Cari Blog Ini

Khamis, 4 Februari 2010

Ibuku Insan Mithali

Almarhumah ibu, Siti Radiah bt Mohamed


Ibuku seorang pejuang..
walau perjuangannya tidak dilihat orang kebanyakan
tetap terkesan pada orang sekelilingnya
saat dia pergi menyahut seruan Ilahi
bagai satu kehilangan pemimpin besar di dunia

Ibuku ibu mithali
walau tak pernah menang anugerah tiap kali maal hijrah
tapi pengorbanannya begitu besar dalam keluarga
tak terlihatan tapi tetap terkesan mendalam
mendidik anak-anak menjadi insan soleh
menjadi isteri yg taat pada suami
tak pernah merintih walau bagaimana jua keadaan susah hidupnya
dialah perwira keluarga

Ibu...
pemergiannya begitu terasa
menjadi kesayuan bila terkenangkan dirimu
kesedihan ini tetap terasa
kerana anakmu belum berjasa

____
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam...

1 ulasan:

Dewi berkata...

Terharu dan sedih Ruzi membaca puisi ini. Saya juga seorang ibu dan naluri seorang ibu sentiasa sensitif dan penuh keibuan. Apapun syabas pada Ghibnu kerana berjaya mengexpresikan dalam bait-bait yang sungguh indah.