tandatangani itu.

Pun begitu, keadaannya berbeza untuk kali ini. Mereka bagai mengalu-alukan kedatangan pemimpin baru, yang bisa membawakan keamanan kepada mereka. Kerana mereka tahu akan kebrutalan dan kesadisan pemimpin mereka yang tidak pernah puas dan sentiasa hauskan darah umat Islam. Mereka juga Yahudi seperti pemimpin mereka. Namun, apa yang mereka inginkan adalah kehidupan yang damai dari kekacauan setiap hari dan setiap masa.

Tentera Mujahidin berdiri di setiap sudut menanti ketibaan Ra’is yakni Amir mereka tiba. Bagaikan perbarisan menyambut seorang pemimpin agung dunia. Mereka tidak lepas dari kalimah-kalimah suci memuji kebesaran Ilahi. Tasbih dan zikir sentiasa membasahi bibir mereka sebagai tanda syukur dan iman mereka pada Tuhan yang satu, Allah Azzawajalla.

Amir tiba bersama timbalannya. Mereka melangkah keluar dari pesawat ringan itu dengan rasa penuh syukur dan syahdu. Alhamdulillah, dengan keberkatan doa sekelian umat Muslimin di seluruh dunia, mereka berjaya mendapatkan kembali kedamaian di kota suci ketiga umat Islam ini. Selepas ini, tiada lagi darah umat yang akan tumpah kerana dihujani peluru-peluru sesat yang tidak bermata. Peluru yang merebahkan jasad yang mencabut nyawa mereka tanpa belas. Moga selepas ini, kedamaian dicapai semula dan kehidupan manusia seluruhnya akan tiada sengketa. Jika ada pun, dapat diselesaikan dengan keadilan yang benar. Bukan keadilan berat sebelah seperti yang berlaku sebelumnya.

Jeneral Smith seperti pucat kaku. Bagai sudah tiada nyawa lagi. Atau memang benar-benar sudah tiada nyawanya. Namun, matanya masih berkedip. Masih bernyawa. Dia seperti tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Terkaku dengan kejadian yang menimpa Luke 1 miliknya, atau milik ketenteraan negaranya. Sementara Komander Samuel tetap bersyukur kerana Luke 1 tidak meledakkan bomnya yang bisa menghancurkan dunia.

Dia masuk ke dalam bilik utama di mana Jeneral Smith berada. Dia melihat akan ketakutan yang terpancar pada anak mata Yahudi itu. Dia hanya tersenyum padanya. Tiada respon. Seperti mati. Tapi masih bernyawa.

“Kami akan mengembalikan negara ini pada yang haq. Anda sudah tiada lagi haq atau kuasa untuk memerintah. Saya akan mengambil alihnya.” Ringkas sahaja kata-kata itu. Namun, baginya ia satu kehinaan yang maha dahsyat. Dia begitu rasa terhina. Namun, dia tidak berdaya untuk melawan. Hatta untuk menggerakkan tangannya dia tiada upaya.

Ra’is yakni Amir Johan mendekati telinganya seraya mengucap, “Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa la fissama’i wa huwas sami’uun ‘alim...” kemudian dia menghembus nafasnya ke telinga Jeneral Yahudi itu dengan tenang.

Beberapa ketika, Jeneral Smith dapat menggerakkan kepalanya, tangannya dan seluruh anggota tubuhnya. Barulah dia tersedar dari kekakuan dan ketegangannya yang panjang. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Tiba-tiba, rasa sayup dan sebak menyelubungi diri. Dia tidak tertahan lagi. Tangis esaknya didengari oleh Johan dan koamnder Samuel. ‘Apa yang sedang berlaku? Kenapa aku menangis? Kenapa aku bagai dihimpit sesal yang tak sudah? Kenapa rasa sebak dan sayup ini menguasai diriku? Ini bukan diriku! Ini bukan diriku! Aku tidak perlu tunduk padanya! Dia telah menghina bangsa dan negaraku! Aku tidak perlu menangis. Wahai diri, kembalilah dikau!’ dia cuba melawan rasa sesal dan tidak berdaya itu.

‘Kau seharusnya sedar dari dulu lagi. Kau seharusnya insaf sejak kau mula lahir. Kau seharusnya tahu jalan mana yang kau pilih. Saat kau melihat rakanmu membidik tepat kanak-kanak kecil mungil itu. Di satu sudut kala ia merintih ketakutan. Kau seharusnya menegahnya dari membunuh insan yang tidak berdosa. Kau seharusnya sedar akan hakikat bangsamu. Kenapa bangsamu hidup dalam buangan selama beratus tahun dulu? Kenapa bangsamu tidak punya negara sehinggalah tahun 1948? Kau tahu kenapa? Kerana bangsamu yang kocor. Takut mendepani bangsa yang gagah di bumi ini. Saat Nabi Musa menyeru kaummu yakni nenek moyangmu untuk berjuang mendepani bangsa ini, mereka semua penakut yang hanya menyuruh nabi mereka sahaja yang mendepani bangsa gagah itu. Bersama beberapa orang yang kuat imannya. Dengan sebab itu, Nabimu bersunpah atas nama Tuhan yang kamu semua akan hidup melata di seluruh dunia tanpa kerajaan dan negara selama beberapa keturunan.

Kau pasti tidak mengerti kerana kau hidup setelah negara haram ini terbangun. Walau ia terbangun dengan penindasan, ia tak selamanya akan terperintah oleh bangsamu. Aku telah diutus Tuhan untuk mengembalikan haq di atas bumi ini serta membawa keamanan bersamanya. Andai kau fikir aku akan membunuhmu, maka sebenarnya aku akan membunuhmu. Aku akan membunuh jiwa ego dan kerasmu. Aku akan membunuh rasa bangga pada bangsamu yang penyembelih umatku. Kau akan ku bunuh dengan jiwa yang bersih.’ Dia seolah-olah bagai ada orang yang bercakap dengan jiwanya. ‘ Wahai jiwa yang gelap, pergilah kau! Ku usirmu dari tubuh ini!’ Tiba-tiba, dia merasa bagai hilang nyawa. Jiwanya rasa bagai ada cahaya yang maha terang menyelubungi dirinya. Namun, tiada pada alam di luar dirinya. Ia hanya menerang dalam tubuhnya sahaja. Sejenak itu, dia rasa bagai dicabut nyawa. Seketika dia mengerutkan dahi bagai menahan pedih. Kemudian, dia terpinga-pinga. Bagai tersedar dari mimpi yang panjang. Ia melihat sekelilingnya. Dia melihat tubuhnya, tangannya, kakinya serta dirabai seluruh anggota badannya. Hairan dan pelik. Dia seperti masih kebingungan.

“Kau kini sudah sedar. Kembalilah pada seruan Laailaha illa Allah, Muhammad Rasulullah... moga kau akan beroleh bahagia dunia akhirat.” Perlahan-lahan, dia mengucap kalimah agung itu tanda perakuan terhadap keesaan Tuhan yang patut disembah, dan Muhammad itu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam. Dia melihat wajah itu tersenyum sambil dia mengalirkan air mata tanpa disedari.

“Mulai saat ini, kau kulantik mengepalai kaummu. Tapi, bukan negara ini. Ia bukan lagi milikmu. Aku akan melantik pada yang sebenarnya layak. Agar dia dapat mengurus negara ini dengan aman dan adil. Andai dia tidak berlaku adil padamu dan kaummu, kau utuslah utusan padaku. Akanku bekalkan teleport sebagai perantara kau denganku. Akan aku umumkan siapa yang bakal menjadi Gabenor wilayah ini.” Amirul Mukminin, Sheikh Johan Ahmad membaiatnya sebagai ketua kaumnya. Dia merasa sangat kagum akan kepimpinan pemuda itu. Dia tahu bahawa yang berkata-kata ke dalam jiwanya itu tidak lain adalah lelaki yang berada di hadapannya. Memang dia kagum.

Setelah itu, Amirul Mukminin keluar dari bilik itu dan semua tentera Mujahidin berundur dari pangkalan itu. Dan pulang semula ke Makkatul Mukarramah. Dia ingin meneruskan ibadahnya. Dia ingin terus bermunajat di hadapan rumah Allah dan terus bertasbih, berzikir dan bertahmid memuji kebesaran dan keagungan Ilahi.

*************************************************************************************

BAHAGIAN 5

Hari yang dinanti telah tiba. Amirul Mukminin akan mengumumkan siapakah yang akan dilantik oleh Majlis Syura bagi mentadbir wilayah Baitulmaqdis dan sekelilingnya. Semua umat menanti hari yang penuh barakah itu. Mereka menanti dengan penuh persoalan dan debar. Siapa bakal diangkat, mereka sendiri tidak tahu. Hanya Amirul Mukminin dan Ahli Majlis Syura WICL saja yang mengetahuinya.

“Assalamualaikum ‘ala rasulil amin wa ashabihi ajmai’n wa ala umatih...

Ya ayyuhal Mukminin,

Aku berseru dengan nama Tuhan yang menciptakan tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi. Aku menyeru kamu semua dan diriku jua agar bertakwa kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa. Kerana dengan taqwa yang benar sahaja yang akan menempatkan kita di kalangan ahli jannahNya. Dan beriman kepadanya dengan keimanan yang sebenar akan menempatkan kita di kalangan orang-orang yang soleh.

Hari ini, akanku umum siapa yang bakal mentadbir wilayah Baitulmaqdis dan sekitar kawasannya termasuk daerah Lubnan dan Syiria. Aku tidak mahu bercakap panjang. Aku dengan ini mengumumkan bahawa Saudara Muhammad Ahta’ Aziz sebagai pemimpin kamu semua wilayah Baitulmaqdis. Pemilihan ini bertepatan dengan keputusan Majlis Syura yang telah sebulat suara memilih beliau mentadbir negeri yakni wilayah ini sebagai Gabenor, bukan sebagai Menteri Perdana atau Presiden negara. Kerana ia sebahagian wilayah WICL. Aku juga mengumumkan persaraanku dari jawatan Amirul Mukminin dan dengan ini aku membaiat Sheikh Nuruddin ibni Sheikh Abdul Aziz As-Saudi sebagai Ra’is WICL yakni Amirul Mukminin kamu semua. Aku ingin melepaskan jawatan ini kerana merasa tidak layak lagi memikul tugas ini. Beliau adalah orang yang lebih layak dariku. Aku harap kamu semua akan menerima keputusan ini dengan baik. Terimalah dia seperti mana kamu semua menerima diriku dahulu. Aku juga berharap keputusan ku ini akan dipersetujui oleh semua Ahli Majlis Syura. Maaf kerana membuat keputusan dengan tidak memberitahu kalian semua. Bukanlah niatku untuk melarikan diri dari tugas, tetapi aku mahu menyerahkannya pada yang haq. Kerana aku sebenarnya adalah tidak layak untuk menjadi Amirul Mukminin. Dialah sebenarnya yang lebih layak dari diriku yang hina ini.

“Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu untuk kebahagiaan akhirat, dan janganlah kamu lupa kebahagianmu di dunia, dan berbuat baiklah kamu dan jangan pula kamu berbuat kerosakan.” Sadaqallahul ‘azim. Surah Al-Qasash, ayat 77.

Renungilah maksud tersurat dan tersirat ayat yang kubacakan ini. Mudah-mudahan, kalian semua beroleh kebahagian dunia dan akhirat. Sampai sini dahulu ucapanku. Moga kalian ampunkan kesalahanku sewaktu aku menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah kalian. Andai masih rasa kurang senang, datanglah kepadaku mohon Qisas, aku sedia menerimanya.

Wallahu a’alam, wassalam warahmatullahi wabarakatuh ‘alaikum...

Ringkas dan padat ucapannya itu. Namun, ia tetap berbekas di hati semua umat. Kini Johan telah melepaskan tanggungjawabnya sebagai Amirul Mukminin yang telah diserahkan kepada Nuruddin. Matanya dan mata Nuruddin bertembung. Dan mata Nuruddin berkaca-kaca. Lantas Nuruddin menuju ke arahnya dan terus memeluknya dengan isak dan tangis tersedu-sedu. Dia merasa tanggungjawab yang berat terbeban di pundaknya kini.

“Sahabat, janganlah bersedih hati. Ku tahu apa yang kau rasai kini. Kerana aku juga pernah merasakan hal yang serupa. Sesungguhnya, aku tidak pernah meninggalkanmu wahai sahabat dan sentiasa akan berdiri di belakangmu sebagai tulang belakang. Aku bisa menjadi penasihatmu andai kau ingin. Namun, aku menolong bukan kerana jawatan dan pangkat kerana bukan itu yang ku mahu. Aku hanya mahukan dirimu sebagai Amirul Mukminin. Tiada lain yang ku mahukan selain itu. Aku lebih mengharapkan redhaNya dari segala hal yang ada di dunia ini dan seisinya. Ku harap kau mengerti kerana kau lebih punya pengalaman berbanding diriku yang hanyalah sekadar menempel di sini. Tempat aku mencari ilmu dan berkongsi ilmu yang ku ada. Moga kau akan menjadi Ra’is yang lebih baik dariku. Itulah doaku untukmu.”

“Sahabat, andai kau berada dalam keadaan buntu akan sesuatu hal, munajatlah padaNya. Dan kau datanglah padaku. Andai kau tidak bisa hadir dalam jasadmu, kau hadirlah dalam mimpiki atau mindaku. Insyaallah, andai bisa ditolong, akanku tolong. Andai tidak bisa, sama-samalah kita bermunajat padaNya memohon petunjuk dan hidayahNya.” Itulah kata-kata seorang sahabat yang berkasih kerana Allah. “Aku akan pulang ke kampung halamanku. Senang-senangkanlah dirimu hadir di teratakku yang tidak indah itu. Moga kau sudi menjengah ke sana.”

“Insyaallah, akan ku hadirkan diriku ini ke sana sekerap yang ku mahu. Moga kita kan ketemu lagi sahabat. Andai punya usia yang milik Allah ini. Ku bermohon pada Yang Esa agar kau sentiasa selamat dalam rahmat dan kasihnya.” Nuruddin mengesat air matanya. Masih lagi ada sedu di hujung katanya.

********************************************************************************************

Dia kembali ke halaman rumah pusaka ibunya. Rumah yang telah lama ditinggalkan. Namun, rumah ini seperti dijaga rapi. Tanpa ada satu usang sawang pun sempat menyinggah. Sewaktu mula-mula dia tiba di rumah ini, dia terkejut dan terpinga-pinga, bagaimana rumah yang telah ditinggal hampir lima tahun ini terbela rapi. Dia tertanya-tanya siapakah gerangannya yang menyuci rumah ini.

Dia bertanya kepada jiran tetangga. Mereka hampir sahaja tidak mengenali dirinya yang menyamai orang Arab Makkah. Dengan pakaian jubah Arab berwarna kelabu. Warna kesukaan kebanyakan warga Arab. Mereka terkaku seketika ketia dia menjengah ke rumah mereka. Namun, apabila dia bercakap Melayu dengan fasih bertambah hairan mereka. Namun, dengan kening nipisnya yang terdapat garisan parut melintang, barulah mereka perasan. Dia adalah jiran mereka suatu ketika dahulu yang pernah menggegar kancah politik dan arus perdana negara dengan Gerakan Pemuda Islam. Dia lah yang telah mengepalai barisan jihad dalam menaikkan semangat di kalangan pemuda pemudi Islam seluruh negara. Mereka mengenali parut itu kerana sewaktu kecilnya dahulu, dia pernah terjatuh dari pokok pelam ketika mengambil buah pelam di hadapan rumahnya. Darinya tertoreh ranting yang tajam sehingga meninggalkan bekas.

Menurut jiran tetangganya, rumah itu memang dibela orang. Tapi, orang itu tidak mahu mereka memberitahukannya siapa. Namun, menurut jiran-jiran, ia dijaga oleh seorang wanita yang hampir sebaya atau sama baya dengannya. Wanita itu sering datang hujung minggu untuk mengemas dan membersihkan rumah itu. Sejak kematian ibunya, tujuh tahun lalu, dia jarang pulang ke kampung ini. Hanya sebulan sekali pulang kerana bercuti dari Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Darul Ehsan di Bangi. Dia memang sebatang kara di dunia. Ayah dan ibu lama telah pergi. Dia adalah anak tunggal kedua ibu ayahnya.

Dia tertanya-tanya siapakah gerangannya insan yang tolong menjaga rumahnya dengan baik. Wanita itu ada meninggalkan kunci pada jiran berhampiran rumahnya itu. Dengan ta’awuz dan basmallah, dia membuka kunci gembok rumah itu.

Lagi sekali dia terkesima. Hiasan rumah ini tidak berubah walau satu unci. Cuma ia bersinar bagai bercahaya. Tak tahu apa yang harus dilakukan. Agak lama dia berdiri di hadapan rumahnya. Dia teringat kata-kata jirannya bahawa wanita itu akan datang petang nanti seperti kebiasaannya. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat dan dia sampai pada waktu paginya.

Sebentar lagi, dalam dua jam lagi akan masuk waktu zuhur dan solat Jumaat. Jadi dia bersiap-siap untuk ke masjid di kampungnya. Memang dia telah terbiasa untuk ke masjid lebih awal. Dia mempersiapkan diri untuk ke masjid. Mandi suna hari Jumaat memang telah menjadi kebiasaannya hari Jumaat seperti kebiasaannya lapan tahun lalu. Sewaktu dia belajar di ma’had.

Setelah itu, dia melangkah untuk ke masjid yang terletak kira-kira lapan ratus meter dari rumahnya. Bapanya adalah merupakan seorang bilal di masjid itu. Dia meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya ketika pulang dari masjid itu. Waktu itu ibunya sedang sarat mengandungkannya dan menunggu masa untuk dilahirkan. Ketika mendengar berita kematian suaminya, tiba-tiba sahaja dia sakit untuk melahirkan. Waktu itu, jamp menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Jirannya membawanya ke hospital. Kerana itulah, dia hanya seorang sahaja di dunia ini. Saudara mara jauh di bandar utama negara. Dia pun telah lama tidak bertemu dengan saudaranya yang paling dekat itu, iaitu adik lelaki kepada ibunya.

Sewaktu dia melangkah di masjid, kelihatan beberapa orang telah mendahuluinya. Dia masih ingat lagi waktu dia masih muda. Sewaktu sebelum dia dihantar ke ma’ahad. Untuk melihat orang muda memenuhi ruang masjid untuk solat Jumaat memang payah. Anak-anak muda selalunya sering melepak di perkarangan masjid ambil berbual kosong sesama mereka. Berbeza dengan apa yang dilihatnya kini. Amat dan jauh berbeza. Anak-anak muda tidak lagi berpeleseran seperti mana berlaku dulu. Mereka kini telah terdidik dengan akhlak yang cantik.

Sewaktu dia melangkah masuk, semua orang yakni pemuda pemuda serta warga tua memerhatikannya. Lama mereka memerhati dan akhirnya semua mereka meluru ke arahnya. Mereka semua memeluknya dengan erat dan ingin bersalaman dengannya. Dia berasa agak rimas namun dia tetap jua melayan mereka.

“Aku berterima kasih padamu kerana telah membawa kami semua ke arah jalan yang benar, seperti mana Allah menghendaki. Andai tidak dengan Gerakan Pemuda Islam pimpinanmu, kami mungkin masih tetap seperti dahulu. Masih lagi berada di gigi-gigi jalan, berpeleseran tanpa arah tuju.” Salah seorang dari mereka berkata-kata.

“Kami telah mendengar tentang perletakan jawatanmu sebagai Amirul Mukminin. Kami tidak kisah, bagi kami, kau tetap Amirul Mukminin di hati kami.” Salah seorang yang lain berkata. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.

“Kami fikir kau akan tetap menetap di tanah kelahiran nabi. Kami tidak tahu menahu yang kau akan pulang jua ke kampung ini. Jika tidak, pasti kau akan disambut dengan meriah dan gah.” Seorang warga tua berkata pula. Dia adalah ketua kampung ini.

“Tak mengapa tok ketua. Saya tidak suka disambut bagai wira. Saya takut ia akan mnimbulkan ujub dan riak dalam diri ini. Dan tak usahlah kalian berkata-kata dengan kata-kata pujian itu semua. Aku takut ia akan menjadikan diri ini lupa padaNya.” Dia meminta mereka terus menerus melakukan ibadah mereka.

Kemudian, Imam Haji Hashim datang padanya seraya berkata, “ Syeikh, ana harap sudilah kiranya anta mengimamkan solat Jumaat kami pada hari ini. Saya amat berbesar hati jika anta menjadi imam kami.”

“Kenapa pula begini? Bukankah telah ditetapkan jadualnya. Ana agak keberatan. Bagaimana pula kata imam yang bertugas?”

“Tak mengapa. Kebetulan ana bertugas pada hari ini. Jadi, ana amat mengharap anta sudi menjadi imam dan khatib kami untuk mimbar kali ini. Lagi pula, ini adalah kepulangan Amirul Mukminin. Takkan kami mahu melepaskan peluang begitu sahaja.”

“Maaf, lain hari sahaja. Ana tidak bersedia. lagi pula, ana akan terus tinggal di sini dalam beberapa waktu yang lama. Jadi, tak perlu risau akan kehadiran ana di kampung ini. Mungkin, ana akan terus tinggal di kampung ini hingga akhir hayat. Jadi, mohon lain kali sahaja. Maafkan ana, Tuan Haji.”

“Kalau begitu, tak mengapalah. Tapi, ana harap, anta sudi menjadi imam solat ini.”

“Tak perlu, anta sahaja yang mengimamkan solat. Smentelah, anta yang menjadi khatib. Biar, anta sahaja yang mengimamkan solat Jumaat ini.”

Imam Haji Hashim agak kecewa. Namun, dia tetap berbesar hati kerana Johan akan tinggal lama atau tinggal terus di kampung ini.

********************************************************************************************

Setelah selesai solat Jumaat, dia tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya dia masih meneruskan ibadahnya di masjid ini. Dia seperti dapat mendengar suara ayahandanya berbisik kalimah-kalimah suci di telinganya.

‘Hai anakku, selamat kembali. Aku harap kau bisa tinggal lama di sini.’

‘Ayahanda, anakmu pulang untuk ke sekian kalinya ke bumi kelahiran ini. Anakmu ingin mengakhiri sisa hidup ini di tempat tumpahnya darah ini, di sini.’

‘Anakku, aku harap kau akan terus tinggal di sini menabur baktimu. Demi anak bangsa yang tercinta ini. Lakukanlah sesuatu demi menjaga kedaulatan agama.’

‘Insyaallah, ayahanda...’

Setelah itu, dia meneruskan zikir hinggalah waktu Asar. Dia tidak sedar akan hal itu. Lantas dia terus berjalan ke tempat wudhu’ demi memperbaharui wudhu’nya. Dia masih ingat pelajaran ustaz di ma’ahad agar sentiasa memperbaharui wudhu’ sekalipun wudhu’nya masih ada. Dilihat hanya dia seorang waktu itu, lantas dia melaungkan azan setelah mengambil wudhu’. Dia melakukannya seperti mana ayahandanya melakukannnya ketika masih hidup. Sementelah, dia juga sering menjadi bilal sewaktu di ma’ahad.

Setelah itu, dia melaksanakan solat sunat Asar. Kemudian, orang ramai hadir untuk berjamaah Asar. Haji Hashim sekali lagi memintanya menjadi imam tetapi ditolak dengan baik dengan alasan telah menjadi bilalnya.

Setelah solat, seorang warga tua yang hadir menghampirinya, “Suaramu seperti pernah kedengaran dua puluh lima tahun dahulu. Lantaran itu, aku keluar dari persaranganku untuk menghadiri slat ini. Siapa nama bapamu?”

“Ahmad. Ahmad ibni Hamzah. Kenapa pakcik? Pakcik kenal dengan ayahanda saya?”

“Subhanallah, akhirnya Allah pertemukanku dengan pewaris Syeikh Ahmad. Kau tahu, aku telah lama memencilkan diri setelah pemergian bapamu.” Dia menangis teresak-esak sambil mencium-cium tangannya. Johan terpinga-pinga. “Siapakah namamu, nak?”

“Saya Johan pakcik. Bagaimana pakcik boleh mengenal ayahanda saya sedang saya sedari kecil tidak permah bertemunya? Hanya fotolah yang mengenalkan saya padanya.”

“Aku adalah saudara ayahandamu, rakan seperjuangannya. Aku bukan saudara kandungnya. Hanyalah saudara jauhnya sahaja. Aku begitu kecewa kerana penggantinya tidak sepertinya. Lantas aku memencilkan diri selama dua puluh lima tahun, sehinggalah aku mendengar suaramu melaungkan azan hari ini.”

“Marilah pakcik. Aku ingin mengajakmu ke rumahku.” Johan membawa warga tua itu ke rumahnya.

Sesampai sahaja di rumahnya, “Inilah rumah peninggalan Allahyarhamah ibu saya. Silalah masuk, pakcik.”

Tidak lama setelah mereka berada di rumah itu, sebuah kereta memasuki perkarangan rumah itu. Seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu. Dia kelihatan masih muda, berusia sekitar dua puluhan tahun. Seorang lagi wanita separuh usia keluar dari perut kereta. Mereka agak terkejut melihat dua orang insan yang duduk-duduk di beranda rumah itu.

“Zahid?!” tak semena-mena nama itu terpacul dari mulut wanita separuh usia itu. Sementara wanita dua puluhan tahun itu seperti terpaku akan kehadiran insan yang berada di hadapannya.

“Johan..?!” dia tergamam. Dia seperti tidak kuat untuk menatap tubuh lelaki itu. Tidak kuat rasanya mendepani lelaki yang pernah dikenali suatu masa dahulu.

Johan lama menatap wajah itu. Dia seperti pernah melihat wajah itu, tetapi tidak dapat dipastikan siapa. Kemudian, “Anti ni Siti Munawirah binti Zahid kan?” bagaimana dia boleh lupa pada nama yang suatu ketika dahulu menjadi ketua Muslimat Gerakan Pemuda Islam. Satu gagasan dengannya. Cuma dia mengetuai barisan ar-Rijal sementara wanita itu menjadi imam Dewan Muslimat. Masih dingati wajah kecil bujur sirih itu. Dengan kaca mata, menyembunyikan keayuannya yang asli, dan terpelihara.

“Bagaimana ibu kenal dengan lelaki tua ini?” wanita muda itu bertanya kepada wanita separuh usia, yakni ibunya.

“Dia... dia... dialah bapa kandungmu nak. Ibu baru sahaja tahu yang dia di sini. Abang, ke manakah bang menghilang selama lebih dua puluh tahun. Ke manakah abang selama itu?” jawab ibunya sambil bertanya kepada suaminya yakni pakcik tua yang di bawa Johan ke rumah.

“Aku di sini, mengabdikan diri pada Yang Satu. Kau masih ingat Allahyarham Ahmad ibnu Hamzah, inilah anaknya. Siapa di sisimu itu?”

“Ini adalah anakmu suamiku. Kau tinggalkan diriku sewaktu aku baru sahaja melahirkan anak ini. Masihkah kau ingat?”

“Maafkan aku duhai isteri. Aku tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik. Malah kau terseksa dengan perbuatanku ini. Ampun diriku.”

“Abang, aku telah lama memaafkan dirimu lama dahulu. Aku tahu kekecewaan yang kau alami setelah kematian sahabat dan juga kekasihmu. Dia bukan setakat sahabat, malah kekasihmu. Aku amat faham akan deritamu. Sama seperti derita yang Saidina Abu Bakar tanggung apabila kewafatan Nabi Muhammad SAW. Dia amat mengasihi diri Baginda Nabi sehingga ke akhir hayatnya.”

“Inikah bapa kandung Siti, ibu?” Siti Munawirah bertanya dengan muka penuh persoalan.

Benar.

“Oh ibu, aku sudah tidak dapat menanggung rindu lagi. Rindu pada ayahanda juga rindu pada... pada... kekasih hati ini, ibu.” Siti Munawirah tidak dapat menyembunyikan jiwanya yang begitu menanggung duka yang amat dalam.

“Siapa kekasihmu Siti? Kau tak pernah cerita kepada ibu.”

“Aku amat malu untuk menyatakannya...” pipinya kemerah-merahan menahan malu yang amat sangat. Sambil bibirnya mengukirkan senyum.

“Berterus teranglah. Moga hatimu akan tenang, hai anakku.” Pakcik tua itu, yakni Zahid mencelah. Dia berharap anaknya akan beroleh ketenangan setelah meluahkan perasaannya.

“Johan, aku sebenarnya telah lama memendam hasrat hatiku terhadapmu. Namun, aku amat malu untuk menyatakannya. Ketahuilah, aku mencintai dirimu sejak aku mengenali dirimu sewaktu menyertai Gerakan Pemuda Islam enam tahun lalu. Kau pasti masih ingat pertama kali kita bertemu sewaktu perhimpunan pertama Gerakan Pemuda Islam, sewaktu kau membentang ucaptama sebagai presiden. Aku telah jatuh cinta padamu sejak pertama kali aku melihat wajahmu. Namun, ku pendam jua perasaan ini. Aku malu untuk berterus terang kepadamu. Aku takut cinta ini akan menghalang perjuanganmu.” Dia meluahkan segala yang terpendam dalam dadanya. Sungguh, dia benar-benar wanita solehah.

“Hinggalah kau pergi dua tahun lalu, jiwaku benar-benar rasa sunyi. Aku kerinduan yang amat sangat. Lalu, ku ubati kerinduan ini dengan mendatangi rumah ini. Aku sempat mengambil alamatmu sewaktu menjadi kepala Muslimat. Ku cungkil sedikit demi sedikit rahsia dirimu hingga rasa kecintaanku padamu amat dalam. Bukan cinta syaitan yang ku damba. Yang hanya nafsu nafsi semata, namun, cinta kepadamu adalah cinta lahiriah yang ku rasai sama seperti cinta Siti Khadijah kepada Muhammad SAW. Ku ubati kerinduan ini dengan mendatangi rumah ini, dan membersihi seisinya agar kelihatan hidup walau tidak dihuni. Kadangkala, jika kerinduanku terlalu menyesakkan, aku akan datang ke rumah ini dan melempiaskan kerinduanku dengan bermunajat pada Rabbul Izzati hingga tertidur di sini. Adakala aku akan bermalam sehingga kerinduanku terubat.” Dengan esak dan sedu-sedannya, dia meluahkan lagi perasaannya. Benarlah dia benar-benar memendam kerinduan yang teramat sangat. Sunggh kasihan.

“Maafkan diriku, Siti. Aku tidak pernah tahu yang kau menyimpan perasaanmu padaku dalam diam. Sungguh, aku benar-benar tidak mengetahuinya. Andai ku tahu lebih awal, akanku nikahi dirimu lebih awal lagi.” Johan begitu sesal kerana tidak pernah sedar akan di’admire’ sebegitu sekali. Jelas terpancar pada wajahnya akan kekesalan itu.

“Namun, kau tetap tidak akan dapat menikahi diriku kerana waliku tidak ku temui. Aku bersyukur kerana telah mempertemukan ayah yang tidak pernah ku rasai belai kasihnya. Walau begitu, aku tetap tahu bahawa dia tetap menyayangi diri ini sebagai anaknya. Aku dapat rasakan itu.” Kini, tangisnya semakin lebat. Oleh keharuan yang teramat sangat, Zahid merangkul dan memeluk anaknya dengan penuh rasa sayang. Sambil sesal kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa lantaran rasa kesal dan kecewa yang mendalam kehilangan sahabat yang amat dicintai.

“Maafkan diri ayah, nak. Ayah benar-benar insan tidak berguna. Ayah tinggalkan tanggungjawab ayah. Maafkanlah diri ini. Maafkankan lah..”

“Syukurlah semua kita telah Allah pertemukan diri kita semua di sini. Makcik, pakcik, izinkan saya berkata sesuatu. Saya ingin melamar anak pakcik dan makcik sebagai isteri saya, sebagai ibu kepada pewaris generasi saya. “ Johan meredakan ketegangan yang mengharukan itu. Benar, sungguh haru.

“Andai itu lah niatmu wahai anakku, sesungguh Allah menjadi saksi pada hari yang bersejarah ini. Aku merestui pernikahan kamu berdua.” Zahid meleraikan pelukannya dan merestui cinta Johan dan Siti Munawirah, anak suntinya.

Maka berakhirlah sudah sebuah penderitaan dan bermulalah kisah sebuah perjuangan. Perjuangan yang tidak akan ada noktah dan penghujungnya.

Tiada ulasan: